BOSSKU

Kredit: KPKesihatan, Bernama & MKN (Kemaskini dari semasa ke semasa)
**Artikel belum lengkap sepenuhnya, masih terdapat beberapa fakta yang mungkin tercicir.


PENDAHULUAN

Terdapat beberapa percanggahan fakta, apa yang disenaraikan dalam artikel ini adalah himpunan fakta dan penemuan daripada pelbagai sumber dan dikemaskini dari semasa ke semasa. Perlu diingat, selain daripada isu Covid-19, negara turut dihimpit dengan isu membabitkan pergolakan politik (berlaku di antara penghujung gelombang pertama jangkitan Covid-19, Februari 2020) yang menyaksikan peralihan antara Kerajaan Pakatan Harapan-PH (PPBM, PKR, DAP, PAN, Warisan dan UPKO) kepada kerajaan Perikatan Nasional-PN (PPBM, PKR-pecahan, UMNO, PAS, MCA, MIC, serta Komponen Parti dari Sabah dan Sarawak).

Wujud singnifikan antara gelombang kedua Covid-19 dengan krisis politik yang melanda negara. Negara ditadbir oleh Perdana Menteri Interim (Tun Dr. Mahathir Mohamad) yang berkuasa sepenuhnya tanpa bantuan jemaah menteri atau barisan kabinet sehinggalah terbentuknya kerajaan baru pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Penularan Covid-19 gelombang kedua bermula di pertengahan krisis politik negara.

Bagi memberi gambaran jelas, susunan kronologi Covid-19 di Malaysia dibahagikan kepada tiga (3) situasi semasa iaitu;
  1. Pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH)
  2. Krisis Politik Negara
  3. Pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN)

KRONOLOGI COVID-19 [1]

1. Pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan - PH: (09.05.2018 - 25.02.2020)

17 November 2019
Kes pertama Covid-19 di China sebenarnya mula didaftarkan pada 17 November dan bukannya Disember seperti yang didedahkan sebelum ini [2] dan 8 Disember 2019 sepertimana dilaporkan World Health Organisation’s. [3]

Menurut akhbar South China Morning Post (SCMP), pesakit pertama dijangkiti Covid-19 merupakan penduduk tempatan di pusat epidemik iaitu di wilayah Hubei. Sembilan kes Covid-19 didaftarkan pada November 2019, tetapi tiada seorang pun daripada pesakit yang dijangkiti itu disahkan sebagai 'patient zero'.

12 Disember 2019
Wuhan Municipal Health Commission (WMHC) melaporkan berkenaan 27 kes pneumonia yang melibatkan 7 orang yang berstatus kritikal. Kesemuanya mempunyai satu persamaan iaitu, mereka atau orang berdekatan mereka pernah mengunjungi sebuah pasar basah Huanan di Wilayah tersebut yang menawarkan jualan daging mentah.

31 Disember 2019
Wabak terbaharu itu kali pertama disahkan di pada 31 Disember 2019, di Wuhan, bandar di tengah China, yang mempunyai 11 juta penduduk. Wabak pneumonia dipercayai virus baharu mempunyai kaitan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS). Berdasarkan laporan, mangsa wabak pneumonia itu adalah peniaga di pasar basah di Wuhan. Susulan kejadian itu, pasar itu ditutup daripada beroperasi.

Siasatan yang dijalankan ke atas pasar basah Huanan tersebut menemui punca utama bagaimana virus itu disebarkan. Pasar tersebut sangat aktif dengan jualan haiwan eksotik untuk dijadikan makanan seperti ular, kelawar, katak, landak dan arnab yang dipercayai menjadi punca utama penularan virus tersebut.

Kajian yang dijalankan terhadap haiwan-haiwan yang dijual di situ beserta dengan sampel 2019-nCOV yang diperolehi menunjukkan satu kemungkinan 2019-nCOV terhasil daripada gabungan sejenis virus bawaan kelawar dengan sejenis virus bawaan ular. [4]


Pakar dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) berjaya mengasingkan sejumlah besar kuantiti 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) dari sampel alam sekitar yang didapati dari pasar makanan laut eksotik di Wuhan, China. Sejumlah 33 daripada keseluruhan 585 sampel yang diperoleh dari pasar Huanan mengandungi asid nukleik 2019-nCoV. Sejumlah 31 daripada 33 sampel positif diperoleh dari kawasan barat pasar berkenaan di mana terdapat banyak gerai menjual haiwan liar. [5]

11 Januari 2020
Pihak berkuasa di tengah China melaporkan kematian pertama membabitkan wabak pneumonia dipercayai virus baharu mempunyai kaitan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS). Pihak berkuasa berkata, sekurang-kurangnya 41 orang dijangkiti virus berkenaan. Perkembangan baharu itu dikaitkan dengan SARS yang menyebabkan kematian 349 orang di China dan 299 di Hong Kong, lebih sedekad lalu. [6]

21 Januari 2020
Dr Lee Boon Chye (Timbalan Menteri Kesihatan) melaporkan, Seramai 267,054 penumpang termasuk kru kapal daripada 2,494 penerbangan sudah disaring melalui kaunter imbasan terma di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Daripada jumlah itu, seramai 61 penumpang perlu menjalani saringan kedua kerana mempunyai suhu badan tinggi dan mempunyai tanda-tanda tidak sihat. Saringan kedua mendapati, kesemua 61 penumpang yang menjalani tapisan kedua hanya mengalami demam biasa serta tidak mempunyai petanda mengalami virus koronavirus (2019 n-CoV). [7]

22 Januari 2020
Datuk Mohamaddin Ketapi Menteri (Pelancongan, Seni dan Budaya) menegaskan, Pelancong khususnya dari China tidak seharusnya menjadi mangsa diskriminasi walaupun negara itu kini berhadapan penularan wabak coronavirus baharu, yang sudah meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa di negara berkenaan. [8]

23 Januari 2020
Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima empat laporan kes yang disyaki dijangkiti 2019-nCoV. Kesemua mereka telah dimasukkan ke wad pengasingan bagi membolehkan rawatan dan penyiasatan lanjut dijalankan. Ujian makmal yang dijalankan ke atas sampel milik tiga (3) orang pesakit pertama didapati negatif bagi jangkitan 2019-nCoV.

Merujuk kepada kes disyaki terbaru yang dimasukkan ke wad pengasingan di sebuah hospital di Sabah pada 22 Januari 2020, beliau berada dalam keadaan stabil. Sampel bagi kes-kes tersebut telah dihantar ke IMR (Institut Penyelidikan Perubatan) untuk menjalani ujian pengesanan dan pengesahan. Keputusan ujian bakal diperolehi dalam masa yang terdekat. [9]

24 Januari 2020
KKM maklumkan lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan tiga daripada lapan warga China yang dikuarantin di Johor Bahru positif koronavirus atau disebut juga Wuhan koronavirus.

Ketiga-tiga pesakit itu, yang diasingkan dan dirawat di Hospital Sungai Buloh adalah keluarga rapat kepada seorang lelaki warga China berumur 66 tahun dari Wuhan, yang tiba di Singapuara pada 20 Januari dan disahkan pada 23 Januari sebagai kes pertama Singapura. Ketiga-tiga kes positif itu terdiri daripada isteri pesakit di Singapura, 65, dan dua cucu pasangan berkenaan. [10]

25 Januari 2020
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan) mengsahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari. KKM nasihatkan jangan melancong ke China jika tiada keperluan.

Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri) memaklumkan, tiada rancangan untuk melarang pelancong China memasuki negara ini buat masa ini susulan merebaknya wabak koronavirus di Wuhan, China. Menurutnya, buat masa sekarang kerajaan hanya akan menjalankan saringan ke atas penumpang dan pelancong yang tiba di negara ini.

Ketika ditanya oleh media jika kerajaan akan mengkaji semula pengecualian visa 15 hari bagi pelancong dari China sekiranya wabak itu bertambah buruk, Dr Mahathir berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan berbuat demikian pada masa sekarang.

“Jangan halang mereka. Kita akan periksa mereka (pelancong), dengan memeriksa (mereka) ia akan membolehkan kita mengesan (sebarang tanda virus itu) pada peringkat awal,” katanya pada persidangan akhbar selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor [11]

26 Januari 2020
KKM rancang tambah alat imbasan suhu badan di pintu keluar masuk negara. Jumlah semasa alat pengimbas suhu badan adalah sebanyak 51 unit [12]

27 Januari 2020
KKM mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendali kes disyaki jangkitan 2019-nCoV yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut. Kerajaan menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta. [13]

28 Januari 2020
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah semua masjid di seluruh negara adakan solat hajat.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan bagi memantau perkembangan semasa berhubung isu 2019-nCoV.

Lim Guan Eng (Kementerian Kewangan): meluluskan serta-merta peruntukan tambahan bagi 12 pengimbas suhu seperti dimohon Kementerian Kesihatan untuk diletakkan di pintu keluar masuk negara. Menurut, beliau sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk memberikan kerjasama penuh supaya peruntukan terbabit dapat disalurkan secepat mungkin berikutan permohonan itu berkaitan dengan usaha perlindungan kesihatan awam dan bersifat kritikal. [14]

29 Januari 2020
KKM sahkan pertambahan tiga kes positif 2019-nCoV, jumlah kumulatif kes positif ialah tujuh.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia dalam persediaan membawa balik rakyat tempatan dari Wuhan, China.

