Dipetik: MalaysiaKini2
KOTA KINABALU, SABAH – Sebagai rakyat Sabah kami berharap ada wakil rakyat Warisan yang bertindak berani untuk keluar parti dan kalau boleh mereka tubuhkan parti baharu atau jadi ADUN Bebas untuk tumbangkan Parti Warisan bagi menyelamatkan negeri Sabah daripada tangan “perompak” yang sedang merompak negeri Sabah secara terang-terangan.
“Isu rasuah pemberian projek ratusan juta kepada kroni Shafie dan Peter Anthony, bantuan gagal disalurkan kepada rakyat semasa PKP, pengangguran semakin meningkat, KDNK menurun, lantikan kroni dan keluarga ke dalam agensi kerajaan, lambakan PATI dan banyak lagi isu ketika ini amat jelas menghambat keseluruhan rakyat Sabah ketika ini dan seharusnya dihentikan segera,” demikian menurut kenyataan beberapa aktivis masyarakat yang enggan nama mereka disiarkan bagi mengulas isu senarai kontraktor yang diberikan projek pembaikan jalan tanpa ‘Tender’ yang tular baru-baru ini.
Senarai kontraktor kroni Shafie Apdal dan Peter Anthony yang diberikan projek bernilai ratusan juta ringgit oleh Shafie Apdal tanpa ‘Tender’ menurut sumber yang tular di media sosial Facebook dan sebaran WhatsApp
Berikut merupakan perincian lanjut foto SSM dan surat tawaran kerja tanpa ‘Tender’ bernilai ratusan juta ringgit, projek pembaikan jalan Syarikat kroni Shafie dan Peter Anthony;
Sumber: MK2 (SSM – Sinaran Mewah Sdn Bhd, SSM – A.K. Setia Bina Sdn Bhd, SSM – Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd, SSM – AK Kontraktor Sdn Bhd)
Sumber: Surat tawaran kerja tanpa ‘Tender’ untuk syarikat A.K. Setia Sdn Bhd
Menurut mereka lagi, sepanjang Shafie mengetuai pentadbiran negeri Sabah selama dua (2) tahun sejak 12 Mei 2018 yang lalu, tidak ada satu pun projek pembangunan berjaya dibangunkan di Sabah yang mampu memberikan manfaat secara langsung kepada seluruh rakyat Sabah dan ini jelas menunjukkan Shafie terlalu lemah dalam mentadbir negeri Sabah.
“Sebaliknya satu persatu kepincangan pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah telah berlaku dan terdedah.”
“CUBA BAYANGKAN KALAU SHAFIE DAN PARTI WARISAN MENTADBIR NEGERI UNTUK 3 TAHUN YANG MENDATANG SEMENTARA MENUNGGU PRU KE-15, APA AKAN JADI KEPADA NEGERI SABAH?, YANG JELAS RAKYAT SABAH AKAN RUGI DAN SEMAKIN MISKIN.”
“Kami cabar Shafie, pemimpin dan ahli-ahli Parti Warisan untuk senaraikan apa pembangunan yang telah berjaya dibangunkan oleh Shafie di Sabah melainkan projek pembangunan hasil peninggalan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdahulu.”
Shafie Apdal bersama beberapa orang pemimpin parti Warisan Sabah
“APA SUDAH JADI DENGAN PELABUR YANG KONONNYA AKAN DATANG KE SABAH MEMBAWA PELABURAN BERBILION-BILLION RINGGIT?, SHAFIE TURUT BERJANJI SERAMAI 3 RIBU RAKYAT SABAH AKAN MENDAPAT MANFAAT BEKERJA APABILA PELABUR TERSEBUT DATANG MELABUR KE SABAH.”
Shafie mengeluarkan kenyataan pada 28 Sept 2018, China akan melabur RM2 bilion di Sabah dengan menawarkan 3,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, nanum sehingga kini pelabur tersebut gagal melabur di Sabah…(Sumber foto dipetik daripada portal Malaysia Aktif)
“KENYATAAN PERTAMA MENGENAI PERKARA INI DINYATAKAN OLEH SHAFIE SENDIRI PADA 28 NOV 2018, SEKARANG SUDAH HAMPIR 2 TAHUN, MANA PELABUR YANG DIMAKUDKAN OLEH SHAFIE?
Lagi janji Shafie untuk membawa pelaburan bernilai RM20 billion ke Sabah, namun sehingga kini pelaburan tersebut telah gagal…(Sumber foto dipetik daripada Berita Harian Online)
“Ini adalah jelas satu bukti pembohongan besar yang telah dilakukan dari mulut seorang Ketua Menteri ‘pintu belakang’ yang sama sekali tidak boleh dimaafkan oleh rakyat Sabah,” tambah mereka lagi dengan nada yang marah.
Dalam pada itu, pemimpin PBS (Datuk Joniston Bangkuai) dan juga bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee turut sama mengecam kenyataan Shafie Apdal yang dilihat kerap membuat pusingan-U (U-turn) dalam membuat kenyataan dan sebagai seorang Ketua Menteri perkara ini tidak harus berlaku khususnya di dalam isu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah ketika ini.
Datuk Joniston Bangkuai
Yong dalam satu kenyataan berkata “keputusan tiba-tiba kerajaan negeri Sabah untuk membenarkan sebahagian besar perniagaan dibuka semula telah menimbulkan banyak kekeliruan.”
“TANGAN KANAN KERAJAAN SABAH SEPERTINYA TIDAK TAHU APA YANG DILAKUKAN OLEH TANGAN KIRINYA.”
Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee
Yong berkata lagi “jelas berlaku kekeliruan khususnya kepada peniaga kerana Shafie sebelum ini menyatakan perniagaan hanya akan dibuka semula pada 13 Mei walaupun terdapat arahan dari Putrajaya yang membolehkan kebanyakan perniagaan beroperasi pada 04 Mei, penangguhan ini dibuat kononnya menyelamatkan nyawa terlebih dahulu, sebaliknya selang berapa hari Shafie membuat kenyataan pusingan-U (U-turn).”
0 Comments