KRONOLOGI KRISIS POLITIK SABAH PASCA PRU-14

Senarai Parti Politik Bertanding PRU-14 Bagi Negeri Sabah
Kredit: JASA Sabah

PENDAHULUAN
Sabah adalah salah sebuah daripada 13 negeri di Malaysia yang mempunyai persekitaran politik yang unik. Sejak kembalinya Parti Bersatu Sabah (PBS) selaku parti pembangkang tempatan ke pangkuan Barisan Nasional (BN) pada Januari 2002, dominasi BN dalam empat (4) siri Pilihan Raya Umum (PRU) dari 2004 hingga 2008 jelas tidak tergugat. Namun prestasi BN Sabah selaku negeri yang disifatkan sebagai “Simpanan Tetap BN” (Haji Mohd Hamdan Haji Adnan & Mahat Jamal, 2014) pada PRU-13 telah merundum apabila BN tewas di tiga (3) Kerusi Parlimen (P.172 Kota Kinabalu, P.174 Penampang dan P.186 Sandakan) dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Pakatan Rakyat (PR) masing-masing di kerusi (N.04 Matunggong, N.07 Kadamaian, N.09 Tamparuli, N.13 Inanam, N.14 Likas, N.15 Api-api, N.16 Luyang, N.19 Kepayan, N.20 Moyog, N.25 Klias dan N.57 Sri Tanjong), serta satu (1) kerusi DUN kepada parti pembangkang tempatan State Reform Party (STAR) iaitu di kerusi DUN N.33 Bingkor. Meskipun “Tsunami Politik Bandar” berlaku di Semenanjung, namun ia tidak merebak ke negeri Sabah pada PRU-13 (Asmady Idris dan Suzalie Mohamad, 2014).

Namun demikian, kestabilan politik negeri dan dominasi BN di Sabah dilihat goyah sejak Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA) mengambil keputusan untuk meninggalkan United Malay National Organisation (UMNO) pada 4 Julai 2016 seterusnya menubuhkan Parti Warisan Sabah (PWS), diikuti oleh tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.52 Sulabayan (Dato’ Jaujan Sambakong) yang juga merupakan ahli UMNO seterusnya diikuti oleh penyertaan secara rasmi Ahli Parlimen pembangkang (YB Darell Leiking – Ahli Parlimen P.174 Penampang, YB Wong Hong Jun @ Junz Wong – N.14 Likas dan YB Terrance Siambun – N.20 Moyog). Rentetan persitiwa ini mendorong pengkaji untuk menghasilkan satu penulisan ilmiah untuk melihat sejauh mana dominasi BN di Sabah mampu dikekalkan khsusnya selepas PRU-14. (Sekadar pembuka kata kajian ilmiah yang tidak kesampaian).

KRONOLOGI KRISIS POLITIK SABAH PASCA PRU-14
Tujuan penghasilan artikel ini sebagai respon kepada situasi semasa politik negara yang bertukar tampuk kepimpinan daripada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kesan daripada Langkah Sheraton (Sheraton Move) yang berlaku di fasa awal negara mendepani pandemik Covid-19. Artikel ini juga akan dilanjutkan dengan lebih mendalam sebagai respon kepada situasi semasa landskap politik dibeberapa buah negeri kesan daripada Sheraton Move yang bertukar tampuk kepimpinan juga daripada PH kepada PN yang bermula di Johor (Februari 2020) [1], Melaka (Februari 2020) [2], Perak (Mac 2020) [3] dan Kedah (Mei 2020) [4].

Sabah juga digambarkan oleh sesetengah pihak bakal bertukar kepimpinan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Warisan. Namun, untuk melihat sama ada situasi di empat (4) buah negeri tersebut bakal berlaku di Sabah atau sebaliknya, terlebih dahulu adalah lebih baik untuk kita mengimbau kembali kronologi krisis politik negeri Sabah Pasca PRU-14 dalam memahami perlakuan sebenar pemain politik di Sabah.

