SABAH TERIMA 628,390 DOS VAKSIN

HJ HAJIJI HJ NOOR

KOTA KINABALU (30 Jun 2021): Sabah telah menerima sejumlah 628,390 dos vaksin atau 254,565 vial bagi vaksin jenis Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca, untuk kegunaan rakyat di negeri ini setakat 28 Jun lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata demikian dalam taklimatnya kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang hadir sempena majlis penyerahan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Dewan Masyarakat Manggatal di sini hari ini.

Christina berkata setakat tempoh yang sama juga, sebanyak 555,761 dos sudah digunakan untuk dos 1 dan 2 bagi tiga jenis vaksin itu. “Baki vaksin kini adalah sebanyak 72,598 dos. Setakat ini juga, sebanyak 152 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sabah yang antaranya membabitkan fasiliti kesihatan selain hospital dan klinik swasta serta dewan dan premis swasta yang dijadikan PPV sebagai projek CSR (tanggungjawab sosial korporat),” katanya.

Bagi program mobile outreach, Christina berkata sebanyak 16 daerah yang terbabit dengan 20 pasukan klinik bergerak serta 195 lokaliti. 

“Sebanyak 19,310 dos vaksin (dos 1) telah diberikan membabitkan jenis Pfizer dan Sinovac,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berasa gembira kerana Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Sabah termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman, berjalan dengan lancar.

“Berdasarkan taklimat oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Datuk Dr Christina Rundi), saya melihat PICK berjalan lancar, termasuk program bergerak kerajaan (mobile outreach) yang turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah dan Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF).

“Saya berharap proses vaksinasi di Sabah akan berjalan dengan lebih lancar lagi termasuk di kawasan pedalaman,” katanya.

Sempena majlis itu, Ketua Menteri melakukan flag-off atau pelepasan kenderaan pacuan empat roda - Mobile Covid Vaccination ke Nabawan, yang membawa vaksin untuk dos 2 ke daerah berkenaan.

Pada majlis itu Ketua Menteri juga menyampaikan bantuan tunai one-off RM300 untuk Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 3.0 DBKK kepada penjaja kecil dan bantuan pembayaran pengurusan PPRT kepada DBKK.

Yang turut hadir Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya; Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip DBKK telah menerima peruntukan sebanyak RM2,693,716 untuk diagihkan kepada penjaja membabitkan RM1,270,200, bantuan sewa Projek Perumahan Rakyat Termiskin atau PPRT (RM245,016) dan bakul makanan (RM1,178,500), bagi bantuan BSP 3.0 DBKK.


#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #mknsabah #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #DSSA #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020 #KerajaanGagal 


No comments:

Post a Comment