YB. Ben Chong
Menjawab tuduhan liar YB bahawa Kerajaan GRS menghalang YB Warisan dan NGO menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dalam catatan YB di Facebook. 


Terdapat 2 isu yang cuba dimainkan di sini:
1. Tuduhan campurtangan politik yang menghalang kakitangan dan pegawai daerah dari terlibat dalam lawatan dan tinjauan lapangan banjir melibatkan NGO yang turut dihadiri YB Warisan. 

2. Perbezaan ideologi politik punca lawatan  NGO (Kudat Chinese Chamber) yang turut disertai Adun Warisan tidak dibenarkan.


Jawapan untuk tuduhan YB. Ben Chong:

1. Segala bentuk lawatan mahupun penyerahan bantuan melibatkan agensi kerajaan mahupun NGO adalah terikat dan tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan oleh NADMA dan perlu mendapat kebenaran PDRM.

2. Seharusnya sebelum melakukan sebarang program yang melibatkan lawatan dan tinjauan lapangan, YB Ben Chong seharusnya merujuk SOP yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasan Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) terlebih dahulu: 

3. Setiap pihak baik penerima mahupun pemberi sumbangan, adalah gologan yang berisiko untuk menyebarkan, menjangkiti atau dijangkiti Covid-19. Oleh itu perlu kepada pematuhan SOP tidak hanya untuk keselamatan mangsa terlibat bencana bahkan juga NGO dan ahli politik terlibat. 

🔶 SOP yang ditetapkan ini adalah terpakai untuk setiap individu tanpa mengira fahaman politik selaras dengan usaha kerajaan untuk mengekang penularan Covid-19. 

🔶 Untuk RENUNGAN BERSAMA sehingga 14 Januari 2021, negara terus merekodkan jumlah jangkitan covid tertinggi dengan 3337 kes (147,885 kes jangkitan keseluruhan) dengan negeri Sabah kekal sebagai negeri kedua tertinggi merekodkan kes jangkitan kumulatif 42,288 kes dan 295 kematian.

🔶 Tidak timbul isu perbazaan ideologi politik menghalang usaha murni NGO dan YB daripada berkhidmat kepada rakyat, namun apa yang perlu kini adalah, kerjasama daripada semua pihak dalam mengekang penularan Covid-19, dan ia hanya akan terlaksana jika semua pihak sedar dan faham akan peranan masing-masing. 


🔶 Janganlah hendaknya, KEPRIHATINAN dan KEENGGANAN YB dan NGO mematuhi SOP yang ditetapkan NADMA dan JPBP menjadi punca kepada penularan virus Covid-19. 

🔶 PRN-16 telah melabuhkan tirainya, apa yang perlu kini adalah untuk kita sama-sama tanpa mengira fahaman dan ideologi politik untuk mengembleng tenaga dan usaha bagi membantu rakyat yang terjejas.