Desakan daripada Tn. Jeffery Nor Mohamed yang menuntut Presiden Gagasan Rakyat bertanggungjawab atas kenyataan berhubung PH/BN bakal kalah dalam PRN enam (6) Negeri adalah sesuatu yang tidak berasas. Menuntut Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Gagasan Rakyat memberi respon berhubung pandangan peribadi Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Sukau dalam ucapannya Ketika Program Perjumpaan Gagasan Rakyat Sukau yang berkata,
"kita tengok saja pilihanraya di enam (6) negeri, kalau mereka (PH/BN) kecundang, di situlah petanda mereka akan lingkup dalam pilihanraya negeri di Semenanjung"
Datuk Juhari Janan (Ketua Bahagian Gagasan Rakyat N.59 Sukau)
Apa yang cuba diperkatakan oleh Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Sukau itu adalah hakikat sebenar akan realiti pengundi masa kini dengan trend pengundian generasi muda atau pengundi pertama kali lebih cenderung untuk mengundi PN berbanding PH/BN.
Kenyataan tersebut mungkin terlalu sukar untuk diterima oleh kepimpinan UMNO/PH khususnya dalam Kerajaan Perpaduan, namun itulah hakikat sebenar. UMNO Sabah mungkin beranggapan yang UMNO masih diterima oleh pengundi meskipun UMNO Sabah menyumbang enam (6) kerusi Parlimen (dari mata kasar) daripada keseluruhan 30 kerusi Parlimen yang dimiliki oleh gabungan BN ketika ini. Perlu diingat, UMNO Sabah hanya berbaki empat (4) Kerusi Parlimen sahaja ketika ini.
Untuk pemimpin UMNO khususnya di Sabah dan Persekutuan amnya, mungkin masih belum sedar akan realiti penolakan rakyat terhadap kerajaan ketika ini. Berikut disertakan fakta yang mungkin disedari atau sengaja untuk tidak diambil peduli oleh pemimpin-pemimpin UMNO kerana gusar akan mempengaruhi proses rundingan kerusi seterusnya mengurangkan potensi untuk UMNO bertanding dilebih banyak lagi kerusi DUN di enam (6) negeri terlibat PRN.
Keputusan PRU-15, bukti jelas penolakan rakyat terhadap BN
Mungkin UMNO Sabah beranggap bahawa penerimaan rakyat terhadap parti tersebut masih utuh sepertimana yang diterjemahkan ketika PRN Melaka dan Johor terdahulu. Keputusan memberangsangkan tersebut malangnya tidak berlaku ketika PRU15 yang menyaksikan UMNO gagal memperolehi sebarang kerusi Parlimen di negeri Penang (PH-10, PN-3), Kedah (PH-1, PN-13), Kelantan (PAS/PN-14), Terengganu (PAS/PN-8) dan Selangor (PH-16, PN-6). Daripada enam (6) negeri terlibat PRN 2023, UMNO/BN hanya berupaya mencatat kemenangan di Negeri Sembilan (PH-3, UMNO/BN-5). Ini hanya ulasan umum berdasarkan keputusan PRU15 yang lalu dan ianya belum mengambil kira isu dalaman yang melanda UMNO di Negeri Sembilan dan Selangor yang mana ramai daripada warlord dan top gun parti tersebut bertindak meninggalkan parti.
Masalah Dalaman UMNO
Selepas PRU15 yang lalu, masalah dalaman yang melanda UMNO semakin sukar untuk dipulihkan meskipun Presidennya Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi berjaya mengekalkan kedudukannya selaku Presiden UMNO dengan tidak membenarkan Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden untuk dipertandingkan. Namun keadaan tersebut telah melahirkan tiga kelompok dalam kalangan UMNO itu sendiri yang terdiri daripada kelompok;
1. Tolak Zahid Hamidi Selaku Presiden UMNO
Kumpulan terbesar yang ada dalam UMNO dan terdiri daripada bekas-bekas YB Menteri, AMT, KB dan ahli di peringkat akar umbi UMNO yang tidak menyokong kepimpinan Presiden. Penggantungan Top Gun parti seperti, Tan Sri Noh Omar, Tan Sri Annuar Musa, Khairy Jamaluddin - KJ, Shahril Hamdan, Tun Faizal serta beberapa nama besar lain, telah mengakibatkan UMNO tidak hanya berdepan kritikan rakyat, bahkan juga ahli dari segenap peringkat.