Lima (5) negeri dijangka berlaku peralihan tampuk kepimpinan parti politik peringkat negeri termasuk Sabah

Kronologi Krisis Politik Sabah 2018

09 Mei 2018: Keputusan PRU14
Pembentukan kerajaan baharu negeri Sabah berhadapan situasi genting apabila Barisan Nasional – BN (UMNO, PBS, UPKO, PBRS, MCA, LDP, GERAKAN) dan Sementara gabungan pembangkang (PH) yang terdiri daripada Warisan (21 kerusi), PKR (2 kerusi) dan DAP (6 kerusi). Baki dua (2) kerusi lagi dimenangi oleh Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang diketuai Datuk Dr Jeffrey Kitingan masing-masing di DUN N32 Tambunan dan N33 Bingkor. Keputusan PRU-14 menyaksikan UMNO (17 kerusi), PBS (6 kerusi), UPKO (5 kerusi), manakala PBRS (1 kerusi)[5]. Situasi ini memberi gambaran awal bahawa Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dilihat sebagai parti “King Maker” yang akan menjadi penentu awal parti yang akan membentuk kerajaan negeri Sabah. [6]

10 Mei 2018
10.10 Pagi: Rombongan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba di pekarangan Istana Negeri, dipercayai bagi mengadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin. Mohd Shafie yang menaiki Toyota Land Cruiser berwarna hitam tiba pada jam 10.10 pagi namun tidak dibenarkan masuk ke laluan menuju ke istana oleh polis yang mengawal laluan terbabit diketuai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid. Kenderaan membawa Mohd Shafie bersama rombongannya kemudian berlegar-legar di sekitar laluan berkenaan, sebelum beredar. [7]

Kredit: Berita Harian

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO) terus kekal bersama Barisan Nasional (BN) selepas menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Kelima-lima Adun berkenaan termasuklah Adun N.47 Kuamut (Datuk Masiung Banah), Adun N.07 Kadamaian (Ewon Benedick),  Adun N.31 Paginatan (Datuk Abidin Madingkir),  Adun N.26 Kuala Penyu (Datuk Limus Jury) dan Adun N.38 Nabawan (Datuk Bobbey Suan). Masiung berkata, khabar angin yang mengatakan mereka menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) adalah tidak benar sama sekali. "Kami menafikan sekeras-kerasnya perkara ini walaupun Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Upko memutuskan untuk bergabung bersama Warisan. Kami ingin tegaskan di sini, perkara ini tidak pernah dirujuk pada Adun Upko”. [8]

MUSA (tengah) bersama barisan Adun-Adun Upko yang hadir pada sidang media itu
Kredit: Utusan Borneo

Satu pakatan baharu berasaskan parti tempatan Sabah tanpa sebarang ikatan dengan parti dari Semenanjung, dicadang diwujudkan bagi membentuk kerajaan negeri. Ia disuarakan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan selepas parti itu memenangi dua kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menerima kerjasama dengan semua 29 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN). "Kita membuat keputusan untuk bekerjasama dengan 29 Ahli ADUN BN Sabah untuk membentuk kerajaan. STAR bukan menyertai BN tetapi ia adalah kerjasama untuk menubuhkan kerajaan”. [9]

Kredit: Berita Harian

11.35 Pagi: Kehadiran Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Madius Tangau menemui Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dikediamannya di Bukit Padang [10], menimbulkan spekulasi parti komponen Barisan Nasional (BN) itu akan memihak kepada WARISAN. Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), UPKO menang lima kerusi DUN iaitu di N.31 Paginatan (Datuk Abidin Madingkir), N.07 Kadamaian (Ewon Benedick), N.38 Nabawan (Datuk Bobbey Ah Fang Suan),  N.26 Kuala Penyu (Datuk Limus Jury) dan N.47 Kuamut (Datuk Masiung Banah) [11].


Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau umum parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan akan mewujudkan kerajaan campuran dengan Parti Warisan Sabah. Menurut Wilfred Madius, lima Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) UPKO akan dipanggil ke Istana Negeri untuk menyatakan pendirian mereka. Mereka termasuk ADUN bagi kawasan Kuamut, Kuala Penyu, Kadamaian, Nabawan dan Panginatan. Keputusan itu dibuat sebulat suara majlis tertinggi parti itu. [11]
Kredit: Harian Metro

Parti Solidariti  Tanah Airku (Star) bergabung dengan BN untuk menubuhkan kerajaan negeri Sabah selepas mempunyai 31 Adun. Star memenangi dua Dun di N32 Tambunan menerusi presidennya Dr. Jeffery dan Robert Tawik (Dun N33 Bingkor) pada PRU14. [12]

Kredit: Sinar Harian

3.30 Petang: Musa meninggalkan Sri Gaya kira-kira jam 3.30 petang menuju ke Istana Negeri sebelum kembali ke Sri Gaya, kira-kira sejam kemudian. PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Istana Negeri (8.30 malam). Perkara itu dinyatakan Musa kepada media sejurus tiba di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di Kota Kinabalu, selepas menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin [13]“Kami memutuskan bekerjasama dengan 29 Adun BN untuk membentuk kerajaan negeri Sabah secara gabungan. Saya rasa ini perlu untuk kestabilan negeri ini dan kelancaran membentuk kerajaan negeri Sabah,” katanya. [13]

Kredit: Harian Metro

11.00 malam: Musa Aman masih Ketua Menteri Sabah yang sah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa  Aman telah mengangkat sumpah pada jam 11.05 malam, 10 Mei 2018 [14]. Musa, 67, yang menjadi Ketua Menteri sejak tahun 2003 menyempurnakan upacara angkat Sumpah itu pada jam 11.05 malam di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin [15].

Kredit: Astro Awani

11 Mei 2018
Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mengumumkan barisan kabinet terbaharu untuk negeri itu selepas mengangkat sumpah jawatan (10 Mei 2018). Musa berkata 10 pemimpin - Datuk Seri Masidi Manjun, Datuk Hajiji Noor, Sabah STAR's Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Bobbey Suan, Datuk Ellron Angin, Datuk Bolkiah Ismail, Datuk Jahid Jahim, Datuk Masiung Banah, Datuk Musbah Jamli dan Datuk Anita Baranting, dilantik sebagai menteri penuh. Masidi, Hajiji dan Jeffrey akan mengisi jawatan timbalan ketua menteri. [16]

11.30 Pagi: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan). Mereka adalah ADUN N60 Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho dan ADUN N59 Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat. [17]

 Kredit: Astro Awani

Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah semalam menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan). Empat (4) ADUN UMNO iaitu Datuk Abdul Muis Picho (N60 Sebatik), Datuk Hamisa Samat (N59 Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (N55 Balung) dan Jamawi Jaafar (N36 Kemabong). Dua (2) ADUN ialah dari Pertubuhan Pasokmmogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) iaitu Ewon Benedict (N07 Kadamaian) dan Datuk Abidin Madingkir (N31 Paginatan). [18]

Kredit: Utusan Borneo

Datuk Teo Chee Kang (Presiden LDP); Parti Liberal Demokratik (LDP) mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa serta-merta. Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tergempar LDP di Kota Kinabalu (11 Mei 2018). keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di mana rakyat telah menolak BN. LDP juga tewas di kesemua 5 kerusi ditandingi di Sabah iaitu di Parlimen P186 Sandakan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) N02 Tanjong Kapor, DUN N58 Merotai, DUN N44 Karamunting dan DUN N14 Likas. [19]

 Kredit: Astro Awani

Tan Sri Joseph Kurup (Presiden PBRS); PARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) hari ini mengikut jejak Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk menyertai Pakatan Harapan (PH). PBRS mempunyai satu kerusi Parlimen iaitu Pensiangan yang dipegang anak Kurup, Arthur dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipegang Datuk Ellron Alfred Angin [20]. Keputusan berkenaan dibuat kelmarin tetapi hanya dapat diumumkan hari ini (11 Mei 2018) selepas mendapat persetujuan Majlis Tertinggi parti itu malam tadi (10 Mei 2018). "Keputusan keluar BN dibuat kelmarin iaitu pada masa yang hampir sama ketika UPKO mengumumkan pendirian mereka, namun saya perlu berbincang terlebih dahulu dengan ahli Majlis Tertinggi”. [21]

