Tindakan Bung Memperkecilkan pencapaian dan kemajuan negeri lain khususnya yang ditadbir oleh barisan pembangkang (Kedah, Kelantan dan Terengganu) dengan menyifatkan negeri-negeri berkenaan mundur, adalah kenyataan yang tidak boleh diterima akal. Sesuatu yang janggal, apabila individu yang membangkitkan perkara tersebut juga datang daripada antara negeri termiskin di Malaysia. Malahan pemimpin tersebut juga merupakan ahli parti politik yang telah bertapak selama 32 tahun di Sabah dan salah seorang Ketua Menterinya juga telah berkhidmat hampir 20 tahun bersamaan tiga (3) penggal (Tan Sri Musa Aman). 



Sesuatu yang memalukan apabila pemimpin veteran tersebut tidak langsung menoleh keadaan negeri sendiri sebelum memperkecilkan pembangunan negeri dikuasai pembangkang. Mungkin DSP Bung Moktar Radin terlupa akan fakta berikut;

1. Sabah antara lima (5) negeri merekodkan miskin tegar teramai
Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi (Rafizi Ramli) - Mac 2023, sebanyak 20 daerah termiskin di Malaysia datangnya daripada negeri Kalantan, Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak. Manakala sembilan (9) daripada 20 daerah tersebut (Tongod, Pitas, Kota Marudu, Beluran, Kudat, Telupid, Nabawan, Kota Belud dan Kinabatanganberada di Sabah.

Menurut Mantan Menteri di JPM (Ekonomi), Dato' Sri Mustapa Mohamed, Sabah merekodkan jumlah miskin tegar ketiga tertinggi (40,930) sehingga 15 Februari 2022 di belakang Sarawak (62,930), Kelantan (42,131) seterusnya Kedah (17,928) dan Perak (17,010).


2. Sabah masih bergelut dengan krisis bekalan air
Percaya atau tidak, Sabah antara negeri yang masih bergelut dengan krisis bekalan air. Lebih parah lagi, ia turut menghambat ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya. Tidak hanya rakyat yang terkesan, bahkan juga turut melibatkan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan lebih parah industri pelancongan.

Pada 12 Mei 2023, insiden memalukan negeri telah berlaku apabila Kota Kinabalu International Airport (KKIA) dilaporkan menghadapi gangguan bekalan air sehingga menyukarkan pengguna serta pelancong domestik dan antarabangsa. Situasi tersebut mendapat perhatian serius daripada Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Ir. Shahelmy Yahya yang turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan sistem agihan bekalan air yang dikendalikan oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Punca utama yang dikenalpasti mendorong berlakunya krisis bekalan air di Sabah adalah kerana sistem perpaipan dan saluran bekalan air yang telah usang. Menurut Bung yang juga mantan Menteri Kerja Raya Sabah, hampir keseluruhan sistem parpaipan yang ada di negeri Sabah telah dibina sejak zaman kolonial British lagi. Sabah memerlukan RM13 bilion untuk kerja-kerja naik taraf sistem bekalan air termasuk menggantikan sebahagian besar paip yang dibina Zaman British.

Situasi ini jelas menunjukkan bahawa, selama pemerintahan UMNO/BN yang mencapai zaman kemuncak kesetabilan politik negeri 2000-2013, tidak ada sebarang usaha untuk mengatasi masalah krisis bekalan air di negeri ini. Mana mungkin parti yang sama mampu untuk mengatasi krisis bekalan air di negeri Kelantan jika Sabah juga berhadapan dengan krisis serupa.


3. Jalan raya bagaikan di bulan
Insfrastruktur jalan raya yang ada di negeri ini juga rata-ratanya merupakan tinggalan kolonial British. Tidak seperti di Semenanjung Malaysia yang memiliki Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Bertingkat Sg. Besi - Ulu Klang (SUKE) dan sebagainya, rata-rata jalan raya tersebut dibina dengan standard dan kualiti terbaik. Sementara di Sabah pula, negeri ini hanya mampu memperoleh Projek Lebuhraya Pan Borneo di penghujung riwayat UMNO-BN di Sabah. Lebih menyedihkan lagi, projek ini telah terbengkalai lebih tiga (3) kali ekoran ketidak stabilan politik negeri dan pertukaran kontraktor mengikut kroni parti politik yang memerintah negeri.

Di Sabah, sebarang projek pembinaan dan naik taraf jalan raya perlu mengutamakan kontraktor anak tempatan atau lebih mudah dikatakan kroni. Maka janganlah berasa hairan jika kualiti jalan di Sabah jauh ketinggalan jika hendak dibanding dengan kualiti jalan di Semenanjung Malaysia. Malah lebih memilukan, projek baik-pulih jalan-jalan di Sabah diibarat oleh penduduk setempat sebagai standart "Tampal Kurap". Kerja-kerja baik pulih jalan di Sabah lebih menguntungkan kontraktor kroni dan azabnya terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Sememangnya diakui, DSP Bung antara pemimpin Sabah yang lantang menyuarakan isu infrastruktur jalan raya di Sabah yang daif selain Allahyarmah DSP Ghapur Salleh. Namun demikian, ketegasan dalam menyuarakan sebarang perkara berkaitan hak dan kepentingan negeri, tidak akan membawa sebarang makna yang signifikan tanpa disusuli dengan tindakan dan kesungguhan daripada kerajaan pusat yang ketika ini UMNO-BN juga sebahagian daripada parti komponen Kerajaan Perpaduan. 




4. Geran Khas Tahunan Sabah tidak pernah disemak
Sepanjang hampir 30 tahun UMNO di Sabah hinggalah tumbangnya BN pada 2018 kepada gabungan Warisan + PH, UMNO tidak pernah secara konsisten mendesak kerajaan pusat untuk menaikkan geran tahunan Sabah seperti yang ada sekarang. Untuk rekod, kali terakhir Geran Khas Tahunan Sabah disemak adalah pada tahun 1969. Desakan untuk menyemak semula pemberian geran kepada Sabah dimulakan ketika pentadbiran Dato' Sri Shafie Apdal (WarisanPlus) 11 Mei 2018. 

Perubahan tampuk pemerintahan pusat daripada BN kepada Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad  selaku PM selepas PRU-14 (Mei 2018), telah memberi nafas baru kepada tuntuta semakan Geran Khas Tahunan negeri sepertimana yang terkandung dalam MA63. Sejak 1969, Sabah hanya menerima RM26.7 juta dan jumlah itu telah ditingkatkan oleh Kerajaan PH kepada RM53.4 juta (2019) dan komitmen Kerajaan PH bahawa jumlah tersebut akan terus meningkat sehingga RM106.8 juta untuk tempoh lima (5) tahun. 

Namun formula agihan tersebut tidak dipersetujui oleh Kerajaan Negeri yang baru (GRS-BN). Pada April 2022, Mantan Perdana Menteri (Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob) mengumumkan Geran Khas baharu untuk Sabah meningkat sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bagi tahun 2022. Jumlah itu adalah jauh lebih tinggi berbanding komitmen kerajaan terdahulu. Jumlah tersebut ditambah lagi di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi RM260 juta (Januari 2023).


5. Royalti Minyak 20 peratus hanya retorik
UMNO-BN juga tidak pernah secara tegas mendesak agar pemberian royalti minyak 5% dikaji semula. Isu kenaikan royalti minyak kepada 20% untuk Sabah, tidak ubah seperti 'janji terang bulan'. Ianya hanya menjadi pelengkap manifesto setiap ahli dan parti politik yang bertanding semasa PRU mahupun PRN dan PRK. Tidak kira dipihak kerajaan mahupun pembangkang, masing-masing akan cuba menjadi hero dengan menjuarai isu ini yang sangat dekat di hati rakyat Sabah.

Sehingga pembentukan kerajaan Perpaduan di Sabah menerusi Gagasan Rakyat Plus (GRS + PH), agenda merealisasikan royalti minyak 20% masih gagal dilaksanakan. Tiada sebarang perkembangan dan pencapaian yang boleh dibanggakan berbanding apa yang diwar-warkan ketika PRU. 


6. Pengangguran dan Peluang pekerjaan terhad
Berdasarkan kenyataan Bung dalam video di atas, beliau dengan jelas menyatakan anak-anak Sabah ramai yang telah berhijrah dan bekerja di Selangor. Kesukaran untuk mendapatkan peluang pekerjaan di Sabah mendorong penghijrahan golongan belia ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Penang.

Seramai lebih 200,000 anak-anak Sabah telah berhijrah ke Semenanjung Malaysia untuk mencari pekerjaan (sehingga 2022). Jumlah tersebut akan terus meningkat saban tahun ekoran peluang pekerjaan yang terhad ditambah dengan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi berbanding dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan isu yang gagal ditangani oleh UMNO-BN sepanjang mentadbir negeri.


KESIMPULAN
Kesemua perkara yang dibangkitkan di atas hanyala sebahagian kecil daripada rentetan siri kegagalan pentadbiran UMNO di Sabah. DSP Bung Moktar Radin seharusnya cermin diri sendiri sebelum melabel pihak lain sebagai gagal mahupun mengklasifikasikan negeri ditadbir pembangkang sebagai negeri mundur. 

Beliau seharusnya berasa bangga, bahawa negeri Sabah kekal sebagai negeri termiskin di Malaysia dengan sembilan (9) daripada 20 daerah termiskin di Malaysia berada di Sabah dan salah satu daripadanya adalah Parlimen yang diwakili oleh DSP Bung iaitu Parlimen P.187 Kinabatangan. Lebih manis apabila, status Sabah antara negeri termiskin di Sabah hadir ketika era kegemilangan pentadbiran UMNO.


https://picasion.com/


RUJUKAN:

MalaysiaKini, (11 Oktober 2019); Geran untuk Sabah dan S'wak naik dua kali ganda



BH Online, (27 September 2021); Enam negeri kurang membangun diberi keutamaan


Utusan, (20 Februari 2022); 31 tahun UMNO Sabah terus kekal relevan

Sinar Harian, (24 April 2022); 200,000 rakyat Sabah bekerja di Semenanjung





Wikipedia, (25 Mei 2023); Sistem Lebuh Raya Malaysia


Rujukan Video:



https://picasion.com/



#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga #AsalBukanUMNO #ABU #DOTA2 #TI10 #AMENO #UMNGOK #OMICRON #HappyNewYear2022 #NewYear2022 #Omicron #sukuk #kerajaanlemau #kerajaangagal #prn #mahaldahni #madani #prn15 #prnkedah #prnselangor #prnnegerisembilan #prnpenang #prnkelantan #prnterengganu #bell #abph2023