Skybridge Kota Kinabalu akhirnya beroperasi sepenuhnya setelah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah (DSP Hj. Hajiji Noor) pada 3 September 2021 dan akan dibuka sepenuhnya pada 9 September 2021 selepas terbengkalai sejak 2018. Projek bernilai RM31.5 juta melibatkan pembinaan jejantas ‘Sky Bridge’ sepanjang 350 meter dan menghubungkan lima (5) pusat beli belah utama iaitu Center Point, Warisan Square, Api-Api Centre, Asia City dan Oceanus Waterfront. Sunsea Development Sdn Bhd adalah syarikat pemaju yang dilantik dan Petrofiq Sdn Bhd selaku kontraktor.

Projek ini merangkumi 10 jambatan dengan panjang 381 meter, dua daripadanya mempunyai penghawa dingin, dilengkapi dengan 20 booth, 4 tangga, dua eskelator, dua lif untuk orang kelainan upaya (OKU) dan laluan pejalan kaki berbumbung sejauh 531 meter.

Kerja pembinaan laluan pejalan kaki dan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur ini bermula pada April 2017 dan dijadualkan siap sepenuhnya 30 September 2017, kemudian dilanjutkan pada 30 April 2018. Pertukaran kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) kepada kerajaan Warisan (2018 – 2020) menyaksikan projek Sky Bridge berkenaan terus terbengkalai tanpa sebarang tindakan, meskipun pada ketika itu Menteri Kewangan Persekutuan adalah daripada DAP (Lim Guan Eng).

Pemimpin Warisan khususnya Datuk Peter Anthony (November 2019) memaklumkan yang projek Skybridge akan mula dibuka pada 2020, namun ia tidak berlaku sepertimana yang telah dijadualkan. Malah Ahli Parlimen Kota Kinabalu (Chan Fong Hin - DAP) pada 17 Julai 2020, turut memaklumkan bahawa projek tersebut telah 92 peratus siap namun berlaku kelewatan kerana pemaju yang mengendalikan projek berkenaan telah muflis dan berlaku masalah dalam pembayaran. Skybridge Kota Kinabalu terus terbengkalai sehingga Kerajaan Warisan tumbang pada PRN-16 (26 September 2020) dan digantikan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


Setelah berlaku pertukaran kerajaan sebanyak tiga (3) kali, BN (2018) dan Warisan (2018-2020) dan terkini Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Ketua Menteri Sabah (DSP Hj. Hajiji Noor) yang telah mengadakan lawatan di tapak projek berkenaan pada awal tahun ini (04 Februari 2021), telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM4.7 juta dan menggesa agar projek berkenaan dapat disiapkan segera demi kemudahan, keselesaan dan keselamatan orang awam.


Kenapa Sky Bridge Kota Kinabalu Terbengkalai?
Perlu difahami, peruntukan bagi projek ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS). Cara pengeluaran geran projek ini juga unik kerana pemaju hanya boleh menuntut pembayaran selepas kerja pembinaan telah selesai sepenuhnya.

Kelewatan pembayaran berpunca apabila pemaju asal (Sunsea Development Sdn Bhd) telah diisytihar muflis menyebabkan berlaku masalah dalam pembayaran bagi projek berkenaan dan kerja-kerja pembinaan terhenti. 

Tiada sebarang tindakan proaktif diambil ketika Warisan menjadi kerajaan negeri dan pelbagai alasan diberikan hingga menyebabkan rakyat beranggapan bahawa projek Sky Bridge ini kekal sebagai projek gajah putih dan hanya membazir duit rakyat.

Jika alasan mantan Kerajaan Negeri (Warisan) tiada dana, alasan tersebut adalah tidak logik. Untuk rekod, Warisan menerusi Mantan Ketua Menteri (DSP Hj. Mohd Shafie Apdal) ketika pengumuman Pakej Bantuan Covid-19 berjumlah RM670 juta (25 Mac 2020), telah memperuntukkan RM200 juta untuk pelaksanaan 1,000 projek pembangunan yang sehingga sekarang menjadi tanda tanya di kalangan rakyat. Malah Warisan menjadi satu-satunya kerajaan negeri yang menggerakkan kutipan tabung Wuhan China yang berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM2 juta. Adalah tidak masuk akal jika Warisan menjadikan alasan tiada dana sebagai punca mengapa Skybridge terbengkalai ketika pentadbiran Warisan.