12 Mei 2018
10.00 Pagi: Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dilaporkan sudah menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri. Musa bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sukarti Wakiman memasuki istana pada jam 10 pagi dan dilihat meninggalkan istana setengah jam kemudian. Difahamkan, pertemuan itu antara lain bertujuan memaklumkan keadaan situasi semasa kerajaan negeri diketuai Musa yang baru saja mengangkat sumpah (10 Mei 2018). [22]

KENDERAAN Tan Sri Musa Aman tiba di Istana Negeri untuk mengadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin
Kredit: Berita Harian 

2.30 Petang: Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet negeri selepas mengangkat sumpah jawatan, malam kelmarin. Difahamkan, mesyuarat yang diadakan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS). Antara yang kelihatan keluar dari Bilik Mesyuarat Kabinet negeri di tingkat 30 ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan,  Datuk Hajiji Noor, Datuk Masiung Banah (Menteri Belia dan Sukan negeri). Bagaimanapun, Musa terus meninggalkan bangunan PPNS dan hanya melambai kepada kepada media yang menunggu di ruang legar bangunan berkenaan. Ketika ditemui media, Dr Jeffrey berkata mesyuarat itu antara lain membincangkan usaha mengukuhkan pentadbiran menerusi penstrukturan beberapa kementerian. [23]

KETUA Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mempengerusikan Mesyuarat Kabinet pertama bersama anggota Kabinet yang baru dilantik malam kelmarin, di Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah di Likas, Kota Kinabalu. - Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah
Kredit: Berita Harian 

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (Presiden PBS), Parti Bersatu Sabah (PBS) mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk dan menerajui satu landasan baharu politik di negeri ini yang dinamakan Gabungan Bersatu. landasan itu menggunakan model PBS Plus STAR (Parti Solidariti Tanah Airku) yang akan disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti lain. "Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di peringkat Persekutuan dan negeri, jelas menunjukkan BN bukan lagi gabungan politik yang menguntungkan. Disebabkan itu, PBS membuat keputusan keluar daripada BN dan akan menerajui landasan politik baharu untuk semua parti yang sehaluan di Sabah". [24]
  • 16 Januari 2020: Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Parti Bersatu Sabah (PBS) yang keluar daripada Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018 menimbang kemungkinan untuk parti itu kembali ke pangkuan gabungan berkenaan. Perkara itu dinyatakan presidennya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili ketika berucap pada Himpunan Muafakat Rakyat Sabah anjuran BN (Sempena Kempen PRK P.176 Kimanis). “Sekarang PBS tidak lagi dalam BN tapi nanti dua tahun lagi (menjelang PRU-15) kita boleh runding balik dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi”. [25]
 Kredit: Berita Harian 

9.15 Malam: Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri. Mohd Shafie, 61, mengangkat sumpah jawatan itu pada jam 9.15 malam di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin. Upacara angkat sumpah turut dihadiri isteri Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) WARISAN serta PKR dan DAP, selain dipercayai enam ADUN Barisan Nasional (BN) yang menyertai parti itu. Turut hadir upacara itu ialah pegawai tinggi kerajaan negeri dan Persekutuan. Mohd Shafie mengangkat sumpah selepas parti pimpinannya bersama PKR dan DAP memiliki 35 daripada 60 kerusi DUN, sekaligus boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. [26] 

Kredit: Jabatan Penerangan

13 Mei 2018
Empat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menemui Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di kediamannya bagi menyatakan sokongan mereka kepada beliau dan kerajaan pimpinannya. Empat ADUN itu ialah Datuk Bolkiah Ismail (N03 Pitas) dan Datuk James Ratib (N39 Sugut) daripada UMNO, serta Datuk Masiung Banah (N47 Kuamut) dan Datuk Limus Jury (N26 Kuala Penyu) daripada UPKO. [27]

