Heboh di group dan page Warisan yang memburukkan Ketua Menteri Sabah Dato' Sri Hajiji Noor bahawa beliau menzalimi anak Sabah berhubung pelantikan Pengarah Kesihatan Negeri. Media Warisan memainkan sentimen bahawa Ketua Menteri Sabah tidak memperjuangkan hak anak Sabah berhubung pelantikan Pengarah Kesihatan Negeri (PKN Sabah) yang baharu. 

Isu dan tuduhan yang cuba dimainkan oleh Warisan ini ibarat meludah ke muka sendiri. Rakyat Sabah tidak pernah lupa kenangan pahit di bawah pentadbiran kerajaan Warisan suatu ketika dahulu yang mengamalkan Dasar Sempornanisasi iaitu kecenderungan pengisian jawatan dari daerah Mantan Ketua Menteri Sabah selain faktor bangsa. Perkara ini diakui sendiri oleh DSSA menerusi rakaman ceramah politik beliau semasa PRN-16 lalu.


Perlu diingat, pelantikan Dr. Rose Nani adalah mengikut kelayakan dan kepakaran beliau dan selari dengan keperluan semasa negeri. Pelantikan ini bukan melihat faktor bangsa mahupun kedaerahan semata-mata sepertimana yang diamalkan oleh kerajaan setengah penggal (WarisanPlus) yang dibentuk bukan dengan mandat rakyat tapi mandat KATAK POLITIK

Selama ini Warisan menafikan Agenda Sempornanisasi (biar video membuktikan segalanya). 
#Rakyat_Tidak_Pernah_Lupa


Kenapa Dr. Rose Nani?
1. Beliau merupakan anak Sabah yang berasal dari Papar Sabah. Tidak timbul soal borneonisasi dalam pelantikan ini kerana Dr Christina (Sabahan) juga digantikan dengan Dr. Rose Nani (Sabahan). Apa yang penting, pelantikan ini sama sekali berbeza dengan Dasar Sempornanisasi peninggalan Warisan. 

2. Dr Rose Nani mempunyai kepakaran dalam bidang Epidemiologi dan penyakit bawaan vektor selain pernah bertugas sebagai Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

3. Kepakaran diiktiraf dan sering menjadi panel jemputan stesen televisyen tempatan seperti TV1, TV3, Astro dan Traxx Fm. Antara topik perbincangan demam denggi, penyakit chikugunyan dan Zika. 

4. Berpengalaman luas dengan tempoh perkhidmatan hampir 30 tahun (1992 hingga sekarang). 

5. Pernah bertugas di Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Besar Kesihatan Sungai Koyan, Raub, Pahang.

6. Kepakaran Dr. Rose Nani (Epidemiologi dan penyakit bawaan vektor) menjadi antara kriteria utama memandangkan Sabah menjadi negeri keempat tertinggi kes denggi (sehingga Jun 2021), kes jangkitan zika tempatan pertama di Malaysia direkodkan di Sabah (2016) dan satu (1) kes chikungunya (2020).


Dr. Rose Nani Melangkaui 6 orang Timbalan Pengarah Negeri?

1. Tidak wujud isu melangkaui enam (6) Timbalan Pengarah Negeri jika mengambil kira aspek senioriti (30 tahun dalam perkhidmatan), pengalaman (5 jabatan kesihatan  dan 2 hospital berlainan), dan gred perjawatan semasa (JUSA C). 

2. Jika melihat kepada enam (6) orang Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, hanya Dr. Asits Sanna (Kesihatan Awam) yang bergred JUSA C dan selebihnya bergred 54 hingga gred 56. 

Carta Organisasi JKNS dan Timbalan Pengarah

Kesimpulan

1. Pelantikan Dr. Rose Nani adalah bertepatan dengan situasi semasa negeri mendepani pandemik Covid-19 dan turut berhadapan masalah kes denggi yang serius dengan Sabah merekodkan kes denggi keempat tertinggi di Malaysia (759 kes - Jun 2021) dan (2537 kes - Jun 2020).

2. Hierarki perjawatan dan gred (JUSA C) , faktor senioriti (30 tahun), pengalaman perrkhidmatan di semenanjung Malaysia yang luas selain turut diintiraf sebagai pakar (sering menjadi panel undangan di stesen televisyen), menjadikan beliau antara calon yang paling berkelayakan mengisi posisi Pengarah Kesihatan Negeri Sabah.

3. Proses perpindahan dan penempatan penjawat awam di jabatan kerajaan adalah perkara biasa dan seharusnya tidak wujud isu kerana penjawat awam adalah tertakluk kepada Perintah Am (General Order). Ada pihak menyatakan Dr Christina mungkin meletakkan jawatan jika tidak mahu menerima pertukarannya ke Putrajaya. Itu adalah hak beliau untuk berbuat demikian. Selaku penjawat awam yang berpengalaman luas, seharusnya Dr. Christina perlu sedar bahawa beliau masih terikat dengan Perintah Am. 

4. Apa yang penting, beliau adalah Sabahan. Pelantikan beliau membuktikan kerajaan PN menghormati dan memelihara Agenda Borneonisasi sepertimana yang terkandung dalam Perkara 20. Bukannya menegakkan Agenda Sempornanisasi sepertimana yang dilakukan oleh Warisan. 

Sabah untuk rakyat Sabah dan semua kaum di Sabah tanpa mengira agama dan bangsa, bukan eksklusif untuk satu Bangsa mahupun Daerah.


RUJUKAN
[1] Fitnah: Facebook Benny Chiu
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4847418061939897&id=100000152525366
https://www.moh.gov.my/index.php/edirectory/staff/9178

[2] Dr. Christina Bukan Lagi Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
https://inisabahbah.com/dr-christina-bukan-lagi-pengarah-jabatan-kesihatan-negeri-sabah/?lang=ms

[3] Carta Organisasi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
https://jknsabah.moh.gov.my/V8/index.php/en/galeri/muat-turun/pengumuman/itemlist/category/22-korporat

[4] Dr. Rose Nani 'Orang Sabahan' Putrajaya ganti Dr Christina sebagai Pengarah JKNS
http://sabahkini2.com/en/news/3886/dr-rose-nani-orang-sabahan-putrajaya-ganti-dr-christina-sebagai-pengarah-jkns/view

[5] Ucapan Tahniah Dr. Noor Hisham kepada Dr. Rose Nani
https://m.facebook.com/DGHisham/photos/a.656071844416707/4542441985779654/?type=3&source=48

#trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #bhfyp #kerala #bhfyp
#beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself
#KerajaanGagal #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020