Sepanjang minggu lepas, jentera dan ahli WarisanUPKO dilihat sibuk menyebarkan infografik bertajuk 10 Kegagalan GRS-PN Memerintah Sabah Dalam 10 Bulan. Jika Jentera WarisanUPKO memerlukan 10 bulan untuk menyenaraikan 10 Kegagalan GRS-PN, DKM Sabah hanya perlukan sebulan pertama pentadbiran WarisanUPKO untuk menyenaraikan puluhan kegagalan WarisanUPKO ketika berkuasa. Mungkin individu yang menghasilkan infografik ini kurang berhati-hati dalam menyenaraikan setiap Kegagalan GRS-PN, kerana apa yang dapat dilihat, setiap kegagalan yang disenaraikan merupakan liabiliti peninggalan WarisanUPKO. Malah lebih sadis, terdapat tuduhan itu telah dijawab sendiri oleh pemimpin-pemimpin WarisanUPKO, sekaligus membuktikan kegagalan itu bukan berpunca akibat kelemahan GRS-PN tapi juga kelemahan WarisanUPKO itu sendiri ketika berkuasa.
1. Tanah Sabah diserahkan kepada Malaya?
Ya benar kerajaan Sabah menyerahkan 1,933.09 hektar kepada kerajaan Pusat. Namun penyerahan tanah tersebut adalah untuk tujuan pembinaan sekolah, hospital, balai polis, balai bomba dan lain-lain projek kemudahan untuk kebajikan rakyat. Untuk rekod, sepanjang 22 bulan PH menguasai kerajaan pusat dan 26 bulan WarisanUPKO menjadi kerajaan negeri, tiada walau satupun projek pembangunan untuk kebajikan rakyat dilaksanakan di Sabah. Yang ada hanyalah projek naik taraf jalan raya yang dimonopoli sepenuhnya oleh Peter Anthony.
Kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan pusat sangat membantu dalam memastikan kelancaran projek pembangunan untuk kepentingan dan kebajikan rakyat dapat dilaksanakan. Untuk pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) misalnya, faktor utama adalah tanah. Memandangkan tanah di bandar adalah terhad dan mahal, pembangunan perumahan mampu milik adakalanya terpaksa dilaksanakan di pinggir bandar yang mempunyai akses kepada pengangkutan awam, sekolah, klinik dan pusat komersial. Oleh yang demikian, kerjasama baik antara kerajaan negeri (penyediaan tanah bersesuaian dan strategik) dan kerajaan pusat (penyediaan peruntukan) adalah perlu dalam memastikan kejayaan sesebuat projek pembangunan khususnya kepada rakyat.
Sehingga Ogos 2020, sebanyak tujuh Projek Perumahan Rakyat (PPR) membabitkan 4,400 unit sedang dalam pembinaan di Sabah, menjadikan Sabah antara negeri yang terbanyak menerima projek PPR daripada Kerajaan Pusat. Sebanyak 31 projek membabitkan 21,699 unit siap dibina. Bagi tujuh projek baharu, sebanyak 900 unit sedang dibina di PPR Ulu Perasan (Kota Belud), PPR Sapagaya (Lahad Datu - 410 unit), PPR Pitas (440 unit), PPR Kg. Kiansom Besar (Inanam - 1,000 unit), PPR Tagasan (Semporna - 500 unit), PPR Gayang II (Tuaran - 500 unit) dan PPR Jalan Tungku (Lahad Datu - 650 unit). Terdapat satu lagi projek PPR yang masih dalam perancangan kementerian iaitu PPR Batu Putih, Fasa II, Sandakan.
1. Borneo Today: Kerajaan Sabah Beri 1,933.09 Hektar Tanah Kepada Agensi Persekutuan
2. EPU: Menyediakan Perumahan Mampu Milik yang Mencukupi dan Berkualiti
2. EPU: Menyediakan Perumahan Mampu Milik yang Mencukupi dan Berkualiti
2. Tidak ada lagi Tuntutan MA63?
Kerajaan GRS konsisten dalam tuntutan MA63. Malah ketegasan ini turut disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor ketika Mesyuarat Khas Mengenai MA63 yang dipengerusikan oleh YAB PM (Tan Sri Mahiaddin Yassin). Perbincangan antara kerajaan negeri dan pusat berhubung perkara itu masih berjalan dan tidak pernah terhenti.
Malah YAB PM (Tan Sri Mahiaddin Yassin) mengulangi pendirian Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk terus komited memastikan hak-hak bagi Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan terpelihara. Antara inisiatif awal termasuklah;
- Diperingkat awal pembentukan Kabinet PN, beliau mewujudkan satu portfolio khusus mengenai Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di Jabatan Perdana Menteri.
- Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 September 2020 telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Khas mengenai MA63 yang akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri selain turut dianggotai oleh Ketua Menteri Sarawak, Ketua Menteri Sabah, Menteri-Menteri Persekutuan dan ahli-ahli lain yang akan dilantik mengikut kesesuaian, kelayakan dan bidang kepakaran masing-masing.
Kejayaan Kerajaan Negeri Sarawak memeterai perjanjian dengan Petronas menerusi anak syarikat milik kerajaan Sarawak iaitu Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menjadi inspirasi untuk Sabah mengikut jejak langkah Sarawak. Ia juga bukti bahawa YAB Perdana Menteri (Tan Sri Mahiaddin Yassin) meneruskan komitmen dan ikhlas memulangkan hak Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Bukti yang jelas dapat dilihat adalah ketika pengurusan Covid-19 di Sabah. Terdapat beberapa situasi di mana secara jelas kerajaan negeri Sabah pimpinan GRS, tidak mengikuti sepenuhnya arahan daripada kerajaan pusat. Buktinya adalah seperti berikut;
1. Ketika Perdana Menteri (Tan Sri Mahiaddin Yassin) mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun 2021, Sabah menjadi negeri yang kekal dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan menerapkan SOP ketat yang terbukti lebih berkesan dalam mengekang penularan Covid-19 di Sabah.
2. Pada 27 April 2021, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyenaraikan Sabah antara negeri yang diletakkan dalam status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Namun cadangan tersebut tidak diterima oleh kerajaan negeri sebaliknya Sabah kekal dengan status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
3. Ketika seluruh negara dikenakan PKP bermula 12 Mei sehingga 7 Jun 2021, Sabah sebaliknya mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan SOP yang ketat. Operasi premis perniagaan di kawasan PKPB berjalan seperti biasa dengan Dine In turut dibenarkan di kedai-kedai makan dengan kapasiti 50% daripada kapasiti saiz meja, dan suasana ini tidak berlaku di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenakan PKP.
Hal ini tidak berlaku ketika pentadbiran WarisanUPKO. Ketegasan untuk tidak mengikut sepenuhnya telunjuk kerajaan pusat akhirnya memakan diri apabila kerajaan WarisanUPKO ketika itu terpaksa akur dengan arahan kerajaan pusat. Ketika YAB Perdana Menteri mengumumkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh negara (1 Mei 2020) bermula 4 Mei 2020, WarisanUPKO pada 3 Mei 2020 mengumumkan untuk tidak melaksanakan PKPB sebaliknya kekal dengan PKP. Namun, keputusan itu ditarik balik (U-Turn) kurang seminggu selepas diumumkan, sekaligus membuktikan WarisanUPKO sendiri tunduk kepada arahan kerajaan pusat dan langsung tidak berupaya melawan.
3. Tiada Pelaksanaan IC Sabah?
Perjuangan menuntut pelaksanaan IC Sabah tidak hanya digerakkan oleh pemimpin parti dalam gabungan GRS bahkan juga pemimpin-pemimpin Warisan seperti Darell Leiking, DSP Madius Tangau, Jeannie Lasimbang (ketika bersama BERSIH) dan lain-lain. Namun yang paling lantang memperjuangkan pelaksanaan IC Sabah adalah Darell Leiking.
Namun jawapan Darell Leiking ketika membangkitkan isu ini pada sidang parlimen 2017, jelas membuktikan bahawa impian untuk merealisasikan kewujudan IC Sabah tidak mungkin tercapai.
Menurut beliau, tindakan menarik balik MyKad kepada individu akan mewujudkan implikasi perundangan kerana ia menyentuh hak seseorang. Akhirnya Darell Leiking sendiri hanya mampu mencadangkan untuk diwujudkan Kad Sabah bagi membezakan antara rakyat asal Sabah dengan PTI. Namun cadangan tersebut dibakul sampahkan oleh DSSA.
