Ketua Menteri Pengerusikan Mesyuarat JKKN Bincang Kawalan Keselamatan Di Perairan Esszone

Gambar diambil semasa Lawatan YAB Ketua Menteri Sabah ke Pos Kawalan ATM Tg. Labian, Lahad Datu pada 28 Februari 2021

Kota Kinabalu: YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) pada hari ini. 

Antara perkara yang dibincangkan adalah untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan sempadan perairan khususnya kawasan perairan ESSZONE. Selain memelihara kedaulatan negara, usaha ini penting untuk mengekang penularan COVID-19 melalui kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). 

Sepanjang April 2020 hingga 14 Jun 2021, pemeriksaan ke atas 20,647 bot telah dijalankan. Daripada jumlah ini, sebanyak 133 tangkapan melibatkan PATI dan 49 bot telah dibuat. 

YAB Ketua Menteri Sabah juga menghargai inisiatif Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk melaksanakan Program Jiwa Murni bagi membantu proses vaksinasi rakyat di Sabah. Melalui program ini, pasukan perubatan ATM akan turun padang bersama ke kawasan pedalaman di Sabah. 

No comments:

Post a Comment