KERAJAAN GRS LEMAH? SEGALA PERKARA PERLU RUJUK KERAJAAN PUSAT?

GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS)

Tular Kenyataan Media YAB Ketua Menteri Sabah berhubung Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa - 1 bagi Negeri Sabah pada 29 Jun 2021. Perkara yang jelas adalah, keputusan ini dilihat mendahului negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia. Untuk rekod, ini bukan kali pertama negeri Sabah mengambil keputusan berlainan dengan Kerajaan Persekutuan berhubung dengan aspek pengurusan Covid-19 bagi negeri Sabah. 

Kecoh dikalangan pemimpin dan penyokong Parti Warisan yang melihat percanggahan pendapat antara YAB  Ketua Menteri Sabah dengan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), dengan menuduh kerajaan negeri lemah dan ikut telunjuk kerajaan pusat. 

Kenyataan sebegini dengan jelas mencerminkan kedaifan pemikiran pemimpin dan penyokong parti Warisan Sabah. Mungkin mereka terlupa bahawa sejarah tidak pernah menipu, tapi yang menipu itu adalah manusia. 

Berikut disenaraikan keputusan yang pernah dibuat oleh kerajaan negeri dalam mengekang penularan Covid-19 di Sabah yang terbukti berkesan meskipun berbeza dengan keputusan dan ketetapan kerajaan Pusat.

1.    Ketika Perdana Menteri (Tan Sri Mahiaddin Yassin) mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun 2021, Sabah menjadi negeri yang kekal dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan menerapkan SOP ketat yang terbukti lebih berkesan dalam mengekang penularan Covid-19 di Sabah. Untuk rekod, bagi 01 Januari 2021 hingga 29 Jun 2021, kes tertinggi Positif Covid-19 harian yang dilaporkan di Sabah adalah 526 kes (19 Januari 2021) dan kes positif Covid-19 harian terendah adalah sebanyak 29 kes (15 Mac 2021). Data ini jelas menunjukkan pendekatan pengurusan Covid-19 yang digunapakai oleh kerajaan negeri telah terbukti berkesan.
Rakyat pasti dapat membezakan antara Pemimpin Matang dengan Pemimpin Pramatang

2.    Sabah menjadi antara negeri yang mengenakan SOP yang ketat berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, meskipun kadar jangkitan harian adalah rendah. Ketika seluruh negara dikenakan PKP bermula 12 Mei sehingga 7 Jun 2021, Sabah sebaliknya mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan SOP yang ketat. Operasi premis perniagaan di kawasan PKPB berjalan seperti biasa dengan Dine In turut dibenarkan di kedai-kedai makan dengan kapasiti 50% daripada kapasiti saiz meja, dan suasana ini tidak berlaku di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenakan PKP.


3.    Pada 27 April, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyenaraikan Sabah antara negeri yang diletakkan dalam status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Namun, memandangkan kerajaan negeri melihat kes jangkitan Covid-19 menunjukkan tren peningkatan, kepimpinan Kerajaan Sabah sepakat untuk mengekalkan Sabah dalam status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selain turut mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

4.    Kerajaan Sabah menjadi kerajaan negeri yang pertama memohon agar Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri yang dijadualkan tamat Isnin (26 Oktober 2020) dilanjutkan, mengambil kira  kes jangkitan Covid-19 di Sabah masih tinggi. Meskipun keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri tidak selari dengan keputusan Kerajaan Pusat, namun ia adalah keputusan yang tepat memandangkan kadar kes positif Covid-19 harian bagi negeri Sabah masih tinggi dengan kes tertinggi bagi bulan Oktober adalah sebanyak 927 kes (26 Oktober 2020)

Jelas bahawa pendekatan pengurusan Covid-19 yang diambil oleh Kerajaan GRS Sabah telah terbukti meskipun tidak selari dengan keputusan kerajaan Pusat. Situasi ini jauh berbeza ketika Warisan menjadi kerajaan negeri. Persoalan yang perlu dijawab oleh penyokong dan pemimpin Warisan, jika benar Warisan tidak tunduk kepada keputusan kerajaan pusat, sila senaraikan keputusan yang diambil oleh Warisan ketika menjadi kerajaan negeri yang membuktikan mereka tidak tunduk dan ikut dengan arahan pusat serta tidak U-Turn berhubung dengan pengurusan Covid-19. 

Dapat disimpulkan, adalah keputusan yang dibuat secara kolektif bukan hanya daripada seluruh komponen dan kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bahkan juga parti politik pembangkang, peniaga dan seluruh rakyat yang terjejas sepanjang pelaksanaan PKP 3.0 di Sabah. Kadar pematuhan rakyat yang baik sepanjang pelaksanaan PKP juga menyumbang kepada penurunan kes positif Covid-19 harian negeri yang rendah (sekitar 150-250 kes) dan ia adalah terkawal.

Keprihatinan YAB Ketua Menteri Sabah (Datuk Sri Hj. Hajiji Hj Noor) terhadap keperitan yang dihadapi rakyat ketika ini, perlu mendapat sokongan semua pihak. Apa yang penting ketika ini adalah solidariti seluruh rakyat Sabah dalam memastikan usaha murni kerajaan negeri dapat direalisasikan. Selain itu, disiplin dan pematuhan yang berterusan terhadap SOP kawalan Covid-19 daripada seluruh rakyat amat diharapkan, agar penularan Covid-19 di Sabah dan seluruh negara dapat dibendung sepenuhnya.

#RumahKita #KitaJaga #BantuRakyat #KitaJagaKita




#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #mknsabah #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #DSSA #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020 #KerajaanGagal 

No comments:

Post a Comment