Allahyarham DSP Hj Lajim Hj Ukin, Dalam Kenangan

LAJIM UKIN


Datuk Seri Panglima Hj. Lajim Hj. Ukin, antara figura politik yang cukup berpengaruh tidak hanya di kawasan Parlimen yang diwakili beliau (P. 177 Beaufort) bahkan juga kerusi DUN Klias yang menjadi kubu kuat beliau (Adun 6 penggal) dari tahun 1986 hingga 2018. Kehadiran beliau dalam kancah politik Sabah bermula pada tahun 1986 selepas meninggalkan Parti BERJAYA dan bertanding di kerusi DUN N.36 Klias mewakili PBS.

Allahyarham dikatakan dijangkiti Covid-19 selepas satu lawatan kerja di Kudat pada 12 Ogos lalu. Allahyarham ditidurkan pada jam 2 petang (24 Ogos 2021) di hospital KPJ untuk rawatan susulan. Sepanjang ditidurkan, keadaan bekas Ahli Parlimen Beaufort itu dilaporkan stabil namun masih bergantung dengan alat bantuan pernafasan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital KPJ, Kota Kinabalu, Sabah jam 6.23 pagi (29 Ogos 2021). Jenazah Allahyarham DSP Hj. Lajim Ukin disemadikan di kampung halamannya (Kampung Kebatu, Beaufort).

Sejarah ringkas dan prestasi Allahyarham DSP Hj. Lajim Ukin selaku calon DUN bagi kerusi Klias dan Parlimen P.177 Beaufort; 
  1. Calon PBS 1986: N. 36 - P.148 Limbawang (Menang: 2,749 undi, majoriti: 97 undi) menewaskan DSP Azizah Dun (USNO) 
  2. Calon PBS 1990: N. 36 - P.148 Limbawang (Menang: 3,679 undi, majoriti: 791 undi) menewaskan DSP Azizah Dun (USNO)
  3. Calon PBS 1994: N.36 Klias - P.161 Batang Sadong (Menang: 4,881 undi, majoriti: 405 undi) menewaskan DSP. Anifah Aman (BN)
  4. Calon BN 1999: N.22 Klias - P.154 Beaufort (Menang: 7,209 undi, manoriti: 3,775 undi) menewaskan Abdul Rahman Bin Yakub (PBS). 
  5. Calon BN PRU-11 (2004): N.25 Klias - P. 177 Beaufort (MTB)
  6. Calon BN PRU-12 (2008): Kerusi Parlimen P.177 Beaufort (Menang: 14,780 undi, majoriti: 10,914 undi) menewaskan Lajim Bin Md Yusof, sementara DUN ditandingi calon BN DSP Azizah Mohd Dun (menang). 
  7. Calon PKR PRU-13 (2013): Parlimen P. 177 Beaufort (Kalah: 12,155 undi, majoriti: 672 undi) kepada calon BN (DSP Azizah Dun) dan kerusi DUN N.25 Klias (Menang: 6,324 undi, majoriti: 179 undi) menewaskan calon BN (Datuk Isnin Aliasnih). 
  8. Calon Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) PRU-14 (2018): bagi kerusi Parlimen P.177 Beaufort (Kalah: 8,023 undi, majoriti 3,331 undi) kepada calon BN (DSP Azizah Dun) dan Dun N.25 Klias (kalah: 3,837 undi, majoriti 2,336 undi) kepada calon BN (Datuk Isnin Aliasnih). 

Allahyarham DSP Hj. Lajim Hj. Ukin tidak bertanding semasa PRN-16 (2020) bagi kerusi N.32 Klias dan memberi laluan serta sokongan padu kepada calon Perikatan Nasional (PN) daripada BERSATU iaitu Datuk Isnin Aliasnih untuk bertanding. Datuk Isnin menang dengan 6,711 undi (majoriti: 3,901 undi) menewaskan calon PKR (Abdul Rahman Md Yakub). 

Warna-warni karier politik semasa hayat Allahyarham DSP Hj. Lajim Hj. Ukin;
1986: Meninggalkan Parti Berjaya dan menjadi calon PBS bagi DUN N.36 Klias. Dilantik selaku Pembantu Menteri Kepada Jabatan Ketua Menteri Sabah bagi kabinet 07 Mei 1986 – 17 Julai 1990. DSP Joseph Pairin Kitingan menjadi Ketua Menteri Sabah

1994: Antara watak penting kejatuhan PBS pada tahun 1994 yang turut melibatkan tiga (3) adun PBS iaitu Datuk Lajim Ukin (Klias), Datuk Rubin Balang (Kemabong) dan Zaini Mat Isa (ADUN dilantik).

28 Julai 2012: Mengumumkan perletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta merta.

4 Mei 2013: Umum keluar UMNO setelah meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Julai 2012.

24 Ogos 2013: Dilantik selaku Pengerusi PKR Sabah setelah berjaya membantu PKR memenangi tujuh (7) kerusi DUN pada PRU-13 (N.04 Matunggong, N.07 Kadamaian, N.09 Tamparuli, N.13 Inanam, N.15 Api Api, N.20 Moyog dan N.25 Klias.

2 Oktober 2016: Mengumumkan perletakan jawatan selaku Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah yang disandang sejak 2013 sekaligus keluar parti dan memberi fokus sepenuhnya kepada perjuangan dalam parti baru yang ditubuhkan (Harapan Sabah). 

25 Oktober 2016: Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan pendaftaran Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Sabah). Antara nama besar yang menyertai Harapan Sabah termasuklah Datuk Maijol Mahap.