4. Pemegang IMM13 tidak dihantar pulang?
Warisan dilihat secara terbuka menyerang Datuk Dr. Jeffrey Kitingan berhubung penghantaran pulang pemegang IMM13 ke negara asal. Isu berhubung penghantaran pulang pemegang IMM13 turut dibangkitkan oleh pemimpin Warisan sebelum menjadi kerajaan lagi, antaranya termasuklah Darell Leiking, Jeane Lasimbang, Junz Wong dan aktivis politik termasuk BERSIH Sabah yang selama ini mengaitkan Projek IC dengan pemegang dokumen IMM13.
Namun demikian, tuduhan ini telah dijawab sendiri oleh Mantan Menteri KDN daripada Warisan sendiri iaitu Dato' Azis Jamman. Menurut Azis Jamman, Penghantaran pulang pemegang IMM13 generasi pertama boleh dilaksanakan namun sukar untuk generasi ketiga dan keempat. Malah proses penghantaran pulang pemegang IMM13 telah lama dilaksanakan iaitu ketika pentadbiran BN yang kini dalam kerajaan GRS lagi. Permasalahan yang dihadapi adalah, sukar untuk kerajaan Filipina menerima waris kepada pemegang IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci yang dilahirkan di Sabah dan merupakan generasi ketiga dan keempat pelarian perang tahun 1970-an.
5. Semua PTI yang mendapat dokumen (kad burung & Sijil Banci) secara haram bakal mendapat IMM13?
Status pelarian perang yang diberikan menerusi IMM13 bukan bertujuan untuk memberi dokumen sah kepada PTI, tapi sebagai tujuan penyelarasan dokumen perjalan tunggal untuk semua warga asing di Sabah. Selain itu, penggunaan hanya satu dokumen sahaja seperti IMM13 itu juga, bagi melancarkan urusan penghantaran pulang PTI berkenaan ke negara asal mereka.
IMM13 adalah antara dokumen dikeluarkan kepada warganegara Filipina berstatus pelarian, selain beberapa dokumen lain seperti Sijil Banci dikeluarkan ketika program pemutihan Pasukan Petugas Khas Persekutuan dan Kad Burung-Burung dikeluarkan pada 1970 hingga 1990an. Untuk rekod terdapat seramai 136,000 orang pemegang pelbagai dokumen pendaftaran warga asing termasuklah HIF22, kad burung-burung, sijil banci dan IMM13.
6. Bantuan Covid-19 Dikenakan Syarat?
Sejak zaman pentadbiran Warisan lagi, pengagihan bantuan bakul makanan terhad kepada mereka yang tergolong dalam miskin tegar dan berdaftar dengan eKasih. Namun ketika negara berhadapan pandemik Covid-19 hingga memaksa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) khususnya kawasan yang merekodkan kes jangkitan tertinggi, pemberian bakul makanan turut diperluas kepada semua rakyat yang terlibat dengan PKPD. Pemimpin Warisan tahu dan sedar akan perkara ini kerana ianya telah dilaksanakan ketika pentadbiran WarisanUPKO.
Pelbagai masalah dan isu yang timbul ketika fasa awal WarisanUPKO melaksanakan agihan bantuan bakul makanan ini kepada rakyat. Antara isu yang panas termasuklah, terdapat kawasan yang mana nilai bantuan yang disenaraikan dalam senarai semak tidak sama dengan nilai yang diterima. Rakyat tidak pernah lupa bagaimana sukarnya untuk memohon bantuan bakul makanan termasuk karenah birokrasi ketika memohon bantuan RM300 untuk B40 yang tidak kunjung tiba meskipun sistem permohonan atas talian bertukar sebanyak dua kali.
Ketika WarisanUPKO sanggup menyediakan peruntukan bernilai RM200 juta untuk membiayai 1000 projek pembangunan yang hanya memanfaatkan kontraktor dan kroni WarisanUPKO, rakyat yang tidak menerima bantuan dan berharap kerajaan menambah peruntukkan agar lebih ramai rakyat terjejas turut menerima bantuan, harapan dan permintaan rakyat hanya dibalas dengan satu kenyataan pedas yang menjadi sebab mengapa riwayat politik WarisanUPKO hanya bertahan untuk 26 bulan sahaja.
"Kerajaan mahu membantu rakyat bagi memastikan Sabah diurus tadbir dengan sebaiknya. Bagaimanapun, bantuan yang disalurkan tidak sepatutnya membimbing rakyat kepada budaya terlalu bergantung kepada bantuan. Kita perlu mencipta budaya masyarakat yang ada keupayaan berdiri di atas kaki sendiri dalam kalangan rakyat Sabah terutama golongan muda".
7. Campurtangan lantikan politi terhadap kakitangan awam?
Pastinya Warisan merujuk kepada kes pertukaran Pengarah Kesihatan Negeri (PKN) Sabah. Tidak wujud sebarang isu apabila anak Sabah (Dr Christina) diganti dengan anak Sabah (Dr. Rose Nani) dan kedua-duanya ahli epidemiologi. Malah isu ini telah dijelaskan secara terperinci oleh beberapa portal tempatan.
Kenapa Dr. Rose Nani?
1. Beliau merupakan anak Sabah yang berasal dari Papar Sabah. Tidak timbul soal borneonisasi dalam pelantikan ini kerana Dr Christina (Sabahan) juga digantikan dengan Dr. Rose Nani (Sabahan). Apa yang penting, pelantikan ini sama sekali berbeza dengan Dasar Sempornanisasi peninggalan Warisan.
2. Dr Rose Nani mempunyai kepakaran dalam bidang Epidemiologi dan penyakit bawaan vektor selain pernah bertugas sebagai Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia.
3. Kepakaran diiktiraf dan sering menjadi panel jemputan stesen televisyen tempatan seperti TV1, TV3, Astro dan Traxx Fm. Antara topik perbincangan demam denggi, penyakit chikugunyan dan Zika.
4. Berpengalaman luas dengan tempoh perkhidmatan hampir 30 tahun (1992 hingga sekarang).
5. Pernah bertugas di Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Besar Kesihatan Sungai Koyan, Raub, Pahang.
6. Kepakaran Dr. Rose Nani (Epidemiologi dan penyakit bawaan vektor) menjadi antara kriteria utama memandangkan Sabah menjadi negeri keempat tertinggi kes denggi (sehingga Jun 2021), kes jangkitan zika tempatan pertama di Malaysia direkodkan di Sabah (2016) dan satu (1) kes chikungunya (2020).
Pendekatan yang digunapakai oleh kerajaan GRS kini adalah berbeza ketika zaman WarisanUPKO. Ketika pentadbiran WarisanUPKO, majoriti perjawatan dalam sektor awam negeri dan GLC negeri dimonopoli sepenuhnya oleh suku-kaum dan kerabat Shafie Apdal, dengan 80 peratus lantikan tidak melalui proses temu duga. Tuduhan GRS campur tangan dalam pelantikan penjawat awam negeri dan GLC oleh Warisan ibarat meludah ke muka sendiri.
Mungkin WarisanUPKO terlupa bahawa antara perkara penting yang terkandung dalam Manifesto Warisan semasa PRU-14 adalah, tidak melantik ahli politik ke jawatan penting dalam syarikat berkaitan kerajaan atau badan berkanun. Namun akhirnya janji ini secara terang-terangan dimungkiri di penghujung hayat Parti WarisanUPKO (sebulan sebelum DUN dibubarkan).
8. Tuntutan Yayasan Sabah Terhadap Musa Aman RM872juta Tidak Diteruskan?
Untuk isu ini, perkara penting yang perlu difahami adalah proses tuntutan oleh Yayasan Sabah menerusi Pengarahnya (Datuk Jamalul Kiram - Kroni dan kaum kerabat Shafie Apdal) itu sendiri bersifat tuduhan politik semata-mata. Malah permohonan tuntutan tersebut penuh dengan kekaburan dan tanda tanya selain mengelirukan ramai pihak termasuk Tan Sri Musa Aman. Beliau (Musa Aman) dan Peguamnya tidak menerima sebarang dokumen berhubung tuntutan tersebut sepertimana yang didakwa oleh Datuk Jamalul Kiram.
Untuk rekod, tuntutan Yayasan Sabah oleh Jamalul Kiram ini adalah kesinambungan daripada keputusan Jabatan Peguam Negara yang menarik balik kesemua 46 pertuduhan rasuah yang telah diputuskan oleh Jabatan Peguam Negara pada 2012 setelah mendapati wang tersebut adalah sumbangan politik. Berikut merupakan faktor mengapa Jabatan Peguam Negara menggugurkan kes Tan Sri Musa Aman;
- Tan Sri Abdul Gani Patail mempertahankan keputusan Jabatan Peguam Negara pada 2012, setelah siasatan mendapati wang terbabit adalah sumbangan politik.
- Perkembangan terbaharu dalam kes tersebut berkaitan dengan dokumen (bank tidak menyimpan rekod lebih daripada 7 tahun) dan saksi (saksi meninggal, masalah kesihatan dan tidak berada di Malaysia) tidak mewajarkan untuk perbicaraan kes tersebut diteruskan.
- Keputusan ini juga selaras dengan keputusan yang dibuat oleh ICAC Hong Kong menerusi sepucuk surat bertarikh 22 Disember 2011, yang menyatakan siasatan mereka terhadap Musa sudah lengkap dan berdasarkan fakta yang diketahui, tiada tindakan siasatan lanjut akan dijalankan.
Oleh yang demikian, tidak timbul soal tuntutan Yayasan Sabah terhadap Musa Aman tidak diteruskan, kerana tuntutan itu sendiri tidak melalui prosedur yang sepatutnya.
5. Sabah Kini 2: Mengejutkan! Yayasan Sabah dikuasai keluarga suku sakat Shafie Apdal, Jamalul Kiram
9. Kerajaan GRS Rampas Tanah Rakyat Sabah?
Jika tuduhan kerajaan GRS merampas tanah rakyat merujuk kepada kes 54 kampung Vs Safoda dan Forest Industries seperti yang berlaku di Pitas Sabah serta beberapa kes tuntutan tanah bertindih antara Safoda dengan penduduk kampung yang berlaku di beberapa kawasan di Sabah, perlu diingat bahawa kes ini bukan berlaku ketika pentadbiran kerajaan GRS tatapi kerajaan terdahulu. Malah ketika Zaman Warisan sendiri, kes ini gagal diselesaikan.
Tidak timbul isu kerajaan GRS merampas tanah penduduk, malah ketika zaman Barisan Nasional (BN) lagi pelbagai usaha penyukatan tanah telah dilaksanakan termasuk memperkenalkan Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) yang diwujudkan pada 2012 dengan peruntukan RM20juta setahun untuk penyukatan Tanah NCR di Sabah sejak 2011.
Menerusi inisiatif yang diperkenalkan ini, kerajaan negeri ketika era BN telah berjaya menyelesaikan kerja pengukuran tanah hak adat anak negeri (NCR) seluas 36,137 hektar sehingga akhir tahun 2018. Ia membabitkan 21,378 lot tanah di 92 kampung merangkumi 16 daerah seluruh negeri dengan kebanyakannya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Hasilnya jelas kelihatan apabila WarisanUPKO mengagihkan sejumlah besar tanah NCR yang telah disukat kepada penduduk kampung di kawasan pedalaman. Meskipun WarisanUPKO cuba untuk mendapatkan mileage politik menerusi agihan geran tanah ini, namun ia tetap gagal memenangkan calon WarisanUPKO khususnya di kawasan pedalaman yang majoritinya pengundi KDMR.
Sebagai rujukan, penyelesaian berhubung isu pertikaian pertindihan tuntutan tanah antara penduduk kampung dengan Safoda dan Begaraya terus dilakukan oleh pemimpin GRS sehingga kini.
10. Ahli Keluarga Rancak Menggunakan Lesen Kontraktor Orang Lain Bagi Mendapatkan Projek?
Carian berhubung tuduhan ini sama ada di enjin carian google mahupun Facebook, tidak menemui sebarang bukti berhubung dengan tuduhan ini dan ia jelas merupakan fitnah terhadap Datuk Seri Hajiji Noor.
Berbanding dengan Shafie Apfal, perbagai isu keluar jika menyebut soal projek dan tander kerajaan negeri dibolot oleh kroni dan pemimpin WarisanUPKO. Ini belum mengambil kira projek direct award termasuk pemberian projek kepada kaum keluarga dan orang-orang Semporna (Sempornanisasi).
KESIMPULAN
Semakin kerap WarisanUPKO menabur fitnah kepada pemimpin GRS, semakin banyak pembohongan dan kerosakan yang dilakukan oleh WarisanUPKO ketika berkuasa, terbongkar dengan sendirinya.
Menjelang tarikh 29 Julai 2021 ini, maka genaplah setahun Peristiwa Pembubaran DUN Sabah yang menjadi pencetus kepada penularan gelombang ke-3 dan ke-4 Covid-19 di Malaysia. Apa yang berlaku di Malaysia pada hari ini datangnya daripada Parti Warisan Sabah yang sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat demi kelangsungan politik WarisanUPKO.
#trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp
#beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself
#KerajaanGagal #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020
0 Comments