DATUK Bolkiah Ismail, Datuk Limus Juri, Datuk Masiung Banah dan Datuk James Ratib hadir di kediaman Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kota Kinabalu. - Foto Malai Rosmah Tuah
Kredit: Berita Harian

14 Mei 2018
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba untuk memulakan tugas rasmi di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) dengan diiringi kawalan keselamatan polis. Beliau yang tiba pada jam 10.45 pagi disambut Ahli Parlimen P185 Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman. [28]

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menyiasat Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Susulan siasatan itu, sepasukan pegawai SPRM dilaporkan menjalankan pemeriksaan di rumah Jeffrey yang turut dijadikan pejabatnya di Keningau pada jam 10 hingga 11 malam tadi. Difahamkan, siasatan dijalankan SPRM ada kaitan dengan kerjasama parti itu dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), baru-baru ini. [29]

16 Mei 2018
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut daripada Barisan Nasional (BN), Datuk James Ratib mengambil keputusan menyertai Pertubuhan Pasokmomogon Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO). James yang juga Ketua Bahagian UMNO Beluran menyerahkan borang keahlian UPKO kepada Pemangku Presiden Parti itu, Datuk Seri Madius Tangau di Penampang, pagi tadi. Keputusan itu sekali gus menyaksikan UPKO yang keluar daripada BN selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) minggu lalu dan menyokong pakatan Parti Warisan Sabah (WARISAN) bersama Pakatan Harapan (PH), kini mempunyai enam ADUN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). [30]

MADIUS (tengah) menerima borang keahlian menyertai UPKO daripada James (kanan). - Foto ihsan Facebook Madius Tangau
Kredit: Berita Harian

20 Mei 2018
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dilaporkan membuat laporan polis terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman. Juhar membuat laporan berkenaan dipercayai mempunyai hubung kait dengan istiadat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada malam 10 Mei yang lalu.

Musa sebelum ini mengangkat sumpah sebagai ketua menteri di hadapan Juhar pada 10 Mei lalu selepas memperoleh majoriti mudah. Bagaimanapun, Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilantik sebagai ketua menteri dan mengangkat sumpah di hadapan Juhar dua hari kemudian (12 Mei) selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada BN menyokong Warisan. Ekoran keengganan Musa meletak jawatan, Setiausaha Sulit kepada Yang Dipertua Sabah, Abinan Asli pada 14 Mei menyampaikan surat pemberitahuan kepada Musa bahawa beliau bukan lagi ketua menteri. Susulan itu, pada 17 Mei lalu, Musa telah memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Juhar dan Mohd Shafie memohon pengisytiharan bahawa beliau (Musa) kekal sebagai ketua menteri Sabah yang sah. [31]

4 Jun 2018
Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak kini menjalankan tugas sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, kata Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah mengambil alih tugas itu daripada bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman. [32]

18 Jun 2018
Lapan (8) petisyen pilihan raya difailkan Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan sekutunya, Pakatan Harapan (PH) bagi mencabar kemenangan Barisan Nasional (BN) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Setiausaha Agung WARISAN, Loretto S Padua, berkata pihaknya positif dapat mencabar keputusan PRU-14 bagi lapan kerusi ditandingi parti itu berdasarkan keyakinan berlaku amalan politik wang dan penipuan.