30 Januari 2020
KKM sahkan satu pertambahan kes positif 2019-nCoV dalam kalangan kontak rapat (kes kelapan), jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV ialah lapan. Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah Hubei, China diaktifkan susulan penularan jangkitan 2019-nCoV di wilayah itu.

Jawatankuasa diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kerajaan Sabah mengambil keputusan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan disewa khas dari China ke Sabah berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.

31 Januari 2020
Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus (Ketua Pengarah WHO): mengumumkan bahawa mereka telah mengisytiharkan PHEIC (A Public Health: Emergency of International Concern) atau Darurat Kesihatan Awam Global untuk wabak coronavirus. Coronavirus yang telah mengakibatkan kematian 170 orang di China dan telah merebak ke 18 negara. [15]

1 Februari 2020
Semua warga China dan warga asing yang mengunjungi China dalam tempoh 14 hari disekat memasuki Sarawak sehingga dimaklumkan kelak.

Kedutaan Besar Malaysia di Beijing menghantar sepasukan peninjau ke Wuhan bagi menyelaras dan membantu proses membawa pulang 120 rakyat Malaysia di wilayah Hubei susulan penularan wabak 2019-nCoV di negara itu.

Pesawat AirAsia AK8264 yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada jam 5.57 pagi.

4 Februari 2020
Malaysia membawa pulang 107 individu yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan pasangan serta anak mereka yang terkandas di bandar Wuhan, yang disekat pergerakan keluar dan masuk oleh kerajaan China susulan penularan wabak 2019-nCoV sejak 23 Januari.

Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 41 tahun dari Selangor, antara dua kes baharu yang dilaporkan positif 2019-nCoV dan satu lagi lelaki warga China berumur 63 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Januari.

Pertambahan dua kes baharu positif itu menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 10.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menstruktur semula kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TM2020) dengan menyasarkan pasaran negara baharu susulan isu jangkitan coronavirus 2019.

Sylvie Briand (Ketua Persediaan Jangkitan Global WHO): WHO mengesahkan wabak novel koronavirus 2019-nCoV bukan pandemik walaupun jangkitannya sudah melepasi 20,000 kes. Beliau membayangkan wabak tersebut dapat dibendung susulan pelbagai langkah yang diambil, termasuk tindakan pantas kerajaan China. Pada masa sama, beliau bimbang masalah kecelaruan maklumat atau ‘infodemik’ dan penularan khabar angin sukar untuk diatasi. [16]

5 Februari 2020
Sejumlah 74 orang dikenal pasti melalui pengesanan kontak susulan kes pertama rakyat Malaysia dijangkiti 2019-nCoV. Daripada jumlah itu, 35 kontak rapat dikesan dan sampel diambil daripada mereka serta diletak di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan.

Dua daripada 107 individu yang tiba di tanah air menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster koronavirus di Malaysia ialah 12. 

6 Februari 2020
Seorang wanita rakyat Malaysia menjadi kes pertama jangkitan tempatan dan wanita warga China dari Wuhan menjadi dua individu terbaru disahkan positif virus itu, menjadikan jumlah positif 2019-nCoV di Malaysia ialah 14 kes membabitkan 10 warga China dan empat rakyat tempatan.

7 Februari 2020
Satu lagi kes positif 2019-nCoV dikenal pasti, menjadikan jumlah kes positif meningkat kepada 15 dengan kes terbaharu membabitkan pelancong wanita berumur 59 tahun dari Wuhan, China yang masuk ke Malaysia pada 21 Januari 2020.

Seorang doktor di China yang merupakan antara doktor terawal memberi amaran mengenai ancaman coronavirus baharu dilaporkan telah meninggal dunia akibat wabak itu. Kematian Dr Li Wen liang, 34, yang bertugas sebagai pakar mata di sebuah hospital di Wuhan telah mengejutkan ramai pihak. Terdahulu, beliau bersama tujuh individu lagi ditahan polis Wuhan kerana didakwa menyebarkan maklumat ‘palsu dan haram’ mengenai coronavirus selepas beliau memberi amaran kepada doktor melalui media sosial mengenai tujuh kes jangkitan virus misteri baharu. [17]

8 Februari 2020
Seorang wanita warga China dari Wuhan menjadi individu terbaharu positif kluster 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara berjumlah 16 kes.

9 Februari 2020
Seorang wanita tempatan berusia 65 tahun disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara 17 kes. Wanita itu adalah ibu mentua kes rakyat Malaysia yang dilaporkan pada 4 Februari, iaitu kes ke-9.

10 Februari 2020
Malaysia mencatat 18 kes positif 2019-nCoV termasuk tiga kes pulih sepenuhnya. Kes terbaharu membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 31 tahun yang bekerja di Macau dan kembali ke Malaysia pada 1 Februari.

11 Februari 2020
Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja Bersama berikutan penularan jangkitan 2019-nCoV yang diterajui timbalan menteri kesihatan kedua-dua negara.

12 Februari 2020
KKM menerima tambahan 26 pengimbas suhu badan yang ditempatkan di pintu masuk negara, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 80 berbanding 54 sebelum ini.

Dr Dzulkefly berkata ujian terhadap 550 kontak rapat dan mereka yang bergejala di 18 makmal awam di negara ini mendapati 18 disahkan positif bagi COVID-19.

Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus (Ketua Pengarah WHO): Wabak koronavirus yang telah menjangkiti lebih 43,000 orang dan mengorbankan lebih 1,000 nyawa kini secara rasmi dinamakan sebagai Covid-19. nama itu merupakan kependekan daripada "Coronavirus Disease 19". [18]

13 Februari 2020
Satu lagi kes positif COVID-19 dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini meningkat kepada 19. Kes terbaharu membabitkan seorang wanita warga China berumur 39 tahun, rakan kepada kes ke-14 dan anak kes ke-16.

14 Februari 2020
Tiga (3) lagi diuji positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 22. Tiga kes terbaharu membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita warga Amerika Syarikat berumur 83 tahun, yang merupakan antara penumpang kapal persiaran yang singgah di Kemboja pada 13 Feb.

**Nota: Wujud percanggahan fakta antara laporan Bernama, KKM dan TPM.

Laporan TPM (14 Februari 2020)
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail (TPM) memaklumkan, sehingga pukul 10.00 pagi (14 Februari 2020), tiada laporan jangkitan baharu dilaporkan.

Laporan KKM (15 Februari 2020)
Tiga (3) kes jangkitan  yang mana masing-masing Dua (2) kes jangkitan Covid-19 dilaporkan iaitu kes ke-20 dan kes ke-21 dilaporkan menerusi portal Rasmi MOH dan satu (1) menerusi Portal KPKesihatan.

Kes ke-20 ini melibatkan seorang lelaki warganegara China berusia 27 tahun yang tiba di Malaysia pada 1 Februari 2020 bagi urusan perniagaan beliau.

Kes ke-21 adalah seorang wanita warganegara China berusia 32 tahun yang berkahwin dengan warganagera Malaysia dan telah menetap di Malaysia. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara China pada 22 Januari 2020 sehingga 30 Januari 2020 untuk melawat keluarga beliau. [19]

Kes ke-22 merupakan seorang wanita berusia 83 tahun warganegara Amerika Syarikat. Beliau adalah salah seorang penumpang kapal persiaran yang telah berlabuh di Kemboja pada 13 Februari 2020. Semua penumpang dan anak kapal telah dibenarkan pulang ke negara masing-masing oleh kerajaan Kemboja setelah memaklumkan bahawa saringan kesihatan telah dijalankan ke atas mereka.

Seramai 145 penumpang kapal persiaran tersebut telah mengambil penerbangan ke Malaysia pada 14 Februari 2020. Daripada jumlah tersebut, beliau dan suaminya telah dikesan bergejala sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani pemeriksaan lanjut. Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) dan telah disahkan positif pada 15 Februari 2020. Beliau kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat di wad isolasi hospital berkenaan.

