KENAPA UPKO TINGGALKAN WARISAN?

madius tangau

Presiden UPKO (DSP Madius Tangau) dilihat hanya mendiamkan diri ketika calon Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan (PH) sibuk melobi sokongan daripada Ahli Parlimen blok pembangkang, kini tampil buat pertama kalinya. Beliau adalah di antara individu yang mana kesetiaannya terhadap Warisan selama ini dipersoalkan terutamanya oleh ahli-ahli Warisan. Malah segelintir ahli Warisan menuduh beliau antara Ahli Parlimen yang turut tidak menyokong pencalonan DSSA sebagai Perdana Menteri bersama-sama dengan YB Datuk Azis Jamman (P.171 Sepanggar) serta beberapa orang lagi Ahli Parlimen WarisanPlus.

Tuduhan tersebut ada asasnya, dengan terbaharu beliau mengumumkan bahawa UPKO menjadi sebahagian daripada komponen PH. PH kini terdiri daripada (PKR, DAP dan PAN), dan kemasukan UPKO akan memberi percaturan berbeza khususnya di kawasan KDMR menjelang PRU-15.


UPKO adalah antara parti politik yang cenderung bertanding di kawasan majoriti pengundi KDMR. UPKO adalah antara parti politik yang menerima laba politik paling sedikit setelah menyertai Warisan selepas PRU-14 (2018) yang lalu. Malah Presidennya (DSP Madius Tangau), menjadi satu-satunya Ahli Parlimen yang menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri dengan portfolio Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah. 

Pemimpin-pemimpin UPKO melahirkan rasa tindak puas hati terhadap pentadbiran Warisan khususnya dalam soal pengagihan jawatan dalam Kabinet Negeri yang dimonopoli oleh Warisan. Malah UPKO yang membawa masuk lima (5) adunnya menyertai Warisan seterusnya menjadi enam (6) Adun (Datuk James Ratib) hanya diberi portfolio yang kurang popular atau tidak menguntungkan parti tersebut.

Kesannya, UPKO kehilangan seorang demi seorang ADUN daripada parti berkenaan selepas UPKO menjadi komponen Warisan. Antaranya Datuk Limus Jury, Datuk Masiung Bana, Datuk Bobby Ah fang Suan, Datuk James Ratib dan Datuk Abidin Madingkir. Reputasi UPKO khususnya di kawasan majoriti KDMR merundum berbanding ketika UPKO menjadi komponen Barisan Nasional (BN). Kesannya, semasa PRN-16, UPKO hanya memenangi satu (1) kerusi, iaitu DUN N.11 Kadamaian. Lebih perit apabila Presidennya (DSP Madius Tangau) turut kalah kepada calon PBS (Datuk Joniston Bangkuai) di DUN N.15 Kiulu.


Berikut disenaraikan beberapa faktor yang diandaikan menjadi faktor mendorong kepada tindakan UPKO meninggalkan Warisan seterusnya menjadi komponen PH;

1. Penolakan masyarakat KDMR terhadap UPKO: Prestasi UPKO pada PRN-16 merupakan antara yang terburuk terutamanya selepas penjenamaan semula parti berkenaan pada Julai 2020 meskipun masih mengekalkan akronim UPKO itu sendiri. Pada PRU-14, UPKO yang ketika itu sebahagian daripada komponen BN, telah memenangi lima (5) kerusi DUN (N.07 Kadamaian, N.26 Kuala Penyu, N.31 Paginatan, N.38 Nabawan dan N.47 Kuamut) dan hanya kalah di DUN N.20 Moyog. Pada PRN-16, UPKO yang menjadi sebahagian daripada komponen WarisanPlus telah bertanding buat pertama kalinya menggunakan logo sendiri. Penolakan masyarakat KDMR terhadap UPKO jelas kelihatan, terutama sekali Presidennya (DSP Wilfred Madius Tangau) yang mendapat jolokan “Raja Katak Alaf Baru”. UPKO yang mendapat alokasi 12 kerusi DUN dan kedua terbanyak berbanding komponen WarisanPlus yang lain (PKR, DAP dan PAN), hanya mampu memenangi satu (1) kerusi DUN menerusi Ewon Benedict (N.11 Kadamaian). Lebih pahit untuk diterima adalah kekalahan Presiden UPKO (DSP Wilfred Madius Tangau) di DUN N.15 Kiulu kepada calon PBS (Datuk Joniston Bangkuai).