Beliau berkata, empat kerusi Parlimen membabitkan Parlimen P176 Kimanis (Datuk Seri Anifah Aman - BN-UMNO), P178 Sipitang (Yamani Hafez Musa - BN-UMNO), P184 Libaran (Datuk Zakaria Mohd Edris - BN-UMNO) dan P180 Keningau (Datuk Dr Jeffrey Kitingan - STAR). Bagi kerusi DUN pula, katanya, ia membabitkan DUN N42 Sungai Sibuga (Tan Sri Musa Aman - BN-UMNO), N37 Sook (Datuk Ellron Angin - BN-Parti Bersatu Rakyat Sabah), N29 Kundasang (Datuk Joachim Gunsalam - BN-Parti Bersatu Sabah) dan N11 Kiulu (Datuk Joniston Bangkuai - BN-Parti Bersatu Sabah). [33]

SETIAUSAHA Agung WARISAN, Loretto S Padua pada sidang media di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu
Kredit: Berita Harian

1 Ogos 2018
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N48 Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman mengumumkan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjadi ADUN Bebas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Dalam kenyataannya yang diedarkan kepada media, Saddi berkata, beliau mahu menjadi ADUN pembangkang bebas yang membina dan menjadi penimbang tara sesuai dengan suasana politik masa kini. Saddi yang bertanding atas tiket BN mempertahankan kerusi DUN Sukau dengan majoriti 1,628 undi selepas memperoleh 4,660 undi mengalahkan tiga calon lain dan perkembangan terbaru itu menjadikan wakil BN yang kini hanya diwakili ADUN UMNO dalam DUN Sabah berbaki 10 orang. Secara keseluruhan, kini ada 20 wakil rakyat pembangkang dalam DUN Sabah ketika ini termasuk enam daripada Parti Bersatu Sabah (PBS), dua daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) selain dua ADUN Bebas iaitu masing-masing satu bekas ahli Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang menyokong pembangkang. [34]

19 September 2018
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan keluar parti, kurang 24 jam selepas seorang lagi MT, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengambil tindakan sama. Keputusan dibuat selepas memberi pertimbangan mendalam serta atas kerelaan sendiri. [35]

20 Februari 2019: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menetapkan 1 Mac ini untuk sebutan petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen P176 Kimanis dan P178 Sipitang di Sabah yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 lalu. Hakim berpangkalan di Sibu, Datuk Lee Heng Cheong akan mendengar petisyen Kimanis, manakala Azhahari Kamal Ramli dari Mahkamah Tinggi Kuching, mendengar kes Sipitang. Panel 5 hakim diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk David Wong Dak Wah berkata, merit pilihan raya Kimanis perlu didengar kerana Karim mematuhi Peraturan-peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954. Satu lagi panel 5 hakim dipengerusikan Tan Sri Ahmad Maarop membenarkan perbicaraan bagi kerusi Sipitang yang difailkan Hayaty. Mahkamah turut membenarkan permohonan Hayaty untuk petisyen itu didengar hakim baru. [36]

Kredit: freemalaysiatoday


16 Ogos 2018: Kemenangan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Parlimen Kimanis adalah terbatal. Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Lee Heng Cheong pada hari ini, membuat keputusan berkenaan selepas pemeriksaan semula ke atas peti-peti undi mendapati terdapat unsur-unsur manipulasi termasuk penambahan kertas undi secara tidak sah yang melanggar undang-undang pilihan raya. Keputusan tersebut sekaligus memperlihatkan Anifah terpaksa mengosongkan kerusi Ahli Parlimen P176 Kimanis yang dimenanginya pada PRU14 lalu. Bagaimanapun pihak Anifah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. [37]

2 Disember 2019: Mahkamah Persekutuan Putrajaya semalam mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang mengisytiharkan kemenangan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Parlimen Kimanis ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai tidak sah dan terbatal. Perkembangan itu menyaksikan satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ke-10 yang bakal diadakan dalam tempoh pasca PRU14. Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat yang menyimpulkan tiada kekhilafan dalam penemuan fakta kes itu oleh hakim pilihan raya. [38]

18 Januari 2020: BARISAN Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini. Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin, 48, menang dengan majoriti 2,029 undi selepas memperoleh 12,706 undi, manakala pencabarnya Datuk Karim Bujang, 67, daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) meraih 10,677 undi. [39]

Calon PRK P.176 Kimanis (Mohamad Alamin) bersama-sama mantan calon P.176 Kimanis dan kepimpinan UMNO/BN Pusat
Kredit: Harian Metro

11 Oktober 2018
Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli umum keluar UMNO dan menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN). Beliau menyerahkan borang menyertai parti berpangkalan di Sabah itu kepada Timbalan Presiden WARISAN, Datuk Darell Leiking dalam satu majlis khas. Rozman yang menjadi Ahli Parlimen di pulau bebas cukai itu sejak tahun 2013 berkata, keputusan itu dibuat selepas berfikir panjang dan mendengar pandangan pelbagai pihak demi masa depan Labuan dan kesejahteraan rakyatnya.

