FHOAS


Kredit: FHOAS

PH bersama kluster kecewa sedang membawa naratif kerajaan Gagal.  Saya nak tanya juga.. Apa ukuran kerajaan Berjaya?  Apakah gagal itu kerana Gagal ikut kehendak mereka? 

PH terbukti gagal. 

Mereka gagal tunai menifesto. 
Mereka gagal turunkan harga minyak. 
Mereka gagal naikkan harga sawit,  getah dan taraf hidup rakyat. 
Mereka gagal apabila hanya rm30 diberi untuk rakyat. 
Paling penting. Mereka gagal mengurus parti gabungan mereka sendiri hingga perdana menteri letak jawatan.  PH memang gagal.. 

BN juga gagal. 
BN gagal bertahan sebagai kerajaan pusat. 
BN gagal kawal MP mereka lompat ke Bersatu. 

PN sedang mengurus kerajaan yang hadapi pandemik. Belum ada kerajaan di Malaysia yang ada pengalaman urus Pandemik.  Malah PH dari awal tersebar virus ini sudah membuat keputusan yang ternyata salah sehingga ada menteri PH yang bagi tau demam campak lebih bahaya dari Covid. 

Peringkat pertama kerajaan telah berjaya membendung pandemik ini.  Namun kerakusan kelompok PH dengan mendesak PRN Sabah di adakan menjadi detik awal berkembangnya kembali covid di Malaysia.  Ini fakta yang semua orang sedar. Cuma sesekali dilupa.  

Sekarang kerajaan sedang berdepan dengan serangan gelombang keempat yang lebih sukar dari Afrika dan India.  Ia berkebetulan di musim perayaan.  Kerajaan telah ada SOP untuk menghalang "serangan" ini.  Namun apa yang berlaku..? 

Cuba ingat balik kemarahan yang di "gelombangkan" oleh pembangkang dan MP kerajaan yang berhati pembangkang.  Mereka mendesak supaya di benarkan balik kampung. Malah pandangan mufti Wilayah dipersenda dan dimaki hamun oleh netizen.  Paling menarik gelombang kemarahan kepada mufti itu turut dicetuskan oleh bekas perdana menteri dengan sindiran.. "Haram"... 

Benar.. Memang benar.. Pembangkang mahu kerajaan Gagal.  Kalau kerajaan Menang dalam perangi Covid,  mereka akan gagal merampas kerajaan.  Itu yang mereka takut.  Saya berpendirian bahawa kegagalan sebahagian rakyat Malaysia mematuhi SOP yang dilaksanakan kerajaan adalah kerana "hasutan pembangkang" yang gagal. 

Merekalah pembela kepada pesalah SOP yang di denda.  Merekalah pendesak agar PKP di batalkan di saat kerajaan hampir berjaya mengekang pandemik hingga angka SATU.  Atas alasan rakyat perlu cari makan.  Apabila SOP dilonggarkan dan kes mula meningkat,  mereka lah yang melalak minta dibuat "total lockdown". 

Saya tahu kemarahan kerana hilang kuasa itu sangat menyakitkan.  Ada yang berangan dapat pencen menteri.  Ada yang berangan dapat jadi perdana menteri dan ada pula yang betcita cita untuk kembali jadi perdana menteri. 

Mereka bukan berbicara untuk rakyat.  Mereka berbicara untuk kepentingan peribadi dan kelompok mereka. Teringat kemarahan Mat Sabu dalam ucapan sulung kehilangan jawatan menteri..  "Haram Jadah"...

Sekarang masanya rakyat beri sokongan usaha kerajaan. Kalau diikut kelemahan,  ia pasti ada.  Namun kini masanya kita menampung kelemahan itu dengan menyokong.  Total lockdown sudah diistiharkan.  Bantuan untuk rakyat sedang diaturkan.  

Jangan lagi kita peduli kepada mereka yang kecewa ini.  Kita hadapi dengan bersatu hati. Andai kita mahu menang dan kembali normal seperti dulu. Biarkan pembangkang menjerit.. Gagal.. Gagal.. Kerana mereka Gagal menghasut rakyat.  Mereka yang gagal... Bukan kerajaan yang gagal.. 

18 SYAWWAL
IPOH PKPD.