**Nota: 
Laporan jangkitak kes Covid-19 untuk gelombang pertama kali terakhir dilaporkan pada 15 Februari 2020. Sehingga 26 Februari, daripada 22 kes yang dilaporkan, 20 kes telah pulih sepenuhnya dan telah discaj dari wad. Manakala dua (2) kes lagi masih di rawat di wad dan dalam keadaan stabil. [20]

Kesemua 22 kes jangkitan Covid-19 gelombang pertama dilaporkan telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan. Ini termasuk kes jangkitan terakhir (kes ke-24) yang dibenarkan pulang pada 6 Mac 2020. [21]

Sumber: KPKesihatan

**Wujud persoalan siapa yang membenarkan Perhimpunan Ijtima Tabligh di Masjid Sri Petaling, Pendedahan;
[1] Covid-19: Siapa gagal halang perhimpunan tabligh? Najib jawab Dr Dzul dengan kenyataan Dr Dzul
[2] Najib Razak; Mana Lebih Besar PDRM atau NADMA?
[3] Najib Razak: Memang benar PM ke-8 adalah Menteri KDN yang jaga Polis masa PDRM memberi kelulusan untuk acara Tabligh.
[4] Najib Razak: Dr Dzul tanya PM ke-8 (yg juga bekas Menteri KDN) kenapa PDRM luluskan acara Tabligh 16,500 orang
[5] Najib Razak: Kita biar Dr Dzul jawab Dr Dzul?
[6] Najib Razak: PH Akui Wujud Perhimpunan Tabligh dan Meluluskan Acara Itu


Krisis Politik Malaysia (Tun M Letak Jawatan PH), Kerajaan PH Bubar

23 Februari 2020 [1]
Krisis politik bermula, dengan terdapat sekurang-kurangnya lima (5) pertemuan atau mesyuarat membabitkan parti daripada;
  1. Pertemuan sejumlah pemimpin yang dipercayai dari kem Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
  2. Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) difahamkan bertemu di Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat dengan Pengerusi GPS yang juga Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
  3. UMNO dan Pas juga dilaporkan menghadiri pemukiman di kemudahan latihan UMNO di Janda Baik, Pahang pada Sabtu dan berakhir Ahad (24 Februari 2020).
  4. Azmin didakwa akan mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad selepas Perdana Menteri selesai mengadakan mesyuarat di ibu pejabat Bersatu.
  5. Dr Mahathir dikatakan akan bertemu dengan Ahli Parlimen dari Bersatu dan 15 Ahli Parlimen daripada sekutu Azmin dan terdapat juga ahli UMNO yang dilaporkan akan hadir.
24 Februari 2020
Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan surat peletakan jawatan Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 petang.

Datuk Seri Mohd Zuki Ali (Ketua Setiausaha Negara) mengesahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat Perdana Menteri sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan. Tugas-tugas anggota pentadbiran yang merangkumi Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik adalah terhenti pada 24 Februari 2020.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim sementara menunggu pendirian baru Perdana Menteri selaras dengan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan. [2]

KKM memaklumkan dua (2) lagi kes telah pulih sepenuhnya (kes ke-14 dan kes ke-19) dan dibenarkan pulang ke rumah. Sementara itu TIADA kes baharu yang dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang telah pulih sepenuhnya dan discaj adalah sebanyak 20 orang dengan dua (2) orang masih dirawat di wad dan berada dalam keadaan stabil. [3]

25 Februari 2020
Seramai 1,548 individu telah diambil sampel bagi pengesanan jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19). Mereka terdiri daripada patient-under-investigation (PUI), kontak kepada kes positif COVID-19 dan individu yang tiba dari Misi Bantuan Kemanusiaan. Daripada jumlah ini, sebanyak 22 kes disahkan positif COVID-19 iaitu 12 dari kalangan PUI, lapan (8) daripada kontak langsung dengan kes disahkan positif COVID-19 dan dua (2) kes lagi adalah dalam kalangan Misi Bantuan Kemanusiaan. [4]

26 Februari 2020
Baki 132 Ahli Parlimen selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 4.20 petang. Ia sekali gus melengkapkan 221 Ahli Parlimen yang hadir pada sesi menghadap Al-Sultan Abdullah. [5]

27 Februari 2020
Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Interim, mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 berjumlah RM20 bilion bagi menangani krisis ekonomi kesan daripada penularan COVID-19.

Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Interim) Yang di-Pertuan Agong mendapati tidak ada seorang pun pemimpin yang mempunyai majoriti mutlak untuk membentuk kerajaan. [6]

Bermulanya gelombang kedua jangkitan Covid-19 selepas tiada laporan jangkitan Covid-19 dilaporkan untuk tempoh 12 hari. Kes ke-23 ini merupakan seorang wanita berusia 53 tahun warganegara Malaysia. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Jepun. [7]

Terdapat dua (2) kes yang disahkan positif Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) telah pulih sepenuhnya iaitu kes ke-16 dan kes ke-22. Kesemua 22 mangsa jangkitan Covid-19 gelombang pertama telah pulih. [8]

28 Februari 2020
Kes baharu COVID-19 di negara ini bertambah tiga (3), menjadikan jumlah pesakit yang disahkan positif 25 orang, dengan 22 sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Pesakit ke-23 adalah wanita rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air dari Jepun, pesakit ke-24 seorang wanita Jepun berusia 41 tahun dan bekerja di Malaysia manakala kes ke-25 lelaki Itali berusia 54 tahun yang berkahwin dengan rakyat Malaysia dan tinggal di negara ini. [9]

29 Februari 2020
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 4.30 petang berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8. Krisis politik tidak terhenti disitu, pada pukul 9.37 malam Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu dalam Twitter beliau PH kini sudah mendapat 114 sokongan MP dan mendakwa akan lebih ramai beri sokongan kepada Dr Mahathir. [10]


Kerajaan Pakatan Nasional (PN) - Tan Sri Muhyiddin Angkat Sumpah PM 

1 Mac 2020
KKM mengesahkan empat lagi kes positif jangkitan COVID-19 di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan 29 kes. Kes ke-26 adalah berusia 52 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China pada pertengahan Januari, kes ke-27 adalah jururawat pelatih wanita berusia 20 tahun yang menjalani latihan sangkutan jangka pendek di hospital swasta yang merawat kes ke-24 manakala kes ke-28 adalah lelaki berusia 45 tahun, rakan sekerja kes ke-25 dan kes ke-29 pula membabitkan wanita berusia 35 tahun yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 21 Februari.

**Kes ke-26: merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 52 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China pada sekitar pertengahan bulan Januari 2020. Beliau mula mengalami gejala demam dan sakit tekak pada 27 Februari 2020. Beliau telah pergi mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dari sebuah hospital swasta pada hari yang sama. Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atasnya dan disahkan positif pada 29 Februari 2020. Beliau telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya. Siasatan punca jangkitan dan pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan. [1]

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. [2]

3 Mac 2020
KKM mengesahkan tujuh kes positif COVID-19 membabitkan warga tempatan menjadikan jumlah terkini ialah 36. Semua kes baharu adalah kontak rapat kepada kes positif ke-26 pada 29 Februari.
4 Mac 2020
Sebanyak 14 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat kepada 50. Kes positif COVID-19 ke-31 hingga ke-50 adalah kontak rapat bagi kes ke-26.

5 Mac 2020
Lima lagi individu disahkan positif COVID-19, dikenal pasti sebagai kontak rapat kes ke-26, menjadikan jumlah kumulatif positif virus itu kepada 55.

6 Mac 2020
Sebanyak 28 individu disahkan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif 83 kes.

7 Mac 2020
Sebanyak 10 kes baharu COVID-19 dilapor, menjadikan jumlah kumulatif 93.

8 Mac 2020
Enam kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 kepada 99 kes. Semua kes adalah kontak rapat kluster kes ke-26. Kes ke-41 yang disahkan positif Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) sebelum ini telah pulih dan dibenarkan discaj daripada wad Hospital Kuala Lumpur. Ini menjadikan 24 kes telah pulih.

9 Mac 2020
Sebanyak 18 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di Malaysia ialah 117. Satu daripada kes baharu, iaitu kes ke-101 membabitkan seorang lelaki yang pulang dari Iran.

10 Mac 2020
Sebanyak 12 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia setakat ini 129. Kes positif membabitkan pesakit dalam siasatan (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan anggota Misi Bantuan Kemanusiaan. Seorang kes, iaitu kes ke-87 telah pulih dan didiscaj daripada hospital. Ini menjadikan setakat ini seramai 25 orang telah pulih sepenuhnya dan discaj daripada wad.

11 Mac 2020
Sebanyak 20 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 149. Kes ke-78 yang disahkan positif Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) sebelum ini telah pulih dan dibenarkan discaj. Ini menjadikan 26 kes telah pulih sepenuhnya

KKM menerima maklumat daripada International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei yang memaklumkan IHR FP Malaysia mengenai kes yang disahkan COVID-19 dikesan di negara itu. Kes tersebut dilaporkan mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor pada 27 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020

Berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh ini melibatkan anggaran sejumlah 10,000 orang dari beberapa buah negara termasuk Malaysia. Peserta dari Malaysia adalah dianggarkan melebihi 5,000 orang. Semua Jabatan Kesihatan Negeri sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini di negeri masing-masing.

Berikutan dari kejadian COVID-19 di Brunei, KKM menasihatkan mereka yang telah menghadiri perhimpunan tabligh itu:
  1. sekiranya mengalami gejala diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau CPRC Negeri di talian yang disertakan dalam Lampiran 1 atau menghubungi Virtual Health Advisory (kolaborasi KKM bersama DoctorOnCall) melalui pautan di laman sesawang KKM, untuk nasihat lanjut. Selain itu, KKM juga telah berkolaborasi dengan BookDoc di mana orang ramai boleh muat turun aplikasi BookDoc melalui Google Play store (untuk android sahaja) untuk mendapatkan perkhidmatan “Health Advice” dengan doktor secara percuma melalui chat sahaja. Sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan diri termasuk kerap mencuci tangan dengan cara yang betul, mengamalkan etika batuk dan bersin yang baik serta memakai topeng muka (face mask);
  2. sekiranya tidak mengalami gejala untuk mengamalkan jarak sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain selama 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tersebut. [3]

12 Mac 2020
WHO mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik selepas mengambil kira peningkatan ketara kes di negara selain China.

Sembilan (9) kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini ialah 158. Malaysia belum mengalami kes sporadik COVID-19. Kes ke-131 yang sebelum ini dikatakan sporadik tidak tepat setelah siasatan lanjut yang dijalankan KKM mendapati pesakit adalah antara peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac.

Terdapat enam (6) kes telah pulih. Kesemua kes ini telah negatif COVID-19 sebanyak dua (2) kali berturut-turut sebelum dibenarkan pulang menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 32 kes.

13 Mac 2020
Sebanyak 39 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 197. Daripada kes itu, sebanyak 38 dikesan dalam kalangan PUI jangkitan COVID-19 manakala satu kes adalah kontak rapat dan empat kes dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberi rawatan anti-viral.

sebanyak 756 sampel telah diuji dan sebanyak tiga (3) sampel dikesan positif jangkitan COVID-19. Siasatan yang dijalankan mendapati kes-kes ini dikesan di kalangan kluster perhimpunan tabligh.

Sumber: KPKesihatan

14 Mac 2020
Sebanyak 41 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 238. Semua kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh membabitkan 37 kes PUI manakala empat lagi adalah kontak rapat. Dua (2) kes (kes ke-35 dan kes ke-61) yang disahkan positif Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)  telah pulih dan dibenarkan discaj daripada wad Hospital Sungai Buloh. Ini menjadikan 35 kes telah pulih sepenuhnya.

15 Mac 2020
Sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes. Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

16 Mac 2020
Sebanyak 125 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 553. Sejumlah 95 daripada 125 kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling. Seramai 12 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac. [4]

17 Mac 2020
Terdapat 120 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 673 kes. Sebanyak 95 kes positif COVID-19 adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Terdapat tujuh (7) kes yang telahpulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih adalah sebanyak 49 kes.

Malaysia merekodkan kematian pertama dan kedua, iaitu kes ke-178 (lelaki warganegara Malaysia berumur 34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling) dan kes ke-358 (lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun, paderi di Sarawak yang mempunyai sejarah penyakit kronik). [5]

BACA: Kluster Covid-19 Di Malaysia
BACA: Senarai Mangsa Korban Covid-19 Di Malaysia


Pelaksanaan PKP Fasa 1 (18 hingga 31 Mac 2020)


18 Mac 2020
Terdapat 117 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 790 kes. Daripada 117 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 80 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Terdapat 11 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 60 kes. [6]

Hari pertama pelaksanaan PKP Fasa 1 (18 - 31 Mac 2020) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2020) telah diwartakan pada 18 Mac 2020.

BACA: Kronologi PKP Dan PKPD Bendung Wabak Covid-19 Di Malaysia

19 Mac 2020
Terdapat 110 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 900 kes. Daripada 110 kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 63 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Seramai 20 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan. Terdapat 15 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih adalah sebanyak 75 kes. [7]

20 Mac 2020
Terdapat 130 kes baharu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,030 kes. Daripada 130 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 48 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. terdapat 12 kes yang telah pulih menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih adalah sebanyak 87 kes. Seramai 26 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Malaysia merekodkan kematian ketiga (kes ke-152). Kes kematian ke-152 yang merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh.

21 Mac 2020
Sebanyak 153 kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,183 kes. Daripada 153 kes baharu, sebanyak 90 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Seramai 37 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 23 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kematian keempat direkodkan iaitu bagi kes ke-238 yang merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun daripada kluster jemaah tabligh.

Seramai 19 kakitangan KKM dan 5 petugas daripada fasiliti kesihatan swasta telah disahkan dijangkiti COVID-19. Dua (2) daripada 19 orang kakitangan KKM tersebut kini sedang dirawat di ICU. Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kesemua mereka merupakan kontak rapat generasi pertama dan kedua melibatkan kluster jemaah tabligh. [8]

22 Mac 2020
Terdapat 123 kes baharu yang telah dilaporkanmenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,306 kes. Daripada 123 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 74 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh, manakala 49 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan. Seramai 46 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 22 memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 25 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih adalah sebanyak 139 kes.

Sebanyak enam (6) kematian direkodkan iaitu bagi kes ke-1031, kes ke-1032, kes ke-290, kes ke-781, kes ke-890 dan kes ke-259. Kes kematian ke lima (1031) dan keenam (1032) merupakan pasangan anak beranak yang menjadi mangsa Kluster Italy. [9]

BACA: Kluster Covid-19 Di Malaysiaa

23 Mac 2020 [10]
Terdapat 212 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,518 kes. Daripada 212 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 123 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh. Seramai 57 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat 20 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 159 kes.

Empat (4) kes kematian baru berkaitan COVID-19 telah dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 14 kes. Kes kematian yang dilaporkan termasuklah kes ke-1070 (11), kes ke-1114 (12), kes ke-1006 (13) dan kes ke-595 (14).

24 Mac 2020 [11]
Terdapat 24 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih adalah sebanyak 183 kes.

Sebanyak 106 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,624 kes. Daripada 106 kes baharu yang dilaporkan sebanyak 43 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan di Seri Petaling. 63 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster. Malaysia merekodkan kematian ke-15 (kes ke-1519).

Ujian makmal yang dijalankan di makmal fasiliti kesihatan kerajaan bagi mengesan jangkitan COVID-19 adalah menggunakan teknik Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR). Ujian rRT-PCR akan mengesan kehadiran virus COVID-19 yang terdapat di dalam badan pesakit.

Ujian melalui teknik rapid test kit (RTK) yang kini terdapat di pasaran adalah bagi mengesan antibodi yang terhasil di dalam badan akibat jangkitan yang dialami. Antibodi muncul di dalam badan sekitar 5-8 hari selepas jangkitan. Ujian RTK yang mengesan antibodi tidak dapat mengesan virus dan membuat pengesahan pantas jangkitan. Ini menyebabkan ia tidak dapat membantu dalam pengesanan awal kes COVID-19.

25 Mac 2020
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyenaraikan 11 daerah yang dikategorikan sebagai zon merah dengan penularan wabak Covid-19 melebihi 41 kes. Antara daerah yang terlibat iaitu Lembah Pantai dengan 167 kes positif Covid-19, Petaling Jaya (167), Hulu Langat (132), Seremban (78), Johor Bahru (68), Kluang (54), Gombak (53), Titiwangsa (49), Kota Bharu (48), Hilir Perak (48) dan Kinta (41). [12]

26 Mac 2020
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan dua kawasan iaitu Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang menjadi lokasi pertama dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Arahan Pertama bermula 27 Mac sehingga 9 April 2020, selepas 61 penduduknya dikesan positif COVID-19. [13]

27 Mac 2020
PKPD dikuat kuasa di dua kawasan di Simpang Renggam. Dua kawasan terlibat adalah Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid. Ia susulan maklumat daripada Kementerian Kesihatan yang mengesahkan 83 (4 kluster tabligh dan selebihnya daripada generasi ke-2 dan ke-3) kes positif wabak COVID-19 telah dikesan di daerah Kluang, Johor. Daripada jumlah itu 61 kes adalah dari Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid di Simpang Renggam.  [14]

28 Mac 2020
Menteri Luar Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) memaklumkan yang Malaysia menerima bantuan peralatan perubatan daripada kerajaan China. Ia melibatkan 100,008 unit Test Kit COVID-19 Nucleic Acid Diagnostic Kit (PCR-Fluorescence Probing), 100,000 topeng muka N95, 500,000 topeng muka tiga lapisan, 50,000 unit Alat Pelindung Diri (PPE) dan 200 unit ventilator. Kesemua bantuan diterima Hishammuddin yang mewakili Kerajaan Malaysia daripada Duta China ke Malaysia, Bai Tian.  [15]

29 Mac 2020
Ketua Pengarah Kesihatan (Datuk Dr Noor Hisham Abdullah) memaklumkan PKPD mungkin akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Selangor. Ia susulan situasi taburan jangkitan bagi negeri Selangor mencatatkan taburan bilangan kes jangkitan COVID-19 paling tinggi, setakat ini.

PKPD Arahan kedua dilaksanakan di tujuh kampung di Hulu Langat, Selangor berkuat kuasa 29 Mac 2020. [16] 

30 Mac 2020
PKP dilanjut sehingga 14 April 2020. PKP fasa ke-2 diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau memaklumkan. PKP Tahap 2 ini berbeza daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Simpang Renggam dan Hulu Langat. [17]

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua yang dilaksanakan mulai Rabu (1 April 2020) akan menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu yang mana peraturan akan diperketatkan dengan tindakan yang lebih tegas. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKP fasa kedua tidak sama seperti fasa satu yang mana ada banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat. Mesyuarat dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri seluruh negeri telah diadakan untuk maklumkan mengenai pelaksanaan PKP fasa kedua supaya SOP baharu ini turut sama diikuti di negeri-negeri. [18]


Pelaksanaan PKP Fasa 2 (01 - 14 April 2020)

1 April 2020
Buat masa ini terdapat keseluruhan 2,359 orang sukarelawan yang telah menawarkan diri daripada pelbagai kategori yang terdiri daripada 65 orang Pakar Perubatan pelbagai bidang, 159 orang Pegawai Perubatan 909 orang Jururawat, 220 orang Juruteknologi Makmal Perubatan, 704 orang Penolong Pegawai Perubatan, 106 orang Juru X-ray, 56 orang Fisioterapi, 70 orang Pegawai Sains (Mikrobiologi), 7 orang Pegawai Farmasi, 44 orang Penolong Pegawai Farmasi, 11 orang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 2 orang Pegawai Psikologi dan 6 orang Kaunselor. [19]

6 April 2020
Arahan ketiga PKPD dilaksanakan di Menara City One berkuat kuasa pada 6 April 2020

7 April 2020
PKPD Arahan keempat diperluas di Kuala Lumpur. Bangunan Selangor Mansion dan bangunan Malayan Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur menjadi lokasi terbaru PKPD. Keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 15 kes positif jangkitan Covid-19 di bangunan berkenaan. PKPD di dua bangunan itu membabitkan 5,000 hingga 6,000 penghuni di 365 unit kediaman dan premis perniagaan di bangunan itu berkuat kuasa 7 April 2020 sehingga pengesanan tamat. [20]

Reza Huzairi Zainudin, 41, menjadi penderma plasma darah pertama di Malaysia untuk rawatan   jangkitan virus terbabit.Reza Huzairi Zainudin, 41, menjadi penderma plasma darah pertama di Malaysia untuk rawatan   jangkitan virus terbabit. Dia yang baru tiga minggu pulih daripada jangkitan Covid-19 menderma 500 mililiter (ml) plasma darahnya di Pusat Darah Negara pada 3 April lalu. Beliau dipilih menjadi penderma pertama plasma darah kerana memiliki antibodi untuk melawan virus Covid-19 dan mempunyai tahap kesihatan optimum. [21]

10 April 2020 (4:00 Petang)
Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula 15 April sehingga 28 April 2020. Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pakar perubatan.

Hasil kerjasama rapat antara KKM dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Syura Jemaah Tabligh Masjid Seri Petaling, KKM telah mengenal pasti senarai terkini madrasah dan tahfiz bagi membantu pengesanan kontak rapat kepada kes-kes indeks perhimpunan di Seri Petaling. Susulan daripada tindakan proaktif di lapangan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah, beberapa subkluster jangkitan COVID-19 telah dikenalpasti di beberapa buah madrasah dan tahfiz. Berikut adalah maklumat terkini beberapa sub-kluster tersebut: [22]

Sub-kluster madrasah di Jerantut, Pahang:
  • Jumlah orang yang disaring adalah seramai 401 orang, di mana 297 orang adalah pelajar dan baki 104 orang merupakan kakitangan dan ahli keluarga kakitangan.
  • Jumlah kes positif : 62 kes (telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan)
  • Jumlah kes sembuh/discaj : 20 kes

Sub-kluster madrasah di Penanti, Pulau Pinang:
  • Jumlah orang yang disaring adalah seramai 291 orang di mana 256 orang adalah pelajar dan baki 35 orang merupakan kakitangan.
  • Jumlah kes positif : enam (6) kes, di mana dua (2) kes masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah.
  • Jumlah kes sembuh/discaj : empat (4) kes.

Sub-kluster madrasah di Sungai Lui, Selangor:
  • Jumlah orang yang disaring adalah seramai 282 orang, di mana 274 orang adalah pelajar dan baki lapan (8) orang merupakan kakitangan
  • Jumlah kes positif : 90 kes (telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan Pusat Kusta Negara)
  • Jumlah kes sembuh/discaj : 67 kes.

Sub-kluster madrasah di Jasin, Melaka:
  • Jumlah orang yang disaring adalah seramai 137 orang, di mana 122 orang adalah pelajar dan baki 15 orang merupakan kakitangan
  • Jumlah kes positif : 37 kes (telah dimasukkan ke Hospital Melaka)
  • Jumlah kes sembuh/discaj : satu (1) kes.

14 April 2020
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan): Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah lima lagi makmal baharu dalam masa terdekat bagi menjalankan ujian pengesanan COVID-19. penambahan lima makmal di Tawau dan Sandakan, Sabah; Miri dan Bintulu, Sarawak serta Kluang, Johor itu, akan menjadikan 48 makmal secara keseluruhan di seluruh negara.

Buat permulaan, KKM ingin meningkatkan ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) kepada 16,500 sehari. Sehingga kini, keupayaan ujian PCR untuk 43 makmal sedia ada adalah 11,500. [23]



Pelaksanaan PKP Fasa 3 (15 - 28 April 2020)

15 April 2020 [1]
Kluster Sendayan (Negeri Sembilan)
Satu kes kematian akibat COVID-19 direkodkan daripada kluster Sendayan, Negeri Sembilan, kluster baharu yang dikesan Kementerian Kesihatan. Kematian itu direkodkan di sebuah pusat tahfiz di sana.

Setakat 15 April 2020, sebanyak 39 kes positif dikesan di kawasan berkenaan. Jumlah kes positif yang direkodkan itu membabitkan 13 pelajar tahfiz, 15 ahli lembaga pengarah sebuah syarikat dan sebuah keluarga membabitkan 11 individu.

16 April 2020 [2]
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan): 28 kluster COVID-19 dikesan di seluruh negara namun beberapa kluster itu sudah tidak aktif kerana sudah melebihi tempoh inkubasi 14 hari. Sehingga kini Kementerian Kesihatan (KKM) masih memantau kesemua kluster itu sama ada masih aktif ataupun tidak.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan lebih fokus memantau pelajar tahfiz seluruh negara kerana kes COVID-19 dalam kalangan mereka semakin meningkat. Sebanyak 9,842 pelajar tahfiz serta lebih 304 madrasah berada dalam rekod KKM.

Kluster Sendayan, Negeri Sembilan (26 kes), Kluster Gereja di Sarawak (5 kes), Kluster Flat di Kampung Bharu, Kuala Lumpur (3 kes)  dan Kluster PUI dari Itali di Sarawak dan Kluster Madrasah di Sungai Lui, Selangor (masing-masing 1 kes).

Perkembangan PKPD: 

  • PKPD di Bandar Baru Ibrahim Majid, Johor mencatat 11 kes positif baharu
  • lokaliti PKPD di bukan Kampung Sungai Lui (tiga), dan PKPD Selangor Mansion, Kuala Lumpur dan PKPD Sungai Lui, Selangor masing-masing satu kes.

17 April 2020
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan): Malaysia kembali menunjukan perkembangan positif apabila kes positif harian COVID-19 mencatatkan angka terendah iaitu 69 kes, berbanding tiga angka sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac 2020. Malah, jumlah kes pulih harian adalah 201 kes, hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kes baharu yang direkodkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif terkini kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan didiscaj daripada wad adalah sebanyak 2,967 kes atau 56.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. [3]


19 April 2020
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan): KKM mengeluarkan senarai 31 kluster jangkitan Covid-19 yang telah dikenalpasti oleh Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) KKM. Senarai ini tidak termasuk satu (1) lagi kluster baru yang melibatkan pelajar Malaysia yang kembali ke negara dari Temboro Mageta Indonesia melalui KLIA pada 16 April 2020. Kluster ini terdiri daripada 43 pelajar Malaysia dan kini telah dikuarantin wajib, masing-masing 34 di Melaka dan sembilan (9) di Putrajaya. [4]



21 April 2020
Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan)Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Bandar Utara dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang, dibuat tanpa pengumuman awal bagi mengelakkan rakyat asing di kawasan itu melarikan diri. perkara itu dibuat dengan mengambil kira pelaksanaan PKPD di kawasan Masjid India apabila ramai rakyat asing dikatakan keluar dari kawasan itu apabila mengetahui mengenai pelaksanaan PKPD. [1]

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan), enam kriteria digariskan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum memutuskan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh ditamatkan atau tidak. ia merangkumi kawalan keselamatan, kawalan pergerakan, kemampuan sistem kesihatan, kemampuan melindungi golongan berisiko tinggi, mengamalkan norma baharu dan kemampuan melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti. [2]

22 April 2020
Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan) Sebanyak lapan talian 24 jam disediakan kepada penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur sekiranya mereka memerlukan sebarang pertolongan. [3]

Bilangan pesakit COVID-19 yang discaj hari ini lebih dua kali ganda berbanding bilangan kes yang dilaporkan. Sebanyak 103 kes yang pulih dan dibenarkan discaj hari ini, manakala jumlah kes baharu dilaporkan adalah 50. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan discaj dari wad adalah sebanyak 3,452 kes iaitu 62.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. [4]

Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Sebanyak 70 peratus daripada sumbangan yang diterima untuk Tabung COVID-19 diagihkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) manakala selebihnya disimpan untuk membeli keperluan bagi membendung pandemik COVID-19. sumbangan yang diterima untuk Tabung COVID-19  turut diagihkan kepada waris pesakit COVID-19 yang meninggal dunia. [5]

Jen Tan Sri Affendi Buang (Panglima ATM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membina sembilan menara tinjau di Pusat Bandar Utara dan kawasan sekitar Pasar Borong Selayang di sini, yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 3 Mei. Pembinaan menara tinjau di kawasan PKPD ke-6 itu dibuat khusus untuk memantau serta mengawasi pergerakan penduduk setempat di kawasan itu. [6]

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Orang ramai yang pulang ke kampung halaman sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dan kini ingin kembali ke rumah masing-masing boleh membuat permohonan bagi tujuan itu mulai Sabtu (25 April 2020) [7]

23 April 2020
Dr Nur Amalina Che Bakri (Pelatih pakar bedah kelahiran Malaysia) menyertai pasukan saintis Imperial College di London dalam usaha mencari vaksin bagi memerangi COVID-19. [8]
Seramai 108 individu termasuk 86 rakyat Malaysia yang terkandas di Nunukan, Indonesia, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, dibawa pulang melalui Jeti Terminal Feri Tawau. [9]

Seramai 325 anggota KKM yang dikesan positif COVID-19 (iaitu 5.8 peratus daripada jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia). Punca jangkitan bagi kesemua anggota KKM ini BUKAN disebabkan oleh pengendalian kes yang telah disahkan positif COVID-19 di fasiliti Kesihatan KKM. Didapati, 70 peratus kes adalah berpunca daripada aktiviti persendirian misalnya menghadiri majlis keraian, ke luar negara dan sebagainya. Pecahan kes jangkitan; [10]
  1. 185 kes telah pulih sepenuhnya dan didiscaj
  2. 137 kes sedang dirawat di hospital
  3. 3 kes kematian
Kes-kes ini terdiri daripada:
  1. 77 orang Pegawai Perubatan;
  2. 66 orang jururawat;
  3. 34 orang Pegawai Perubatan Siswazah;
  4. 23 orang Pakar Perubatan;
  5. 21 orang Penolong Pegawai Perubatan;
  6. 104 lain-lain skim perkhidmatan.
24 April 2020
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Setakat ini tiada bukti menunjukkan orang yang sudah pulih daripada COVID-19 dan mempunyai antibodi, dilindungi untuk dijangkiti kali kedua. Walaupun banyak kajian menunjukkan orang telah sembuh ada antibodi terhadap COVID-19, juga dikenali SARS-CoV-2, WHO mengatakan sebilangan mereka ini mempunyai tahap antibodi peneutral dalam darah yang sangat rendah. [11]

26 April 2020
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan), Sejumlah 100 kes COVID-19 telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih dan discaj di Malaysia ialah 3,862 kes, iaitu 66.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, manakala tidak ada kes kematian dilaporkan. Sehingga 26 April pukul 12 tengah hari, terdapat 38 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,780 kes. [12]

Sehingga 26 April 2020 pukul 12 tengah hari, bagi aktiviti PKPD didapati seramai 21,466 orang telah menjalani ujian COVID-19 di dalam kawasan PKPD. Setakat ini, 638 kes didapati positif COVID-19 (2.97 peratus). Didapati bahawa daripada jumlah positif COVID-19 ini, seramai 388 kes (61 peratus) adalah bukan warganegara Malaysia dan baki 250 kes (39 peratus) pula adalah warganegara Malaysia.

Bagi aktiviti tertumpu di madrasah atau sekolah tahfiz pula, sehingga 25 April 2020, didapati 6,229 orang pelajar, guru dan kakitangan telah menjalani ujian COVID-19. Seramai 341 orang didapati positif COVID-19 (5.47 peratus).

Di stesen kuarantin yang menempat pengembara warganegara Malaysia yang balik dari luar negara, sehingga 24 April 2020 5 petang, didapati seramai 12,672 orang telah menjalani ujian COVID-19. Seramai 139 orang didapati positif COVID-19 (1.1 peratus). Daripada jumlah positif COVID-19 tersebut, negara yang telah dilawati adalah: 99 kes melawat Indonesia, 14 kes melawat United Kingdom, 13 kes telah Singapura, 5 kes melawat Turki, 3 kes melawat Belanda, 2 kes melawat Amerika Syarikat, 1 kes masing-masing melawat Thailand, Perancis dan Bangladesh. [13]


Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak akan  melaksanakan pengesanan kes secara aktif bagi mencari kontak rapat COVID-19 di  Kota Samarahan mulai esok hingga 30 April. Aktiviti pengesanan secara aktif itu akan diljalankan di Taman Desa Ilmu dan Taman Uni Garden. Melalui kaedah ini, ia dipanggil kaedah MCO (Perintah Kawalan Pergerakan) bersasar kepada kes-kes yang telah pun dikesan sebagai kontak oleh kes-kes positif sebelum ini. [14]

27 April 2020
Datuk Frankie Poon Ming Fung (Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri), Lapan pakar perunding perubatan dari China dijangka tiba di Sabah esok untuk berkongsi pengalaman mereka menangani wabak COVID-19. [15]

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan), Malaysia akan dapat meningkatkan keupayaan menjalankan ujian COVID-19 kepada lebih 22,000 ujian sehari minggu depan susulan penggunaan dua mesin memproses ujian automasi. Kedua-dua mesin ditempatkan; [16]
  1. Satu daripada mesin berkenaan yang boleh memproses sehingga 5,000 ujian sehari, akan ditempatkan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur.
  2. Satu lagi mesin yang boleh melakukan 1,000 ujian sehari pula akan ditempatkan di makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan), Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap COVID-19 mendapati terdapat satu daripada 30 strain mutasi virus tersebut boleh bertindak lebih ganas sehingga menjangkiti 120 pesakit lain. Ia membabitkan kes ke-26, di mana mutasi tersebut dikesan pada kodon 15.


Kes-kes jangkitan di Malaysia pada gelombang pertama dan awal gelombang kedua adalah daripada strain B iaitu sama dengan di Wuhan, China berbanding dengan strain A di Amerika Syarikat (AS) dan strain C di Eropah. [17]

28 April 2020
Terdapat 75 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,032 kes (­­68.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Sebanyak 31 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,851 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,719 kes. Seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 17 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Rumusan PKP Fasa 3
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 3 akan memasuki fasa 4 mulai  29 April 2020. Setakat ini, didapati jumlah kes harian sering menunjukkan tren menurun dan kadang kala mendatar. Dengan peningkatan kes-kes yang pulih daripada COVID-19, ini menjadikan jumlah kes aktif semakin menurun sepanjang fasa ketiga PKP. Ini sekaligus berjaya meratakan lengkung (flattening of the curve) dan Negara kini memasuki fasa pemulihan.

Pencapaian ini adalah hasil daripada tindakan proaktif dan agresif Kerajaan dalam aktiviti-aktiviti pembendungan penularan COVID-19 sepanjang tempoh sebelum dan semasa PKP ini. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membantu mengurangkan interaksi di antara ahli masyarakat dan mengurangkan kebolehjangkitan COVID-19. Selain aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection), KKM dengan pelbagai agensi telah menggunakan pendekatan tertumpu (targeted approach) bagi kumpulan yang berisiko tinggi. Ini termasuk tindakan pengesanan, penyaringan, ujian, isolasi dan rawatan bagi individu di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), pengesanan peserta-peserta perhimpunan di Seri Petaling dan lain-lain perhimpunan besar-besaran, pengesanan sekolah serta madrasah tahfiz dan sebagainya. [18]


kkm covid-19

Sepanjang 14 hari PKP Fasa 3, terdapat sebanyak 13 hari mencatatkan bilangan kes pulih dan discaj melebih kes jangkitan baharu. Kes pulih direkodkan pada 17 April 2020 (201 discaj, 69 kes jangkitan baru). Bilangan kes discaj terendah adalah pada 21 April 2020 (54 discaj) yang mana turut menjadi hari yang menyaksikan bilangan kes baru merebihi kes discaj (54 discaj, 57 kes baru).  Sementara itu, bilangan kes baru terendah direkodkan pada 28 April 2020 (30 kes jangkitan baru). Jumlah keseluruhan kes PKP 3 untuk pesakit sembuh dan discaj adalah sebanyak 1609 manakala kes baru adalah sebanyak 863 kes dan bilangan.


Pelaksanaan PKP Fasa 4  (29 April - 03 Mei 2020)

29 April 2020
Terdapat 94 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,945 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,758 kes. Sebanyak 55 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 4,087 kes. Daripada 94 kes baharu yang telah dilaporkan, 72 kes adalah kes import melibatkan warganegara dan pelajar Malaysia yang pulang daripada Indonesia. Ini bermakna, kes penularan tempatan (local transmission) adalah 22 kes sahaja. (Kes import pertama dilaporkan) [1]

30 April 2020
Terdapat 57 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,002 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,729 kes. Sebanyak 84 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 4,171 kes. Daripada 57 kes baharu yang telah dilaporkan, 25 kes adalah kes import melibatkan warganegara dan pelajar Malaysia yang pulang daripada Indonesia. Ini bermakna, kes penularan tempatan (local transmission) adalah 32 kes sahaja.

Kesiapsiagaan KKM Bendung Covid di Sarawak negeri Sarawak mempunyai 18 buah hospital saringan COVID-19. Ini merupakan peningkatan ketara berbanding hanya 5 buah hospital pada fasa gelombang pertama wabak COVID-19. Terdapat 4 buah hospital yang telah dikenalpasti sebagai pusat rawatan COVID-19 (iaitu Hospital Umum Sarawak, Hospital Miri, Hospital Bintulu dan Hospital Sibu) dengan jumlah 736 katil yang dikhaskan bagi kes COVID-19. Hospital-hospital ini dilengkapi dengan 63 katil rawatan kritikal dengan 112 mesin bantuan pernafasan (ventilator). Selain daripada itu, terdapat 5 buah fasiliti yang telah dikenalpasti sebagai pusat kuarantin dan rawatan risiko rendah dengan kapasiti 901 buah katil.

Kini terdapat empat (4) buah makmal yang boleh menjalankan ujian pengesahan COVID-19 iaitu di Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu, Hospital Miri, dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Secara keseluruhannya, jumlah ujian pengesahan yang dapat dijalankan di empat (4) makmal ini adalah 898 ujian, dan ini akan dipertingkatkan ke 1,040 ujian sehari. Hospital Umum Sarawak bakal mendapat sebuah mesin Lab Turbo yang dijangka beroperasi pada awal Mei 2020 (dengan kapasiti 200 ujian sehari). Hospital Bintulu pula dijangka menjalankan ujian mulai pertengahan bulan Mei (dengan kapasiti 30-40 ujian sehari). [2]

01 Mei 2020
Terdapat 69 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,071 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,758 kes. Sebanyak 39 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 4,210 kes. Daripada 69 kes baharu yang telah dilaporkan, 12 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan (local transmission) adalah 57 kes sahaja. [3]

02 Mei 2020
Terdapat 105 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,176 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,747 kes. Sebanyak 116 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 4,326 kes.. Daripada 105 kes baharu yang telah dilaporkan, 11 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan (local transmission) adalah 94 kes sahaja di mana 60 kes telah dikesan dari lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). [4]

03 Mei 2020
Terdapat 122 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,298 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,780 kes. Sebanyak 116 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 4,326 kes. Daripada 122 kes baharu yang telah dilaporkan, 52 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan (local transmission) adalah 70 kes sahaja. [5]


Pelaksanaan PKPB Fasa 5  (04 - 12 Mei 2020)

04 Mei 2020
Terdapat 55 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,353 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,764 kes. Sebanyak 71 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 4,484 kes. Daripada 55 kes baharu yang telah dilaporkan, 7 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan (local transmission) adalah 48 kes sahaja di mana 24 kes telah dikesan dari lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). [1]

Terdapat satu pertambahan kluster baharu di Sarawak dikenali sebagai kluster Taman BDC di Kuching.  Terdapat 37 kes positif dilaporkan dari kluster tersebut. Kluster tersebut juga dipercayai berpunca daripada perhimpunan tabligh Sri Petaling iaitu kes indeks dan telah menjangkiti keluarga ahli masjid dan juga rakan sekerja iaitu melibatkan 3 generasi. [2]

05 Mei 2020
Terdapat 30 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,383 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,710 kes. Sebanyak 83 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 4,567 kes. Daripada 30 kes baharu yang telah dilaporkan, tiada kes import dilaporkan. Ini bermakna, kes penularan tempatan (local transmission) adalah 48 kes sahaja di mana 21 kes telah dikesan dari lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). [3]

06 Mei 2020
Terdapat 45 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,428 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,619 kes. Sebanyak 135 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 4,702 kes. Ini bermakna, jumlah kes yang didiscaj pada hari ini adalah tiga kali ganda kes baharu disahkan COVID-19. Daripada 45 kes baharu yang telah dilaporkan, satu (1) kes import dilaporkan. Ini bermakna, kes penularan tempatan (local transmission) adalah 44 kes sahaja di mana satu (1) kes telah dikesan dari lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). [4]

11 Mei 2020
Dr Christina Rundi (Ketua Pengarah Kesihatan Sabah): Sabah melaporkan 10 kes baharu, dua daripada adalah kes pelajar universiti yang kembali ke negeri itu dari Semenanjung. kes itu dikesan daripada ujian dijalankan ke atas pelajar berdasarkan prosedur operasi standard (SPO) Pengurusan Pergerakan Pelajar Sabah dikendalikan Universiti Malaysia Sabah (UMS). [8]

12 Mei 2020
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan): Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengumumkan kes positif COVID-19 terendah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac,  dengan 16 kes dilapor sehingga 12 tengah hari (12 Mei 2020). Daripada jumlah kes positif baharu itu, sembilan kes adalah dalam kalangan bukan warga Malaysia. [9]

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Perkhidmatan Hospital akan menjadi pusat penyelarasan perkhidmatan hospital untuk semua bentuk krisis pada masa hadapan. Pusat itu akan dilengkapi dengan sistem telekomunikasi terkini bagi mempermudahkan penggunaan persidangan video dan membuat pelbagai keputusan dalam pengurusan wabak COVID-19. [10]

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN): Tiada kes baharu COVID-19 dicatatkan di Sarawak sejak dua hari lepas, sementara Bahagian Limbang yang terletak paling utara negeri ini menjadi kawasan terbaharu diisytiharkan zon hijau, apabila tiada sebarang kes positif penyakit itu dicatatkan di kawasan itu dalam tempoh 14 hari lepas. [11]

Datuk Dr Christina Rundi (Pengarah Kesihatan Negeri): Seorang lagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan disahkan positif COVID-19. Kes itu dilaporkan di Kota Kinabalu itu sekali gus menjadikan jumlah kes positif di Sabah setakat ini adalah 328 kes. [11]

13 Mei 2020
Terdapat 37 kes, baharu yang telah dilaporkan, 21 kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia. Daripada 37 kes baharu yang dilaporkan, terdapat empat (4) kes import dan 33 kes penularan tempatan. Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,779 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,387 kes. [12]

Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan); DUA pelajar dari Sabah yang disahkan positif Covid-19 ketika berada di Semenanjung mungkin dijangkiti daripada pekerja di universiti mereka. [13]


RUJUKAN

Pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH)
[1] Kronologi COVID-19 di Malaysia;

[2] Coronavirus: China’s first confirmed Covid-19 case traced back to November 17;
https://www.scmp.com/news/china/society/article/3074991/coronavirus-chinas-first-confirmed-covid-19-case-traced-back

[3] Coronavirus disease 2019 (COVID-19) Situation Report – 37;

[4] Apakah Punca Sebenar Terbentuknya Coronavirus Jenis Baru di China?
https://iluminasi.com/bm/apakah-punca-sebenar-terciptanya-coronavirus-di-china.html

[5] Koronavirus positif di pasar haiwan eksotik di Wuhan;
https://www.sinarharian.com.my/article/67644/KHAS/Koronavirus/Koronavirus-positif-di-pasar-haiwan-eksotik-di-Wuhan

[6]
Korban pertama di China akibat wabak pneumonia;
https://www.hmetro.com.my/global/2020/01/534086/korban-pertama-di-china-akibat-wabak-pneumonia

[7] Koronavirus: 267,054 penumpang KLIA lepasi saringan;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/648779/koronavirus-267054-penumpang-klia-lepasi-saringan

[8] Jangan diskriminasi pelancong China;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/649090/jangan-diskriminasi-pelancong-china

[9] Kenyataan Akhbar KPK 23 Januari 2020 – Kemaskini Situasi Semasa Wabak Jangkitan 2019 Novel Coronavirus (2019-Ncov) dan Status Kesiapsiagaan Bagi Menghadapi Potensi Penularannya di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/01/23/kenyataan-akhbar-kpk-23-januari-2020-kemaskini-situasi-semasa-wabak-jangkitan-2019-novel-coronavirus-2019-ncov-dan-status-kesiapsiagaan-bagi-menghadapi-potensi-penularannya-di-malaysia/

[10] Koronavirus: Tiada rancangan larang kemasukan pelancong China;


[12] Coronavirus: Kementerian Kesihatan mohon peruntukan tambahan;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/650122/coronavirus-kementerian-kesihatan-mohon-peruntukan-tambahan

[13] 26 hospital dipilih kendali kes koronavirus;
https://www.sinarharian.com.my/article/67700/KHAS/Koronavirus/26-hospital-dipilih-kendali-kes-koronavirus

[14] Kementerian Kewangan lulus peruntukan serta-merta untuk pengimbas suhu;
https://www.sinarharian.com.my/article/67708/BERITA/Nasional/Kementerian-Kewangan-lulus-peruntukan-serta-merta-untuk-pengimbas-suhu

[15] Coronavirus: WHO isytihar darurat kesihatan awam global;
https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/01/651371/coronavirus-who-isytihar-darurat-kesihatan-awam-global

[16] Koronavirus masih bukan pandemik, WHO kini bergelut atasi infodemik;
http://www.astroawani.com/berita-dunia/koronavirus-masih-bukan-pandemik-who-kini-bergelut-atasi-infodemik-229868

[17]  Doktor terawal memberi amaran coronavirus meninggal dunia;
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/02/653370/doktor-terawal-memberi-amaran-coronavirus-meninggal-dunia

[18] Nama rasmi wabak koronavirus - Covid-19;
https://www.malaysiakini.com/news/510494

[19] Kenyataan Akhbar KPK 15 Februari 2020 SITUASI TERKINI JANGKITAN COVID-19 DAN PENGESANAN KES BAHARU DI MALAYSIA.pdf;
http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/21/1315

[20] Kenyataan Akhbar KPK 26 Februari 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/02/26/kenyataan-akhbar-kpk-26-februari-2020-situasi-semasa-jangkitan-coronavirus-disease-2019-covid-19-di-malaysia/

[21] Kenyataan Akhbar KPK 6 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/03/06/kenyataan-akhbar-kpk-6-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/


Krisis Politik Malaysia (Tun letak jawatan PH), Kerajaan PH bubar
[1] Apa maksud 5 mesyuarat politik diadakan serentak hari ini? 
http://www.astroawani.com/berita-politik/apa-maksud-5-mesyuarat-politik-diadakan-serentak-hari-ini-231458