Katanya, perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) memberi peluang untuk Labuan memperbaiki sistem pentadbiran peringkat struktur dan membolehkan ia keluar dari situasi di mana wilayah ini ditadbir dari jauh di Putrajaya dan kekuatannya sebagai sebahagian dari Pulau Borneo itu berkurang. [40]

24 November 2018
Ahli Dewan Undangan Negeri N47 Kuamut merangkap Naib Presiden Upko Datuk Masiung Banah mengumumkan perletakan jawatan beliau dan keluar dari parti untuk menjadi Adun Bebas mesra kerajaan. Dengan perletakan jawatan Masiung, Upko telah kehilangan dua wakil rakyat selepas Adun Nabawan Datuk Bobbey Suan memutuskan untuk terus bersama dengan barisan kepimpinan BN Sabah dan kini Gabungan Bersatu Sabah. [41]

Masiung (duduk dua dari kiri) dan Willy (tiga dari kanan) serta AJK Bahagian Upko Kinabatangan semasa mengumumkan perletakan jawatan dan keluar dari Upko di Hotel Promenade
Kredit: Sabah News Today


10 Disember 2018
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.48 Sukau (Datuk Saddi Abdul Rahman) mengumumkan menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN). Saddi yang sebelum ini menjadi ADUN Bebas selepas mengisytiharkan keluar UMNO pada Ogos lalu berkata, keputusan itu diambil selepas tertarik dengan visi WARISAN yang dipimpin Presidennya yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menggariskan dasar perjuangan untuk membela seluruh rakyat negeri ini. [42]

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman pada sidang media di sebuah hotel di Sandakan
Kredit: Bharian

18 Disember 2018 
Parti Warisan Sabah mendapat tambahan satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri menjadikan semuanya 29 dengan kemasukan Ahli Dewan Undangan Kuamut Datuk Masiung Banah hari ini. Masiung menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Setiausaha Agung Warisan Loretto Sipin Padua Jr dan disaksikan oleh Naib Presiden Datuk Peter Anthony di Dewan Masyarakat di sini. Masiung berkata bersama-sama beliau hari ini adalah 25 orang daripada 30 AJK bahagian Upko Kinabatangan, 30 orang daripada 30 AJK Wanita bahagian, 15 orang daripada 30 AJK Pemuda bahagian, 28 orang daripada 30 AJK Komulakan bahagian dan 94 daripada 100 cawangan Upko Kinabatangan. [42]

Loretto (dua dari kanan) menerima borang permohonan keahlian daripada Masiung (empat dari kanan) disaksikan oleh Peter (tiga dari kiri). Turut kelihatan Adun Kemabong Jamawi Jaafar (kanan)

Kredit: Sabah News Today


11 Disember 2018
Badan Perhubungan UMNO Sabah hari ini mengadakan mesyuarat tergempar dihadiri pemimpin tertingginya termasuk hampir sebahagian daripada 25 ketua bahagian serta pimpinan sayap, dipercayai membincangkan hala tuju parti itu. Spekulasi bertiup kencang di negeri ini menyatakan sebahagian pemimpin UMNO negeri akan meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. [43]

Empat ahli parlimen UMNO dari Sabah dilaporkan akan mengumumkan keluar parti. Empat wakil rakyat itu adalah Ahli Parlimen P.167 Kudat - Abd Rahim Bakri, Ahli Parlimen P.177 Beaufort - Azizah Mohd Dun, Ahli Parlimen P.184 Libaran - