Kecoh dua hari lalu (14 Julai 2023) apabila Jabatan Komunikasi Komuniti (JKom) memuat naik infografik berkaitan perbelanjaan isi rumah yang kemudiannya dipadam daripada FB Rasmi Jkom setelah menerima kecaman dan kritikan teruk daripada pengguna FB. Infografik tersebut tidak hanya menerima kritikan daripada rakyat marhaen bahkan juga ahli politik yang menyifatkan infografik tersebut sebagai tidak tepat dan tindakan kurang bijak JKom selaku jabatan propoganda kerajaan yang diketuai Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff. 

Bukti Harga Barang Semakin Mahal

Meskipun ramai pihak telah sedia maklum akan kewujudan JKom menggantikan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), namun ramai yang tidak tahu bahawa struktur pentadbiran dan pengoperasian JKom sebenarnya dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai-pegawa Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) sama ada lantikan kekal mahupun berstatus pinjaman. Meskipun JKom diibaratkan sebagai JASA 2.0, hakikatnya, ia sebenarnya adalah JaPen 2.0. Gagalnya JaPen berfungsi sebagai mata, telinga dan lidah rasmi kerajaan dalam menerangkan setiap dasar dan agenda kerajaan termasuklah mempromosikan kerajaan semasa, maka lahirlah JASA yang suatu ketika dahulu sebahagian daripada JaPen. 

Tindakan JaPen melonggokkan Pegawai-pegawainya di JKom yang gagal menjadikan JaPen sebagai sebuah agensi yang dihormati dan disegani, kini bakal membuatkan JKom dihimpit nasib serupa. Di kalangan agensi Sosio-Politik suatu ketika dahulu yang termasuklah MKN, JaPen, RTM, KEMAS, JASA, BTN, Seranta, JaPenin, SB - PDRM, MIO - Mindef dan lain-lain lagi, JaPen sangat dikenali di kalangan agensi SosPol sebagai agensi "Copy and Paste" laporan daripada agensi lain dan meletakkan laporan meraka berada diposisi tengah (laporan selamat) dalam setiap laporan yang dihantar ke peringkat Kementerian. 

Dikhabarkan juga, berlaku gerakan membersihkan JKom daripada bekas-bekas kakitangan JASA yang berpengalaman daripada agensi itu, namun terbantut ekoran PRN yang berlangsung di enam (6) negeri ketika ini (kebenaran hanya pihak pengurusan JKom yang ketahui). Maka janganlah hairan jika apa yang berlaku ke atas JKom kini adalah hasil tangan dan produk kakitangan JaPen itu sendiri. 

Keberadaan JKom ketika ini meskipun lari dari matlamat asal penubuhan JKom itu sendiri sepertimana yang dibentangkan oleh YB Datuk Saifuddin Abdullah, namun setelah kerajaan Perpaduan berjaya membentuk Kerajaan selepas PRU-15, JKom tidak dapat lari daripada agen propoganda dan lidah rasmi kerajaan semasa. Keberadaan JKom tidak begitu dirasai khusunya semasa PRU-15 dan terkini PRN di enam negeri (Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu). 

Tiada masalah dengan pelantikan Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff selaku Ketua Pengarah JKom, tapi yang mendatangkan masalah bila melonggokkan kakitangan JaPen iaitu sebuah agensi yang hidup segan mati mahu, ibarat membunuh karakter dan fungsi JKom itu sendiri selaku agensi strategik politik tinggalan JASA. Jika Kerajaan Perpaduan ketika ini ingin kekal relevan di mata rakyat, letaklah individu yang berkelayakan di tempat dan masa yang sepatutnya. Jika GAGAL berbuat demikian, maka berlakulah kejadian seperti sekarang (terbitan infografik kurang cerdik JKom) yang tidak hanya memalukan Jabatan bahkan juga Kerajaan semasa. 

Jika JKom ingin kekal relevan di mata Kerajaan semasa juga, JKom perlu mempelbagaikan gerak kerja dan fungsi agensi itu daripada sekadar menyebarkan (viral) infografik, membuat bacaan umum sokongan pengundi dari media sosial dan kaji selidik online menggunakan google form. JKom perlu berevolusi lebih daripada apa yang ada sekarang dan bukannya mewarisi cara kerja dan pemikiran kolot kakitangan JaPen. 

Wajah-wajah yang telah mencorakkan JASA sebagai agensi SosPOL yang digeruni suatu ketika dulu


"Tidak perlu bagi tahu orang apa yang kita buat, biar orang rasa apa yang kita buat"
Allahyarham Datuk Fuad Tan Sri Hassan


Tidak Miskin Orang Yang BERSEDEKAH
(HR Muslim)

https://picasion.com/


RUJUKAN

BHarian Online, (25 November 2020); PARLIMEN: JASA ditukar menjadi J-KOM.

Malaysia Kini, (23 Februari 2023); J-Kom bukan alat politik parti tertentu - Agus.

Malaysia Gazette, (14 Julai 2023); J-KOM padam infografik ‘belanja dapur’

#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga #AsalBukanUMNO #ABU #DOTA2 #TI10 #AMENO #UMNGOK #OMICRON #HappyNewYear2022 #NewYear2022 #Omicron