Turut memburukkan keadaan UMNO apabila Blogger terkenal seperti Papa Gomo dan Tun Faizal yang juga mantan panel pemikir JASA telah bertindak menyokong Perikatan Nasional, menjadikan UMNO semakin lemah seterusnya menyerlahkan lagi bibit-bibit perpecahan dalaman UMNO di segenap peringkat.
2. Kumpulan Dato' Sri Najib Razak
Perkembangan kes perbicaraaan DS. Najib Razak, memberi gambaran jelas yang bekas Perdana Menteri itu akan kekal di penjara Kajang. Kenyataan anak beliau Nooryana Najwa tanpa berselindung mengatakan bahawa penyokong Bossku dalam UMNO tidak berpuas hati degan usaha kerajaan kini yang seakan ingin membiarkan Mantan Perdana Menteri itu untuk kekal dalam penjara. Kenyataan Datuk Mohd. Nazifuddin (Ketua UMNO Bahagian Langkawi) tanpa berselindung mengatakan ahli UMNO yang pro Najib akan mengambil pendekatan untuk tidak keluar mengundi ataupun tidak mengundi calon UMNO/PH pada PRN nanti.
3. Kumpulan Yang Tidak Berpuas Hati Kerjasama UMNO-DAP
Sejak sekian lamanya, kepimpinan UMNO telah mendoktrinkan penyokongnya bahawa DAP itu parti resis, punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969, Anti Islam, memperjuangkan Hak sama rata antara kaum dan menghapuskan meritokrasi serta pelbagai lagi tuduhan lain. Adalah menjadi suatu kejanggalan untuk menerima kerjasama yang terjalin ini, apatah lagi ianya diputuskan tanpa mengambil kira pandangan akar umbi, malah lebih teruk daripada itu membelakangi keputusan PAU Perhimpunan Agung UMNO) pada Mac 2021 ‘No Anwar, No DAP dan No BERSATU. Malah lafaz sumpah laknat juga telah dilafazkan oleh Presiden UMNO dan Datuk Seri Ahmad Maslan sendiri mengakui menjadi saksi lafaz Presiden UMNO itu bagi membuktikan tiada kerjasama antara UMNO dan Anwar (PH).
Lebih perit untuk ditelan ahli UMNO apabila kerjasama yang belum sampai setahun jagung ini, telah mengguris hati ahli UMNO di peringkat akar umbi menerusi kenyataan biadap Tony Pua yang mengibaratkan UMNO sebagai Parti Korup. Respond daripada Ketua Pemuda UMNO Pusat berhubung kenyataan ini hanya dipandang sinis oleh AMT UMNO yang lebih senang dengan pendekatan berdiam diri.
Noh Omar dedah 3 kumpulan dalam UMNO
Kajian Akademik Gambaran Awal Penolakan Kerjasama PH-UMDAP
Berdasarkan kajian “Why Perikatan Nasional May Win in Selangor” yang disiarkan dalam ISEAS Perspective, terbitan Institute of Southeast Asian Studies Singapura, merangkumi 39 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang majoriti Melayu dan telah melibatkan 1,200 orang responden. Antara dapatan yang diperolehi adalah, tidak berlaku pemindahan undi secara penuh (full vote transferability) antara PH dan BN dalam kalangan pengundi Melayu.
Dapatan kajian oleh Profesor Madya di Jabatan Sains Politik, Kulliyyah Ilmu Wahyu Islam dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Marzuki Mohamad mendapati kelebihan dijangka memihak kepada PN terutamanya di kerusi-kerusi majoriti Melayu.
"Ini bermakna, pengundi Melayu BN tidak semestinya mengundi calon PH dan pengundi Melayu PH juga tidak semestinya mengundi calon BN. Sebaliknya, dalam kalangan pengundi Melayu BN, 39 peratus telah menyatakan akan mengundi PN dan hanya 15 peratus akan mengundi PH.
"Ini bermakna, tujuh daripada 10 pengundi Melayu BN yang telah membuat keputusan mengenai pemilihan parti dalam PRN nanti memilih untuk mengundi calon PN. Baki 49 peratus pengundi Melayu BN masih belum pasti tentang parti yang akan diundi kelak. Namun, penelitian yang lebih mendalam mendapati sebahagian besar daripada mereka lebih cenderung untuk menyokong PN berbanding PH.
PRN 6 Negeri Referendum Ketidakpuasan Hati Rakyat Kepada Kerajaan
Tidak dinafikan kerajaan perpaduan yang baru berusia tujuh (7) bulan ini dilihat sebagai Kerajaan yang gagal tanpa halatuju ekonomi yang jelas. Kerajaan yang ada ketika ini dilihat sebagai kerajaan yang gagal mengurus masalah rakyat bermula dari harga barang mahal, kos sara hidup meningkat, bil eletrik meningkat, bantuan rakyat dikurangkan, tuntutan pengeluaran KWSP bersasar ditukar dengan hutang kepada Bank, nilai ringgit susut dan terburuk dalam kalangan negara Asia, bursa saham tercorot di kalangan negara rantau Asia Tenggara dan banyak lagi isu-isu rakyat yang gagal diselesaikan sehingga kini.
Malah YB Rafizi Ramli selaku Menteri Ekonomi disifatkan sebagai Menteri Ekonomi terburuk dalam Sejarah Malaysia hingga media dan Datuk Dr. Puad Zarkashi sendiri turut menempelak "Rafizi turun ringgit naik" sebagai sindiran sinis kenyataan beliau.
KESIMPULAN
Tiada yang mustahil dalam politik. Lihat saja parti UMNO, Parti yang suatu ketika dahulu dilabel parti keramat orang Melayu boleh tumbang selepas lebih 50 tahun menerajui tampuk pemerintahan negara dan berkuasa hampir 20 tahun di Sabah. Apa yang hendak dibanggakan dengan UMNO khususnya UMNO di Sabah.
Kemunduran yang ada di Sabah pada hari ini adalah sisa peninggalan pemimpin-pemimpin UMNO yang rela menjadi LEMBU Malaya. Parti yang sanggup melihat negeri Sabah kekal mundur dan miskin daripada mendesak Kerajaan Pusat menunaikan 20% royalti minyak.
Di mana Pemimpin UMNO Sabah ketika Tony Pua menggelar BN sebagai Parti Korup? Dari sibuk menjaga tepi kain parti lain, lebih baik jaga hal parti sendiri yang bukan hanya ditolak oleh rakan komponen bahkan juga penyokong sendiri.
Tidak Miskin Orang Yang BERSEDEKAH
(HR Muslim)
RUJUKAN:
BH Online, (28 Mac 2021);'No BERSATU, No Anwar, No DAP' - Zahid
Sinar Harian, (10 Ogos 2021);‘Ahmad Zahid bersumpah tak sokong Anwar jadi PM’
Dagang News, 20 Jan 2023; PRU15: Corak Undi Melayu Pelbagai Tetapu Dikuasai Sentimen Anti-DAP
BH Online, (10 Mac 2023); Ringgit catat prestasi terburuk di Asia bulan lalu.
Sinar Harian, 31 May 2023; Jangan Sampai Rakyat Kata Rafizi Turun, Ringgit Naik - Puad
BHarian, 24 Jun 2023; Kenyataan Tony Pua Boleh Ganggu Persiapan Jentera BN-PH HAdapi PRN.
BH Online, (30 Jun 2023); Prestasi pasaran saham Malaysia kedua terburuk serantau.
Malaysia Kini, 5 Julai 2023; Kenapa PN Boleh Menang Di Selangor.
Astro Awani, 5 Julai 2023; PRN: Kelebihan Dijangka Memihak PN Di Selangor.
Malaysia Gazette, (06 Julai 2023); Penyokong Najib seolah-olah sudah hilang sabar, sukar dipujuk lagi – Nooryana.
Demi Sabah, 09 Julai 2023; Presiden PGRS Harus Bertanggungjawab, Kenyataan PH/BN Bakal Kalah PRN 6 Negeri - Jeffrey Nor.
Astro Awani, (10 Julai 2023); Penyokong Najib mungkin tidak keluar mengundi pada PRN - Nazifuddin.
Infografik
Free Malaysia Today, 22 November 2022; Full List Of GE15 Parliamentary Seat Winners.
UMNO Sabah Online, 13 Julai 2023; Presiden PGRS Harus Bertanggungjawab.
UMNO Sabah Online, 13 Julai 2023; Kenyataan Yang Kurang Bijak Dari Pemimpin PGRS Sukau
Video
FB (Noh Omar), 13 Julai 2023; 3 Kumpulan Dalam UMNO Akan Sokong Perikatan Nasional.
#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020 #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga #AsalBukanUMNO #ABU #DOTA2 #TI10 #AMENO #UMNGOK #OMICRON #HappyNewYear2022 #NewYear2022 #Omicron
0 Comments