Ketua Menteri Sabah (DSP Hajiji Noor) yang telah mengadakan lawatan ke tapak projek (Februari 2021), telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM4.7 juta dan turut menggesa agar kontraktor bertanggungjawab (Petrofiq Sdn. Bhd) untuk menyiapkan projek tersebut secepat mungkin demi keselesaan dan keselamatan rakyat.

Keprihatinan Kerajaan Negeri pimpinan DSP Hj Hajiji Noor turut mendapat pujian daripada Kandrix Ng, (Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Petrofiq Sdn. Bhd) yang mengucapkan terima kasih kepada pemerintah baru (GRS) atas usaha sepenuh hati dalam memerangi pandemik, serta memerhati perkembangan pembangunan Kota Kinabalu, termasuk projek kontroversi SkyBridge.


Kenapa Kerajaan GRS Teruskan Projek Sky Bridge Dengan Tambahan RM4.7 Juta? 
1. Perlu diingat lokasi pembinaat Sky Bridge terletak di tengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu serta menghubungkan beberapa pusat beli belah ternama yang turut menjadi tumpuan pelancong dan rakyat setempat. DSP Hj. Hajiji Noor beranggapan, adalah menjadi suatu yang tidak wajar untuk membiarkan projek berkenaan terus terbengkalai dan mencacatkan pemandangan, kerana ia akan mencemarkan imej negeri Sabah itu sendiri sebagai negeri tumpuan pelancong.

2. Penangguhan atau tindakan membiarkan projek terbengkalai untuk suatu tempoh yang panjang hanya akan merugikan kerajaan negeri dan rakyat. Hal ini adalah kerana, pembinaan Skybridge membabitkan dana berjumlah RM31.5 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan pusat dan tambahan RM4.7 juta daripada Kerajaan Negeri. Adalah menjadi suatu pembaziran jika projek berkenaan terus terbengkalai dan tidak dapat dinikmati dan memanfaatkan rakyat sepenuhnya.

3. Kerosakan pada struktur jejantas dan kos penyelenggaraan yang semakin meningkat jika terus terbengkalai. Fakta ini menjadi faktor kenapa kerajaan negeri mengambil keputusan untuk memastikan projek berkenaan disiapkan sepenuhnya dengan kadar segera agar dapat digunakan oleh rakyat.

Skybridge Tiada Tangga Dan Pintu Menghubungkan Centre Point?
Isu ini menjadi bualan hangat warga maya, malah ada yang menganggap projek ini sebagai projek gagal dan tidak berguna. Malah tidak kurang juga yang berfikiran cetek menjadikan isu ini sebagai bahan jenaka.


Untuk rekod, pada peringkat awal pembinaan projek ini, pihak Center Point (CP) memutuskan untuk membina sendiri penghubung (pintu) yang menghubungkan CP dengan Sky Bridge. Malah pihak CP bersetuju untuk menanggung sepenuhnya kos tersebut. Namun berlaku perubahan disaat-saat akhir, hinggakan pihak kontraktor tidak dapat membina pintu masuk dan tangga menghubungkan Skybridge dengan CP. 

Pihak Kontraktor (Petrofiq Sdn. Bhd) tidak ada kuasa untuk memaksa atau mengarahkan pihak CP bagi membenarkan pihak pemaju membina tangga dan pintu menghubungkan CP dan Skybridge kerana ia memerlukan persetujuan pengurusan CP sebagai pemilik premis.

Malah kerajaan GRS sedar bahawa keputusan Kerajaan Negeri untuk campur tangan dalam menyegerakan pembinaan skybridge ini, akan mendatangkan lebih banyak faedah kepada rakyat. Antaranya;
1. Memudahkan pergerakan rakyat untuk mengunjungi pusat membeli-belah yang berada dalam laluan skybridge.

2. Aspek keselamatan pejalan kaki. Warga Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya, pastinya sedar bahawa kawasan lintasan antara CP dan Asia City, dan antara CP dengan Api-Api Centre adalah kawasan sibuk dan kerap berlaku kemalangan. Pembinaan skybridge yang dilengkapi dengan tangga dan lif untuk orang kelainan upaya, pastinya akan dapat menjamin keselamatan penggunanya.