[2] Semua jawatan menteri Kabinet digugurkan;
https://www.sinarharian.com.my/article/71338/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Semua-jawatan-menteri-Kabinet-digugurkan

[3] KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA;
http://www.moh.gov.my/moh/press_releases/PS%20YBMK%20Mengenai%20Covid-19%2024%20Feb%202020.pdf

[4] Kenyataan Akhbar KPK 26 Februari 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) di Malaysia 
https://kpkesihatan.com/2020/02/26/kenyataan-akhbar-kpk-26-februari-2020-situasi-semasa-jangkitan-coronavirus-disease-2019-covid-19-di-malaysia/

[5] 221 Ahli Parlimen selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong;
http://www.astroawani.com/berita-politik/221-ahli-parlimen-selesai-menghadap-yang-di-pertuan-agong-231801

[6] 'Tiada siapa ada majoriti, Agong serah kepada Parlimen';
https://www.malaysiakini.com/news/512456

[7] Kenyataan Akhbar KPK 27 Februari 2020 – Situasi Terkini Jangkitan Coronavirus Disease (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/02/27/kenyataan-akhbar-kpk-27-februari-2020-situasi-terkini-jangkitan-coronavirus-disease-covid-19-di-malaysia/

[8] Kenyataan Akhbar KPK 27 Februari 2020 – Situasi Terkini Jangkitan Coronavirus Disease (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/02/27/kenyataan-akhbar-kpk-27-februari-2020-situasi-terkini-jangkitan-coronavirus-disease-covid-19-di-malaysia/

[9] Kenyataan Akhbar KPK 28 Februari 2020 – Situasi Terkini Jangkitan Coronavirus Disease (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/02/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-februari-2020-situasi-terkini-jangkitan-coronavirus-disease-covid-19-di-malaysia/

[10] Kronologi hari ke-7: PH kumpul sokongan, dakwa cukup 114 kerusi
https://www.sinarharian.com.my/article/71972/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Kronologi-hari-ke-7-PH-kumpul-sokongan-dakwa-cukup-114-kerusi


Kerajaan Pakatan Nasional (PN) - Tan Sri Muhyiddin Angkat Sumpah PM 
[1] Kenyataan Akhbar KPK 1 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
[3] Kenyataan Akhbar KPK 11 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;

[4] Soalan Lazim (FAQ’s) Perintah Kawalan Pergerakan Jabatan Perkhidmatan Awam;

[5] Kenyataan Akhbar YBMK 17 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/03/17/kenyataan-akhbar-ybmk-17-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/


Pelaksanaan PKP Fasa 1 (18 hingga 31 Mac 2020)

[6] Kenyataan Akhbar YBMK 18 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/03/18/kenyataan-akhbar-ybmk-18-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[7] Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia;
http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan-kenyataan-akhbar

[8] Kenyataan Akhbar KPK 21 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
https://kpkesihatan.com/2020/03/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[9] Kenyataan Akhbar KPK 22 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/03/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[10] Kenyataan Akhbar KPK 23 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/03/23/kenyataan-akhbar-kpk-23-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[11] Kenyataan Akhbar KPK 24 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/03/24/kenyataan-akhbar-kpk-24-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[12] 11 kawasan diwarta zon merah – KKM;
https://harakahdaily.net/index.php/2020/03/27/11-kawasan-diwarta-zon-merah-kkm/

[13] COVID-19: PKPD mungkin dilaksana di beberapa kawasan di Selangor - KP Kesihatan;
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1826394

[14] COVID-19: PKPD dikuat kuasa di dua kawasan di Simpang Renggam;
[17] COVID-19: 13 ketetapan PKP Fasa Kedua bermula Rabu ini;

[18] COVID-19: PKP fasa kedua lebih tegas, ketat;


Pelaksanaan PKP Fasa 2 (01 hingga 14 April 2020)
[19] Kenyataan Akhbar KPK 1 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[20] PKPD di Selangor Mansion, Malayan Mansion;
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/04/563548/pkpd-di-selangor-mansion-malayan-mansion-metrotv

[21] Derma 500ml plasma darah bantu pesakit Covid-19;
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/563648/derma-500ml-plasma-darah-bantu-pesakit-covid-19

[22] Kenyataan Akhbar KPK 12 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/12/kenyataan-akhbar-kpk-12-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[23] COVID-19: 5 lagi makmal ujian pengesanan;
https://www.ismaweb.net/2020/04/14/covid-19-5-lagi-makmal-ujian-pengesanan/


PKP Fasa Ke-3 (15 hingga 28 April 2020)
[1] COVID-19: Kluster Sendayan rekod satu kematian;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677413/covid-19-kluster-sendayan-rekod-satu-kematian

[2] COVID-19: KKM pantau pelajar tahfiz;
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1832813

[3] COVID-19: Kes positif harian 69, angka terendah sejak PKP;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1833121

[4] Pelajar Malaysia pulang dari Indonesia, dikesan kluster baharu;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/679150/pelajar-malaysia-pulang-dari-indonesia-dikesan-kluster-baharu


Rujukan 21 - 23 April 2020
[1] PKPD Pusat Bandar Utara tidak umum awal elak rakyat asing lari - Santhara;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1834442

[2] KKM garis enam kriteria sebelum PKP boleh ditamatkan - KP Kesihatan;
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1834414

[3] Talian 24 jam untuk penduduk PKPD sekitar pasar borong Kuala Lumpur - Annuar Musa;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1834791

[4] Bilangan pesakit sembuh dua kali ganda berbanding kes baharu - KP Kesihatan;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1834720

[5] 70 peratus sumbangan Tabung COVID-19 diagih melalui JKM;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1834732

[6] Sembilan menara tinjau dibina di kawasan PKPD ke-6;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1834616

[7] PKP: Mereka yang balik kampung, kini mahu kembali boleh mohon mulai Sabtu;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1834632

[8] Dr Amalina sertai pasukan penyelidik vaksin COVID-19 Imperial College UK;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1835244

[9] 108 individu terkandas di Nunukan, Indonesia dibawa pulang;

https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1835019

[10] Kenyataan Akhbar KPK 23 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/23/kenyataan-akhbar-kpk-23-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[11] Tiada bukti antibodi COVID-19 lindung dijangkiti kali kedua: WHO
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1835862

[12] COVID-19: 100 kes pulih hari ini, 38 kes baharu, tiada kes kematian - KP Kesihatan;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1835918

[13] Kenyataan Akhbar KPK 26 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
https://kpkesihatan.com/2020/04/26/kenyataan-akhbar-kpk-26-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[14] COVID-19: Pengesanan kontak rapat secara aktif di Kota Samarahan , Sarawak mulai esok;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1835909

[15] COVID-19: Pasukan pakar perubatan China dijangka tiba di Sabah esok
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1836265

[16] Malaysia tingkat jumlah ujian harian COVID-19 kepada lebih 22,000 minggu depan - Dr Noor Hisham;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1836257

[17] COVID-19: KKM kesan satu mutasi lebih ganas, jangkiti 120 individu - Dr Noor Hisham;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-kkm-kesan-satu-mutasi-lebih-ganas-jangkiti-120-individu-dr-noor-hisham-240770

[18] Kenyataan Akhbar KPK 28 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

Pelaksanaan PKPB Fasa 4  (29 April - 03 Mei 2020)
[1] Kenyataan Akhbar KPK 29 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/29/kenyataan-akhbar-kpk-29-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/


[2] Kenyataan Akhbar KPK 30 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/30/kenyataan-akhbar-kpk-30-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[3] Kenyataan Akhbar KPK 1 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/05/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[4] Kenyataan Akhbar KPK 2 Mei 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/05/02/kenyataan-akhbar-kpk-2-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[5] Kenyataan Akhbar KPK 3 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/05/03/kenyataan-akhbar-kpk-3-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

Pelaksanaan PKPB Fasa 5  (04 - 12 Mei 2020)
[1] Kenyataan Akhbar KPK 4 Mei 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/05/04/kenyataan-akhbar-kpk-4-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[2] Kluster Taman BDC Kuching jangkiti tiga generasi - Dr Noor Hisham;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kluster-taman-bdc-kuching-jangkiti-tiga-generasi-dr-noor-hisham-241469

[3] Kenyataan Akhbar KPK 5 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/05/05/kenyataan-akhbar-kpk-5-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[4] Kenyataan Akhbar KPK 6 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/05/06/kenyataan-akhbar-kpk-6-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[8] Pelajar Sabah positif mungkin dijangkiti daripada pekerja universiti, kata KP Kesihatan;
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/245288

[9] 16 kes baharu dilaporkan, paling rendah sejak PKP;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1840830

[10] CPRC Perkhidmatan Hospital bakal jadi pusat penyelarasan semua krisis;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1840790

[11] Sarawak catat hari kedua berturut-turut tanpa kes baru COVID-19;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1840802

[11] Seorang lagi pelajar IPT positif Covid-19 di Sabah;
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/05/688187/seorang-lagi-pelajar-ipt-positif-covid-19-di-sabah

[12] Kenyataan Akhbar KPK 13 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/05/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-may-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[13] Pelajar Sabah positif mungkin dijangkiti daripada pekerja universiti, kata KP Kesihatan;
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/245288