9 Januari 2017: Harapan Sabah menjadi sebahagian daripada Gabungan Sabah (United Sabah Alliance - USA) yang terdiri daripada Parti Cinta Sabah (PCS), State Reform Party (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP). 

16 Disember 2018: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) dalam Persidangan Agung Tahunan parti itu hari ini meluluskan usul khas untuk Parti Pribumi Malaysia Bersatu (BERSATU) mengembangkan sayap ke Sabah. Usul itu dicadangkan Ketua Pemuda Harapan Rakyat Penampang  (Jobit Yasin) sebelum disokong sebulat suara perwakilan yang hadir pada persidangan berkenaan.

2 Mei 2019: Harapan Sabah umum keluar Gabungan Sabah (GS) namum belum menentukan hala tuju untuk bergabung dengan mana-mana parti. 

17 Februari 2019: Mengumumkan pembubaran Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).


Allahyarham turut menyandang jawatan penting dalam Kabinet Kerajaan Negeri Sabah dengan Empat (4) Ketua Menteri berbeza;
  1. Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Ketua Menteri DSP Joseph Pairin Kitingan - PBS) 7 Mei 1986 - 17 Julai 1990
  2. Menteri Pertanian dan Perikanan (Ketua Menteri Tan Sri Datuk Hj Sakaran Dandai - UMNO) 27 Mac 1994 -  27 Dis 1994
  3. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (Ketua Menteri DSP Yong Tect Lee - SAPP) 28 Mei 1996 - 27 Mei 1998
  4. Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Pertanian dan Industri Makanan (Ketua Menteri DSP Osu Hj Sukam - UMNO) 15 Mac 1999
Allahyarham turut menyandang jawatan penting di peringkat kerajaan Pusat. Antaranya Timbalan Menteri Pengangkutan (2008/09) dan Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan (2009/12).

Pemergian Allahyarham pastinya merupakan kehilangan besar bagi Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS). Beliau dianggap sebagai Janang Gayuh (Pemimpin Agung) bagi masyarakat Bisaya Sabah, dan usaha beliau dapat dilihat menerusi pembinaan Bangunan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Bisaya (PKSB) yang turut dijadikan pusat komuniti dan penganjuran pelbagai aktiviti berunsur kebudayaan bagi memperkenal dan mempromosikan keunikan etnik Bisaya di Sabah.

Selain menyandang jawatan Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Allahyarham turut aktif dalam NGO Dakwah dan mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS) pada 21 Februari 2020. Menerusi PERKIS Allahyarham sempat menggerakkan Tabung Kemanusiaan Palestin yang telah dilancarkan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah (Datuk Mohd Arifin Mohd Arif) pada 20 Mei 2021.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Jika terdapat khilaf fakta, mohon untuk diperbetulkan dan tinggalkan pesanan di ruangan komen.

RUJUKAN

[1] SPR: Keputusan PRU Sabah
http://semak.spr.gov.my/spr/laporan/5_KedudukanAkhir.php

[2] SPR: Keputusan PRU-12
https://dashboard.spr.gov.my/#!/dun/12/N.32

[3] SPR: Keputusan PRU-13 (Parlimen)
http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/5_KeputusanDR.php?kod=17700

[4] SPR: Keputusan PRU-13 (DUN)
http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/5_KeputusanDUN.php?kod=17725

[5] SPR: Keputusan PRU-14
https://dashboard.spr.gov.my/pru14/#!/dun/12/N.25

[6] Perak Today: Lajim Ukin Dalam Kenangan
https://peraktoday.com.my/2012/07/lajim-ukin-dalam-kenangan/

[7] BHarian: Pusat Kebudayaan Perkenal Keunikan Etnik Bisaya
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/06/576560/pusat-kebudayaan-perkenal-keunikan-etnik-bisaya

[8] SinarHarian: Lajim 'guru' dalam karier politik saya: ADUN Klias
https://www.sinarharian.com.my/article/158341/BERITA/Nasional/Lajim-guru-dalam-karier-politik-saya-ADUN-Klias

[9] SabahMedia: Mahu Perjuangan PERKIS Diteruskan – Samin Ongki
https://sabahmedia.com/2021/08/29/mahu-perjuangan-perkis-diteruskan-samin-ongki/

[10] BHarian: Drama kejatuhan PBS pada 1994 berulang di Sabah
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/05/424535/drama-kejatuhan-pbs-pada-1994-berulang-di-sabah

[11] BHarian: Harapan Rakyat lulus usul khas minta BERSATU lebarkan sayap ke Sabah
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/12/509736/harapan-rakyat-lulus-usul-khas-minta-bersatu-lebarkan-sayap-ke-sabah

[12] YouTubu: Penjelasan Kenapa Lajim Keluar UMNO
https://m.youtube.com/watch?v=ZT8iBRj5804

[13] MStar: Lajim Ukin Letak Jawatan Dalam UMNO dan Pengerusi BN Beaufort
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2012/07/28/lajim-ukin-letak-jawatan-dalam-umno--pengerusi-bn-beaufort

[14] AstroAwani: Parti Harapan Rakyat Sabah Keluar Gabungan Sabah
https://www.astroawani.com/video-malaysia/parti-harapan-rakyat-sabah-keluar-gabungan-sabah-231764

[15] BorneoToday: Harapan Rakyat to Officially Team up With Gabung Sabah in Opposition Coalition
https://www.borneotoday.net/harapan-rakyat-to-officially-team-up-with-gabungan-sabah-in-opposition-coalition/

[16] MKini: Lajim Ukin ditidurkan selepas dijangkiti Covid-19
https://www.malaysiakini.com/news/588527

[17] BERNAMA: Pengerusi AIM Lajik Ukin Meninggal Dunia
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1997565

No comments:

Post a Comment