grs

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukanlah kerajaan yang gilakan publisiti politik untuk setiap bantuan yang diumumkan, berbanding kerajaan terdahulu yang telah dihukum oleh rakyat pada PRN-16.

        Kerajaan GRS bukanlah sebuah kerajaan yang ibarat “Telur Sebiji, Riuh Sekampung”. Memberi sebakul pek makanan tapi dihebohkan seantero dunia. Ambil contoh terdekat, Kebakaran Kg. Tanjung Aru Lama. Bagaimana YB Warisan yang menghulur sebakul makanan dan tilam, pada masa yang sama menabur fitnah kononnya Kerajaan GRS tidak membantu rakyat. Lebih teruk dari itu, turut menabur fitnah kononnya Ketua Menteri dan Menteri Sabah hanya datang bergambar dan balik rumah makan besar, sepertimana yang terdapat dalam status FB YB Junz Wong.



        Hakikat sebenar, Kerajaan GRS telah memberi bantuan lebih dahulu menerusi agensi kerajaan Pusat dan Negeri. Malah Kerajaan GRS turut menghulur sumbangan (Wang Ehsan RM500, Bakul Makanan dan Peralatan Dapur – RM500 dan bahan binaan rumah – RM2,000).

        Kerajaan GRS adalah kerajaan Action Oriented dan bukannya kerajaan "No Action, Talk Only - NATO". Iaitu kurang bercakap soal politik mahupun memburukkan mana-mana pemimpin parti politik lain dan lebih fokus kepada gerak kerja di lapangan. Berbeza dengan Parti Warisan yang telah kehilangan mandat dan kepercayaan rakyat, saban hari pemimpin-pemimpin Warisan sibuk untuk mencari salah dan memburukkan kerajaan GRS berbanding fokus untuk bekerjasama dengan Kerajaan GRS untuk membantu rakyat terjejas dalam mendapani Pandemik Covid-19.

        Karekter Ketua Menteri Sabah (DS. Hj Hajiji Hj Noor) yang sederhana dan bukan One Man Show. Buktiknya, tugas pengurusan bencana negeri diagihkan kepada setiap YB Menteri GRS - Datuk Sri Bung Mokhtar Radin (Pengurusan Bencana), Ir Shahelmi Yahya (Pengurusan Bakul Makanan Covid-19), DSP Masidi Manjun (Kenyataan Media Covid-19).

        Selain itu, Datuk Seri Hajiji Hj. Noor bukanlah pemimpin yang suka berpolitik dan memburuk-burukkan mana-mana pemimpin parti politik. Maka tidak hairanlah jika kepimpinan beliau disenangi oleh semua parti komponen GRS dan parti lawan. Berbanding dengan Parti Warisan, ketika kempen PRN-16, Presiden Warisan (DS Shafie Apdal) secara terang-terangan memperkecilkan kemampuan DAP dan PKR dalam memastikan kemenangan WarisanPlus (Warisan, UPKO, PKR dan DAP) di kerusi DUN yang ditandingi pada PRN-16 yang lalu.

        Kerajaan GRS perlu restu KL untuk setiap keputusan? Itu hanya terpakai untuk kerajaan terdahulu dan bukannya kerajaan GRS. Seperti UMNO Sabah yang kini memiliki autonomi dalam hal ehwal pentadbiran parti, demikian juga yang berlaku dengan komponen GRS. Buktinya:

1. Dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Disember 2020) ketika Pembentangan Belanjawan Negeri 2021, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dengan tegas menyatakan bahawa, "tidak timbul isu kerajaan Sabah bergantung pada kerajaan Persekutuan dalam hal-hal tertentu kerana kerajaan Persekutuan juga milik rakyat Sabah".

2. Sabah mengekalkan status PKPB (mengekalkan SOP sedia ada) meskipun PM telah mengumumkan PKP di seluruh negara (12 Mei – 07 Jun 2021). Ini antara fakta jelas bahawa tidak semua keputusan yang diambil Kerajaan Pusat perlu diikuti dan diterima pakai sepenuhnya. Sabah ada cara dan acuan tersendiri dalam mentadbir negeri, dan ini berbeza ketika zaman Kerajaan Warisan yang membuat pusingan U-Turn daripada melaksanakan PKP dengan akur kepada keputusan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan PKPB. 

3. Terma negeri Sabah dan Sarawak ditukar dengan menggunakan Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak (8 April 2021). Penggunaan terma Wilayah Sabah ini dianggap sebagai pengiktirafan Kerajaan Persekutuan terhadap hak Sabah dalam MA63. Pengiktirafan ini adalah sebahagian langkah awal dalam usaha Kerajaan Pusat dalam menunaikan hak Sabah dalam MA63.

4. Bantuan komputer 10,000 unit telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Hajiji Hj Noor) dan menggunakan dana kerajaan negeri sepenuhnya tanpa perlu restu daripada Pusat, meskipun kerajaan pusat telah meluluskan agihan komputer riba sebanyak 150 ribu unit ke 500 sekolah perintis seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Ini adalah bukti keprihatinan Kerajaan GRS khususnya kepada calon SPM, STPM dan STAM yang bakal menduduki peperiksaan penting da menghadapi masalah pembelajaran secara PdPR. Untuk pengetahuan, Kerajaan GRS menjadi kerajaan negeri pertama yang mengumumkan bantuan seumpama ini dalam mengatasi masalah pelajar miskin dan pelajar di kawasan pedalaman dalam menempuhi pembelajaran secara PdPR.

5. Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kekal dengan pendirian agar semua perkara atau tuntutan seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia (MA63) dapat ditunaikan. Hasrat disuaran Ketua Menteri Sabah ketika siding video Bersama Perdana Menteri Malaysia (14 April 2021).

6. Peruntukan Bakul Makanan Covid-19 daripada kerajaan negeri untuk kawasan dikenakan PKPD (penerima tersenarai eKasih, warga emas dan OKU), diumum dan disalurkan menggunakan dana kerajaan negeri tanpa perlu mendapat restu Kerajaan Pusat. Sehingga 9 Jun 2021 seramai 516,806 penerima yang layak telah menerima bantuan. Peruntukan ini tidak hanya diumumkan ketika Pembentangan Bantuan Prihatin Covid-19 1.0, bahkan juga untuk Bantuan Prihatin Covid-19 2.0 dan 3.0. Berbanding ketika pemerintahan Parti Warisan, rakyat hanya diberi bantuan bakul makanan ketika pembentangan Pakej Bantuan Covid-19 Sabah (25.03.2020), makala untuk Pakej Bantuan Covid-19 "Sabah New Deal" (16.06.2020), TIDAK ADA sebarang bantuan diumum untuk rakyat.


Ini hanya sebahagian kecil usaha Kerajaan GRS dalam memelihara dan menjaga kebajikan rakyat mendepani pandemik Covid-19. Ia sekaligus membuktikan bahawa kerajaan yang dipilih pada PRN-16 lalu adalah kerajaan yang mendapat mandat rakyat dan juga kerajaan yang ada Autonomi sendiri. Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk berpolitik dan memburukkan mana-mana pemimpin politik. 

Ahli politik yang baik adalah ahli politik yang kurang bercakap dan lebihkan khidmat kepada rakyat.