MAJLIS BELIA SABAH: KEPUTUSAN KETUA MENTERI BUKTI KERAJAAN NEGERI PRIHATIN DAN PEKA RINTIHAN RAKYAT

ABQAREE FAWWAZ BIN ABEKAN

KENYATAAN MEDIA MAJLIS BELIA SABAH
30 JUN 2021

1. Majlis Belia Sabah (MBS) menyambut baik dan menyokong penuh inisiatif yang diumumkan oleh YAB. Ketua Menteri Sabah bagi melaksanakan Pelan Pemulihan Negara-Fasa 1 untuk Negeri Sabah yang telah dimulakan pada 29 Jun 2021 dengan mengekalkan sebahagian besar Standard Operasi Prosedur (SOP) PKP 3.0.

2. MBS yakin dan percaya bahawa keputusan kerajaan negeri ini adalah bertepatan dengan situasi semasa negeri yang merekodkan kadar jangkitan harian di bawah angka 200. Usaha ini jelas membuktikan bahawa YAB. Ketua Menteri sentiasa peka dan mendengar pandangan serta rintihan rakyat di peringkat akar umbi yang terjejas teruk sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 1.0 sehingga 3.0.

3. Larangan rentas daerah dan keputusan mengguna pakai sebahagian besar SOP PKP 3.0 jelas membuktikan bahawa kerajaan tidak mengabaikan langkah-langkah pengawalan dan pencegahan yang telah dipraktikkan ketika Sabah mengekalkan status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada April lalu, meskipun Kerajaan Persekutuan menyenaraikan negeri Sabah dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

4. MBS menghargai keprihatinan YB. Datuk Sri Ismail Sabri Yakob (Menteri Kanan Kluster Keselamatan) yang mencadangkan agar negeri Sabah menggunapakai SOP PKP 3.0 atau memperketatkan lagi SOP sedia ada dalam memastikan keputusan yang diambil kini tidak mendatangkan implikasi negatif pada masa akan datang.

5. Walaubagaimanapun, MBS berpendapat penyeragaman SOP di seluruh negara tidak sesuai serta akan melambatkan Pelan Pemulihan Negara kerana terdapat negeri-negeri yang merekodkan kes jangkitan harian yang rendah dan terkawal. Oleh itu SOP yang lebih fleksibal perlu dipraktikkan khususnya di negeri-negeri yang mencatat kes positif Covid-19 harian yang rendah. Keputusan ini akan memanfaatkan semua pihak khususnya rakyat yang semakin tertekan dan terhimpit akibat hilang punca pendapatan dan pekerjaan. 

6. MBS berharap agar Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) digerakkan dengan lebih menyeluruh dan agresif khususnya di bandar-bandar utama, agar pembukaan sektor ekonomi dapat diperluaskan seterusnya beroperasi seperti sediakala. Selain daripada itu, Program Outreach bagi komuniti Desa dan Pedalaman, Vaksinasasi Mobile (MOVAC), Vaksinasi Pandu-Lalu, PPV IPT juga perlu diperhebatkan selaras dengan kenyataan YAB Ketua Menteri yang menyasarkan vaksinasi harian kepada 30,000 pada bulan-bulan mendatang akan dapat dicapai.

7. Pelan Pemulihan Negara-Fasa 1 untuk Negeri Sabah ini dilihat mampu meransang kembali ekonomi Negeri Sabah yang terjejas teruk, selain mengurangkan tekanan dan bebanan kewangan yang dihadapi rakyat secara keseluruhannya kerana tidak beroperasi untuk suatu tempoh yang lama akibat pelaksanaan PKP 3.0.

8. Bagi memastikan Negeri Sabah bebas sepenuhnya daripada pandemik COVID-19 sekaligus mencapai sasaran imuniti kelompok, MBS mengesa agar seluruh rakyat negeri Sabah tanpa mengira latar belakang politik, agama, bangsa mahupun sosio-ekonomi untuk berganding bahu menyokong usaha dan inisiatif yang telah diumumkan YAB. Ketua Menteri Sabah.

Sekian.

ABQAREE FAWWAZ BIN ABEKAN
Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah

#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #mknsabah #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #DSSA #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020 #KerajaanGagal 

No comments:

Post a Comment