Aku tidak tahu mana asas yang menyifatkan artikel itu "Pertembungan Sailang Wetrom (PKDM) - Julita (GRS)? Ini Faktanya" menyerang ahli politik terutama keluarga Datuk Wetrom. Dari awal penulisan telah menyatakan dengan jelas faktor kemenangan Datuk Wetrom berserta ringkasan analisa berpandukan scoresheet PRU-15 dari perspektif Dun N.05 Matunggong dan N.06 Bandau.
Suka untuk diingatkan kepada Dr. Jastin dan segelintir pemikir politik sempit, artikel "Pertembungan Sailang Wetrom (PKDM) - Julita (GRS)? Ini Faktanya" adalah artikel bersifat serampang dua mata iaitu sebagai respon kepada artikel Dr. Kanul "Pertembungan Sailang Wetrom KDM - Julita GRS di Dun Matunggong" dan sebagai artikel kupasan realiti sebenar faktor kekalah calon PBS di Parlimen P. 168 Kota Marudu PRU-15.
Adakah tuduhan DKMSabah menyerang keluarga Bahanda itu hadir hanya kerana perkataan 'Teori Keluarga Bahanda'? Jika itulah cara seorang Doktor berfikir dan merumus sebuah kupasan dan analisa politik yang disertakan dengan rujukan dan data, itu sesuatu yang mengecewakan dan sejujurnya menggambarkan pemikiran cetek seorang Penganalisa Bebas Jadi-jadian.
Apa yang salah dengan Teori Keluarga Bahanda? Teori Keluarga Bahanda adalah penemuan dan dapatan daripada analisa yang dilakukan. Apapun pendekatan yang bakal diguna pakai oleh Datuk Wetrom termasuk andaian memberi laluan kepada Datuk Redonah bertanding di Bandau, itu adalah strategi politik setiap parti. Malah DKMSabah menyokong penuh dan strategi tersebut boleh dijadikan model dan rujukan politik kedepan dalam menggambarkan dinamika politik Sabah itu sendiri.
Sabah dan politik kekeluargaan bukan perkara asing, Tan Sri Musa Aman (Sg. Sibuga PRU10-14) dan anaknya Hafeez Musa (P. 178 Sipitang - PRU14) dan akan datang Sg. Sibuga akan diwakili sekali lagi anak TS Musa yang juga Ketua Bahagian PGRS (Hazeem Mubarak Musa), Datuk Gulam Haidar & Datuk Armizan (anak buah), TS Pairin & DSP Dr. Jeffrey Kitingan (adik beradik), ini semua antara contoh legasi kekeluargaan yang wujud dalam politik Sabah dan diterima oleh segenap masyarakat. Jadi di mana salahnya jika Datuk Wetrom memberi laluan Datuk Redonah untuk bertanding? jika menang, itu merupakan bonus tidak hanya kepada keluarga Bahanda bahkan masyarakat suku kaum Rungus yang sekian lama terpinggir dalam arena politik Kota Marudu.
Untuk pengetahuan Dr. Jastin, aku amat menghormati Datuk Wetrom Bahanda dan mengagumi legasi politik yang bakal dibentuk oleh keluarga Bahanda, bahkan tindakan Datuk Wetrom meninggalkan PPBM menyertai PKDM telah dijangkakan lebih awal dan bagi aku sangat wajar demi memadam keangkuhan dan keegoan PBS di Kota Marudu. Malah bukan sesuatu yang mengejutkan jika PKDM berupaya memenangi dua daripada tiga kerusi dun dalam Parlimen P. 168 Kota Marudu.
2.0 Penulisan Tidak Memenuhi Piawaian ilmiah?
Sejak bila penulisan berbentuk analisa perlukan piawaian akademik? Adakah hanya ahli akademik dengan title Doktor yang layak bercakap soal politik?
