EBIT LIEW PERLU PATUH S.O.P DEMI KESELAMATAN SEMUA

EBIT LIEW

Kecoh apabila pendakwah terkenal, Ebit Liew diarahkan oleh petugas keselamatan untuk menghentikan aktiviti penyerahan sumbangan beliau di beberapa pulau sekitar Semporna Sabah yang juga merupakan kawasan panas (ESSZONE - Eastern Sabah Security Zone) di bawah pengawasan ESSCOM (Eastern Sabah Security Command).

Apa yang dilakukan oleh Ebit Liew adalah sesuatu yang mulia dan wajar mendapat sokongan semua pihak. Namun dalam keadaan negara masih belum bebas sepenuhnya daripada Pandemik Covid-19 dengan pelaksanaan PKP 2.0 sebagai pilihan terbaik, tidak hanya ahli politik bahkan juga semua pihak adalah terikat dengan SOP PKP 2.0. Berikut antara beberapa perkara yang perlu diberi perhatian kepada semua pihak terutama NGO yang ingin menghulurkan bantuan dan sumbangan di Sabah;

SOP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BAGI SELURUH NEGERI SABAH - dikemaskini (12 Januari 2021)

Semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyalurkan bantuan kepada golongan sasar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 diminta untuk patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan kerajaan (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Menteri Kanan Keselamatan)

SOP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BAGI SELURUH NEGERI SABAH - dikemaskini (12 Januari 2021)

Setiap aktiviti membabitkan agensi kerajaan mahupun NGO perlu mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sepertimana dalam hebahan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bagi Keseluruhan Negeri Sabah (Kemaskini 12 Januari 2021). Ini adalah selari dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali;

"Polis atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tidak pernah menghalang atau mengeluarkan sebarang arahan untuk menghentikan program Ustad Ebit Lew di kawasan itu. Mereka digalakkan untuk merujuk dengan pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu atas faktor keselamatan semata-mata".


Kebenaran daripada MKN dan PDRM sebelum NGO boleh menyalurkan sumbangan di negeri Sabah adalah bertujuan untuk membendung mereka daripada dijangkiti COVID-19. Malah individu atau NGO perlu memakai PPE ketika turun ke lapangan sebagai langkah keselamatan. Hal ini adalah kerana, KKM mengesan ada antara petugas NGO yang dijangkiti dan mencetuskan kluster pulang dari Sabah, termasuk di Selangor sepertimana yang pernah dilaporkan oleh Dr. Noor Hisham.

"Hasrat mereka murni tetapi kami juga perlu melindungi NGO ini kerana, petugas barisan hadapan juga terkena jangkitan, apatah lagi NGO yang berada di lapangan".

Selain itu, faktor Keselamatan NGO menjadi aspek utama MKN. Tujuh (7) kawasan (Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau)  tersenarai dalam kawasan Perintah Berkurung Esszone sehingga 14 Februari 2021. Ketujuh-tujuh kawasan ini merupakan kawasan aktif penjenayah rentas sempadan - Kidnapping For Ransom (KFR). Untuk makluman semua pihak, insiden penculikan KFR tidak hanya berlaku diwaktu malam, malah juga pada waktu pagi. Insiden penculikan tiga (3) nelayan Indonesia pada 23 September 2019 yang berlaku sekitar 11.30 pagi, menjadi bukti bahawa kegiatan jenayah rentas sempadan boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa mengira tempat dan individu. Link Berita: Esscom Kenalpasti Penculik

Semoga apa yang berlaku ini tidak sedikitpun mematahkan usaha dakwah dan penyaluran bantuan kepada golongan sasar oleh NGO dan Ustad Ebit Liew itu sendiri. Semua pihak perlu patuh kepada SOP yang ditetapkan oleh MKN dalam usaha kita memerangi penularan Covid-19 dalam negara.

Tidak Miskin Orang Yang BERSEDEKAH
(HR Muslim)

https://picasion.com/

RUJUKAN:

AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988. Diakses pada 2 Februari 2021, melalui;

ESSCOM kenal pasti penculik. Diakses pada 2 Februari 2021, melalui;

NGO tak dibenarkan hantar terus bantuan. Diakses pada 2 Februari 2021, melalui;

NGO kena bekerjasama KKM beri bantuan di Sabah. Diakses pada 2 Februari 2021, melalui;

Perintah berkurung ESSZONE dilanjut hingga 14 Februari. Diakses pada 2 Februari 2021, melalui;

Polis tidak pernah halang Ebit Lew hentikan program di pulau sekitar Semporna. Diakses pada 2 Februari 2021, melalui;


No comments:

Post a Comment