PENCERAHAN DA'I SAMSUDIN BERHUBUNG ISU USTAD EBIT LIEW TIDAK DIBENAR MENYERAHKAN SUMBANGAN DI SEMPORNA

DA'I SAMSUDIN


Dipetik: Da'i Samsudin 

Bismillah
Memandangkan saya berasal dari Sabah dan kebetulan Semporna adalah Kampung Saya maka ada beberapa sahabat yang meminta saya untuk mengulas isu antara UEL dan Kerajaan Sabah yang 'Menyekat' beliau dari Memberi Bantuan.

Maka ini ialah ulasan saya , moga menjadi Penyelesai dan Pendamai kepada isu yang berlaku ini
Firman Allah Swt

(إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةࣱ فَأَصۡلِحُوا۟ بَیۡنَ أَخَوَیۡكُمۡۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ)

"Sesungguhnya orang orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) dan bertaqwalah kepada Allah (dengan pengharapan) semoga kamu beroleh Rahmat [Surah Al-Hujurat 10]

Pertama Sekali sebagai orang Dakwah, Saya menghormati Kedudukan Ustaz Ebit Liew (UEL) yang semestinya lebih Senior, lebih lama dan lebih banyak menyumbang kepada Ummah berbanding saya yang baru setahun jagung.

Kehebatan beliau tak dapat disangkal lagi, tatkala politikus berebut kekuasaan beliau terjun ke medan kebajikan, tanpa mengira ras dan agama. Bahkan inilah gambaran islam sebagai Rahmatan Lil 'Alamin (Rahmat ke atas sekelian Alam).

Namun, harus difahami kita rakyat Malaysia masih tertakluk dan hendaklah patuh dengan undang undang yang telah diperuntukkan, terutamanya apabila kawasan yang dimasuki ustaz adalah kawasan esszone dan Taman Taman Sabah (TTS).


1. kawasan ESSZONE, ialah Kawasan Merah dan adalah kawasan yang offlimit kepada orang yang diluar kawasan itu. Sekalipun, mereka orang Sabah. Melainkan dengan izin.

2. Di kawasan TTS pula dilarang untuk membina sebarang binaan (melainkan dengan izin) jadi niat nak buat sekolah sebenarnya tak salah. Namun apakan daya ia bertentangan dengan undang undang. 

3. larangan itu juga bukan kerana menyekat bantuan daripada disalurkan. Namun tempat itu adalah kawasan berbahaya dan terdedah kepada ancaman Pengganas utamanya Abu Sayaf dari seberang. Sebab tu kena ada kebenaran dulu.

4. Masyarakat Pala'u atau Bajau laut sana adalah stateless dan juga mungkin berisiko dimanipulasi oleh pengganas. Saya asalnya tak nak sentuh isu mengislamkan orang Bajau laut yang sememangnya sudah Islam, namun itulah teknik dan kaedah segelintir mereka (bajau laut) nak dapatkan bantuan, dan dari situ kita boleh nampak bagaimana mudahnya mereka dimanipulasi.

Maka dari itu sedikit teguran buat kandaku Ustaz Ebit Liew yang ku hormati dan sayangi. Kuatkan Team Media, Sampaikan dengan fakta yang sebenarnya. Bermain dengan emosi ini Bagus dalam dakwah dan ceramah. Namun, dalam beberapa perkara yang besar sebegini kita kena belajar untuk transparen (jelas).

Bermain dengan emosi dan tidak menjelaskan sebuah cerita dengan jelas akan mengeruhkan keadaan. ditambah dengan kedudukan UEL yang ramai pengikut maka transparency sangat penting kerana kegagalan untuk menjelaskan keadaan sebenar hanya akan membawa impak yang negatif dan Fitnah yang besar.

Bahkan sekarang, sudah ada yang melemparkan tuduhan dan cacian kepada frontliner keselamatan yang berjuang menentang pengganas di sempadan.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan Jabatan berkaitan agama seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) dan Majlis Ugama Islam  Sabah (MUIS) tidak berfungsi dalam membantu asnaf dan fakir miskin.

Saya yakin Ustaz tak berniat pun untuk memburukkan mana-mana pihak, namun inilah 'chained reaction' daripada pernyataan yang kurang jelas. Ia menimbulkan persepsi yang pelbagai.

"A Half-Baked truth is more dangerous than a white lie"
-Mridu Pawan Uzir


Yang Menyokong dan Menghormatimu
Samsudin Bin Ibrahim (Da'i Samsudin)



No comments:

Post a Comment