Aku pernah bertanya dengan orang parti, kenapa kamu tidak jemput ahli akademik bantu gerak kerja parti? Jawab orang politik secara berseloroh, "tidak perlu, ibarat kau letak si bijak pandai bercakap dengan tembok, dia seorang bercakap soal teori akademik, yang kita ibarat tunggul kayu mendengar". Maka benarlah tanggapan ahli politik terhadap segelintir ahli akademi, merujuk kepada corak pemikiran Dr. Jastin.
Setidak-tidaknya artikel analisa itu turut disertakan dengan sumber rujukan sahih daripada media elektronik, scoresheet daripada SPR, Daftar pemilih mengikut kaum daripada SPR yang aku sendiri yakin Dr. Jastin sendiri tidak miliki sumber data berkenaan melainkan rumusan kaum berdasarkan pemerhatian umum dan data yang tersedia diproses daripada sumber lain. Ingat politik tidak boleh terpisah dengan angka, hujahan bersandarkan teoritikal semata-mata menjadikan politik itu membosankan dan tiada asas hujahan.
0.3 Amanah Ilmu dan Amanah Lidah?
Benda mudah, baca dan fahami, raikan perbezaan pendapat dan bukan semberono berhujah dengan emosi membabi buta tanpa pemahaman pada fakta yang dibahaskan.
0.4 Berhentilah menjual retorik?
Lagi sekali Dr Jastin, siapa sebenarnya membina naratif berdasarkan sangkaan dan bukan fakta? Sebagai individu yang membuat analisa dan mengumpul isu di lapangan tanpa mengira fahaman politik dengan meletakkan kebertanggungjawaban kepada fakta yang dibentangkan untuk membina kredibiliti pada analisa yang dibentangkan, setiap fakta dibahaskan dengan data dan rujukan serta dapatan dari lapangan tanpa direka.
Setiap isu yang berlegar di lapangan dan dibangkitkan oleh rakyat mahupun ahli parti, dijadikan bahan sokongan dalam membina analisa dan dapatan kukuh sebelum dibentang kepada stakeholder. Dalam analisa tidak wujud retorik murahan jika ianya disokong dengan angka dan laporan daripada lapangan. Dapatan dari sembang kedai kopi juga merupakan input yang tidak kurang pentingnya dalam membuat analisa politik dan bukan hanya berpandukan keratan akhbar di media cetak dan sumber atas talian.
Malah tidak wujud TUDUHAN melainkan ANDAIAN bahawa Datuk Wetrom bakal bertanding di Matunggong jika Datuk Redonah dicalonkan PGRS di Bandau. Itu semua 'andaian' yang menjadi asas percaturan dalam politik dan asas dalam sesebuah analisa politik. Bahkan andaian ini tidak memerlukan title Doktor untuk diramal lebih awal, kerana andaian ini sendiri hadir dari sembang kedai kopi. Tanyalah mana-mana ahli politik, adakah Datuk Wetrom akan bertanding melawan Datuk Redonah? pasti mereka jawab tidak.
Secara jujurnya aku katakan Dr. Jastin ada masalah mental dalam memahami apa yang cuba disampaikan dan dibincangkan dalam artikel tersebut. Lebih memilukan bila DKMSabah dituduh cuba menggadaikan integriti demi sensasi? dengan jelas tohmahan itu memcerminkan siapa sebenarnya yang TERENCAT AKAL hingga gila menagih sensasi murahan.
Sekali lagi diingatkan, lain kali BACA dan FAHAMI sebelum berhujah, sayang title Doktor kalau pemahaman pun lemah.
Sekian,
Mantan Pem. Pegawai Penerangan (S.29), Caw. Siasah & Pengurusan Isu (CSPI), JASA Sabah (2010-2018)
Mantan Penganalisa ‘Unit Data Analisa’ Ibupejabat PPBM Alamesra PRN-16 (2020)
Mantan Penganalisa ‘Unit Data Analisa’ Ibupejabat PPBM Alamesra PRU-15 (2022)
RUJUKAN:
Tidak perlu jika sekadar menjawab tohmahan murahan dan Tuduhan dari Doktor yang lemah pemahaman.
0 Comments