2. Karma mengkhianati Slogan ‘Bersatu Misompuru’: Setelah mengkhianati Slogan ‘Bersatu Misompuru’ iaitu slogan perpaduan yang dicapai antara tiga (3) parti utama KDMR di Sabah (PBS, PBRS dan UPKO) semasa PRU-14. Tindakan UPKO menjadi komponen BN pertama meninggalkan BN seterusnya menyertai Parti Warisan Sabah (PWS) untuk membentuk kerajaan negeri PINTU BELAKANG pertama di Malaysia selepas PRU-14, jelas mengkhianati Slogan ‘Bersatu Misompuru’ yang telah dimeterai. Meskipun PBS dan PBRS turut bertindak keluar BN, namun kedua-dua parti KDMR ini bertindak mewujudkan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) yang terdiri daripada UMNO, PBS, PBRS dan STAR, seterusnya menjadi blok pembangkang terbesar di DUN Sabah. Ramai yang menjangkakan PRU-15 adalah penamat kepada karier politik DSP Madius Tangau di Parlimen P.170 Tuaran dan situasi tersebut disifatkan sebagai karma pengkhianatan beliau terhadap slogan “Bersatu Misompuru’.

3. Warisan PTI: Tindakan meninggalkan Warisan juga didorong oleh sentiment PTI. Salah satu faktor penolakan masyarakat KDMR terhadap Warisan adalah isu berhubung dengan Warisan yang disifatkan sebagai ‘Parti Mesra PTI’. Insiden penculikan membabitkan jenayah rentas sempadan yang berpunca daripada tindakan Warisan menarik balik larangan penggunaan ‘pam bot’ (Mei 2020) khususnya di kawasan Esszone, selain kejadian bunuh membabitkan PTI yang berleluasa, menjadi antara faktor penolak masyarakat KDMR terhadap Warisan. Penolakan ini jelas diterjemahkan semasa PRN-16 yang menyaksikan UPKO kalah di 11 daripada 12 kerusi DUN yang ditandingi menerusi tiket WarisanPlus.

4. Perlu sokongan PH untuk rampas kembali kerusi parlimen majoriti pengundi KDMR yang pernah dimenangi UPKO: Ini adalah faktor penarik kenapa UPKO sanggup menyertai PH. UPKO menyedari bahawa masyarakat Cina akan cenderung mengundi PH. Malah masyarakat KDMR di kawasan pinggir bandar juga cenderung untuk menyokong PH berbanding Warisan. Kecenderungan masyarakat Cina dan KDMR di kawasan pinggir bandar (Pantai Barat Sabah) untuk mengundi calon PH, sangat diperlukan oleh UPKO yang kehilangan kerusi P.173 Putatan dan P.174 Penampang dan P.179 Ranau. Situasi ini juga membolehkan UPKO untuk meletakkan sekurang-kurangnya calon bagi kerusi P.174 Penampang selain turut berpotensi untuk bertanding di P.173 Putatan mahupun P.179 Ranau, yang selama ini merupakan kerusi tradisi UPKO.


Kesimpulannya, keputusan UPKO menyertai PH dilihat lebih kepada pendekatan strategik untuk kelangsungan politik UPKO yang tercalar teruk selepas menjadi sebahagian komponen WarisanPlus. Ia juga merupakan langkah strategik jangka pangjang UPKO menghadapi PRU-15, khususnya bagi membolehkan UPKO menyenaraikan kembali kerusi-kerusi Parlimen yang sebelum ini pernah ditandingi dan dimenangi oleh calon UPKO. Apa yang pasti, ia adalah langkah tersembunyi dan di luar pengetahuan pemimpin WarisanPlus. 


Rujukan
[1] BHarian: UPKO sertai PH
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2021/08/856356/upko-sertai-ph

[2] MStar: 5 Adun Upko enggan sertai Warisan, setia kepada BN
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/05/10/lima-adun-upko

[3] MKini: 'Presiden Upko khianati slogan 'Bersatu Misompuru'
https://www.malaysiakini.com/news/542818

[4] Utusan Malaysia: UPKO sertai Pakatan Harapan atas semangat ‘khemah besar’
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/semangat-khemah-besar-upko-sertai-pakatan-harapan/
#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga

No comments:

Post a Comment