PENCERAHAN: PANDANGAN WARGA PANTAI TIMUR SABAH MENGENAI MASYARAKAT PALA'U

PALA'U



Bila dengar Ustaz Ebit Liew dan team datang ke Sabah terutamanya ke Semporna dan "mengislamkan sekampung", group wassap kami rasa gembira. Kerana hasil sumbangan dana dari masyarakat beliau terus dan tetap agihkan kembali kepada masyarakat yang memerlukan. Kredit kepada para penyumbang dana dalam dakwah amal ini.

Kami sebenarnya tidak terkejut.
Ramai yang mungkin tidak tahu tentang pola kehidupan Bajau Laut (Palaoh) di Semporna ini. Orang Sabah terutamanya di Pantai Timur Sabah terutamanya di kawasan Kunak, Semporna, Lahad Datu tahu sangat tentang kehidupan Palaoh ini.

Sebelum kedatangan Ust. Ebit Liew dan team, sudah banyak NGO, individu yang datang ke Semporna dalam misi dakwah. Sehinggakan didirikan surau, dihantar guru agama sebagai tenaga pengajar untuk masyarakat sana. Semenjak PKP, kerja dakwah tergendala di kawasan tersebut.

Tentang pengislaman satu kampung tu, sebenarnya majoriti mereka semua memang beragama Islam. Cumanya mereka masih kurang memperaktikkan hidup beragama. Antara sebabnya mereka ini hidup di atas laut. Tidak suka di darat. 

Mereka jenis mencari rezeki dari sumber laut kemudian jual kepada orang di darat dan juga ihsan dari para pelancong yang datang ke Semporna. Siapa yang pernah pergi melancong di Semporna pasti akan merasa "dikerumuni bot" mereka oleh Palaoh ini untuk diberikan ihsan makanan.

Kembali pasal pengislaman. Masyarakat palaoh ini jenis suka guna taktik dan kaedah yang sama untuk meraih simpati dari orang ramai supaya diberikan "gula²". Kedatangan UEL ini bagi masyarakat Palaoh sama sahaja dengan pendakwah yang lain datang. 

Kamu bagi mereka "gula²", mereka akan bersyahadah kembali. Begitu saja berulang dan berulang. Kerajaan bukan tidak membantu mereka dari segi pendidikan, perubatan dan kebajikan, tapi masyarakat Palaoh sendiri yang memilih cara hidup seperti yang kita lihat hari ini. Hari ini mereka sudah ramai berkeliaran di jalan raya di bandar besar Sabah mengemis meminta duit di trafic light. Dengan cara menggendong anak kecil untuk simpati. Bukan hanya kanak² malah orang dewasa juga terlibat sama. 

Apapun, kredit kita berikan kepada UEL dan team dan juga badan² NGO, individu atas usaha dakwah yang mereka lakukan di Sabah ini. Teruskan buat kerja amal. 

Allah SWT, 

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."

سورة الرعد، آية ١١

No comments:

Post a Comment