PKP 2.0: GUNA KUASA BUDI BICARA BAGI MASYARAKAT PEDALAMAN

PKP

Merujuk kepada berita yang dikeluarkan oleh Sabah Gazette dan Free Malaysia Today bertajuk "Kami Keluar Beli Barang, Bukan Jalan-jalan", yang melaporkan seramai lapan (8) orang penumpang termasuk warga emas daripada kawasan pedalaman terpaksa menaiki bas yang melebihi kapasiti 50% penumpang sepertimana yang dibenarkan ketika PKP, telah dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar SOP PKP.


Secara jujurnya, apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa adalah selaras dengan SOP yang telah ditetapkan dalam pelaksanaan PKP 2.0 (13 - 26 Januari 2021). Namun mengambilkira situasi setempat selain faktor geografi di Sabah, kesukaran yang dihadapi oleh masyarakat di kawasan pedalaman sepanjang pelaksanaan PKP 2.0 perlu diberi perhatian dan kelonggaran, khususnya untuk mereka keluar membeli barangan keperluan harian. Berikut antara situasi dan kekangan yang dihadapi oleh masyarakat di kawasan pedalaman yang perlu pertimbangan oleh MKN dan PDRM yang melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR);

Masalah pengangkutan: Kemudahan pengangkutan awam yang terhad menjadi masalah utama kepada masyarakat di pedalaman untuk keluar membeli barang. Terdapat kawasan yang mana masyarakat terpaksa menunggu berjam-jam lamanya untuk menaiki bas atau tumpang kenderaan yang lalu di kawasan berkenaan. Ini adalah situasi normal terutama di kawasan pedalaman. Malah kawasan yang jauh selain sukar dilalui pengangkutan awam menyebabkan mereka tiada pilihan lain selain sanggup bersesak-sesak dalam sebuah kenderaan atau bas mini.

Tidak semua keluarga memiliki kenderaan. Ini adalah realiti yang berlaku. Dengan itu pilihan yang ada bagi mereka adalah berhimpit dalam sebuat bas mini atau menumpang mana-mana kenderaan yang lalu, atau terpaksa berlapar untuk beberapa hari.

Terputus bekalan makanan: Tidak semua kawasan pedalaman ada kedai runcit. Situasi ini semakin meruncing ketika PKP menyebabkan mereka yang tinggal di kawasan pedalam tidak mempunyai pilihan lain selain daripada pergi ke pekan berhampiran dan membeli barangan keperluan harian secara pukal. Perlu diingat, bantuan Pek Makanan bernilai RM100 yang diberikan oleh kerajaan tidak akan mampu bertahan lebih daripada dua (2) minggu. Kawasan yang jauh daripada pekan menyebabkan mereka terpaksa untuk keluar membeli barangan keperluan meskipun sedar bahawa tindakan itu bakal menimbulkan kesukaran kepada mereka.

Budi-bicara dan kelonggaran pihak berkuasa adalah perlu. Dalam situasi semasa khususnya yang berlaku di kawasan pedalaman, suatu ketetapan dan kelonggaran perlu diberikan. MKN Sabah seharusnya lebih maklum akan situasi dan bentuk geografi di Sabah. Perkara sebegini seharusnya telah difikirkan, kerana PKP kini memasuki bulan ke-11 pelaksanaannya sejak PKP pertama dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 yang lalu.

Teguran untuk PENAMBAHBAIKKAN, bukan untuk MENYALAHKAN...


Tidak Miskin Orang Yang BERSEDEKAH
(HR Muslim)
https://picasion.com/


RUJUKAN

Kami keluar beli barang bukan ‘jalan-jalan’, kata penduduk pedalaman Sabah selepas dikompaun RM1,000. Diakses pada 2 Februari 2021, melalui;

Kami keluar beli barang bukan ‘jalan-jalan’… Diakses pada 2 Februari 2021, melalui;



No comments:

Post a Comment