3. Meningkatkan jumlah pengunjung ke pusat beli-belah seterusnya meningkatkan jualan peniagan.


Kenapa Projek Diteruskan Meskipun CP Tidak Benarkan Pemaju Bina Penghubung dan Tangga?
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, projek Sky Bridge melibatkan dana awam atau duit rakyat. Adalah menjadi suatu pembaziran jika projek yang telah 92% siap tidak dapat dimanfaatkan untuk kegunaan rakyat. Atas dasar itu, kerajaan negeri bersetuju meluluskan dana tambahan bagi memastikan pihak kontraktor dapat menyiapkan segera projek berkenaan dan seterusnya digunakan oleh rakyat.

Meskipun isu berhubung pintu dan tangga tidak dapat dibina di kawasan CP, kerajaan negeri tetap beranggapan bahawa projek ini siap sepenuhnya kerana isu tersebut bukan berpunca daripada pihak kerajaan mahupun kontraktor, tapi daripada pihak Center Point itu sendiri selaku pemilik premis. Untuk makluman semua, hanya Center Point yang tidak dapat diakses menerusi skybridge ketika ini. Malah diperingkat awal pelaksanaan projek ini, pihak pengurusan CP telah bersetuju untuk membina penghubung (pintu) antara CP dengan Skybridge, dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengurusan CP.

Projek yang gagal disiapkan oleh mantan kerajaan 26 bulan (Warisan Sabah) kini telah siap sepenuhnya di bawah pentadbiran GRS tanpa sebarang alasan. Isu tiada tangga dan pintu menghubungkan Skybridge dengan Center Point, bukan isu yang disengajakan dan ia di luar bidang kuasa kerajaan negeri dan kontraktor, apatah lagi melibatkan harta persendirian atau pihak swasta. Kerajaan telah menyiapkan prasarana untuk kemudahan, keselesaan dan keselamatan rakyat. Namun kerajaan negeri beranggapan bahawa, isu-isu luar jangka tidak seharusnya dijadikan alasan untuk membiarkan projek Skybridge ini terus tergendala. Terpulang kepada budi bicara pihak pengurusan Center Point untuk menyegerakan pembinaan pintu penghubung antara CP dengan Skybridge sepertimana komitmen terdahulu pihak pengurusan CP.


RUJUKAN

I Love Borneo: Lengkap Dengan Pendingin Hawa, Jejantas KK SkyBridge Bakal Jadi Tarikan Baru Sabah
https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/lengkap-dengan-pendingin-hawa-jejantas-kk-skybridge-bakal-jadi-tarikan-baru-sabah/

Borneo Today: Sky Bridge Akan Dibuka Selepas Aspek Perundangan Selesai – Mp Kota Kinabalu
https://www.borneotoday.net/sky-bridge-akan-dibuka-selepas-aspek-perundangan-selesai-mp-kota-kinabalu/

Utusan Borneo: Sky Bridge dibuka kepada umum pada 9 September
https://www.utusanborneo.com.my/2021/09/03/sky-bridge-dibuka-kepada-umum-pada-9-september

Bernama: Skybridge bernilai RM31.5 juta di Kota Kinabalu Dibuka Kepada Orang Ramai 9 September
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1999602

Musram: Isu Jejantas Kota Kinabalu
https://musramrakunman.blogspot.com/2021/09/isu-jejantas-kota-kinabalu.html?m=1

Borneo Post Online: Skybridge project not abandoned – contractor
https://www.theborneopost.com/2018/06/29/skybridge-project-not-abandoned-contractor/

Utusan Borneo Online: Menteri-menteri Sabah di Persekutuan perlu dapatkan dana secukupnya
https://www.utusanborneo.com.my/2020/07/15/menteri-menteri-sabah-di-persekutuan-perlu-dapatkan-dana-secukupnya

Borneo Today: Baki Kerja-Kerja Pembinaan Sky Bridge Tunggu Kelulusan Kabinet – Mp Kota Kinabalu
https://www.borneotoday.net/baki-kerja-kerja-pembinaan-sky-bridge-tunggu-kelulusan-kabinet-mp-kota-kinabalu/

Borneo Today: Hajiji Announces RM4.7 M Allocation To Get Skybridge In KK Completed
https://www.borneotoday.net/hajiji-announces-rm4-7-m-allocation-to-get-skybridge-in-kk-completed/
full-width

#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga