NORLIZA ALIP

Isu laluan Skybridge tidak ada pintu? Centre Point yang minta untuk buat sendiri (SIAP 6 Bulan)

Tular di media sosial berkenaan dengan isu Skybridge di Kota Kinabalu yang menghubungkan lima laluan utama iaitu laluan ke Oceanus Mall, Api-api Centre, Warisan Square, Asia City dan Centre Point Shopping Mall.

Apa yang menjadi tular adalah mengenai isu laluan Skybridge ke Centre Point Mall yang tidak ada pintu, dan ramai pihak cuba menggunakan isu ini untuk menyalahkan beberapa pihak khususnya pihak DBKK. Lebih menyedihkan lagi, jelas beberapa pihak juga menangguk di air keruh sehingga menggunakannya sebagai bahan politik untuk meraih populariti murahan.


Sebagai penjelasan, laluan Skybridge ke Centre Point ini sebenarnya memang ada perancangan namun terdapat persetujuan awal bahawa atas permintaan pihak Centre Point sendiri, mereka akan membuat pintu laluan ini dalam TEMPOH 6 BULAN SELEPAS PROJEK SKYBRIDGE INI SIAP. Oleh itu, tidak timbul isu “lupa buat tangga” dan sebagainya sebab laluan ini memang sudah ada dalam perancangan.

SKYBRIDGE KK

Ada beberapa sebab berkenaan perkara ini kerana Centre Point ingin membuat laluan yang sesuai dan penyusunan semula layout lot di dalam bangunan itu dan perkara ini sebaiknya dibuat setelah projek ini siap sepenuhnya bagi mengelak perkara yang lebih sulit berlaku dimasa hadapan.

Ada juga yang cuba memainkan sentimen bahawa Kerajaan Negeri menghabiskan berpuluh juta untuk menyiapkan projek ini. Mungkin mereka tidak tahu atau buat-buat tidak tahu bahawa kerajaan negeri hanya memperuntukkan sebanyak RM4.7 juta bagi menyiapkan projek yang sudah lama terbengkalai pada pemerintahan kerajaan sebelum ini. Kos projek yang terbengkalai sebelum ini adalah ditanggung oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) melalui perjanjian Dana mudahcara antara Kerajaan Malaysia, Bank Pembangunan Malaysia dan Sunsea Development Sdn Bhd.  

Pokoknya disini, projek ini adalah PROJEK TERBENGKALAI SEJAK 2017!


Projek ini bukan sahaja akan membantu dalam meningkatkan putaran ekonomi di kawasan ini, tetapi juga akan menjadi daya tarikan pelancongan serta laluan keselamatan buat bukan sahaja pejalan kaki (kita semua tahu banyak kemalangan jiwa membabitkan pejalan kaki di kawasan ini) tetapi juga keselesaan pengguna jalan raya.

Jadi kepada mereka-mereka yang masih tidak faham atau buat-buat tidak faham, nanti apabila siap pintu di laluan Centre Point ini boleh la ambil selfie banyak-banyak ya di situ. Untuk tatapan dan peringatan di masa hadapan, supaya lain kali siasat dulu sebelum buka mulut.

Nukilan
Mat Rambo si pejalan kaki
#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga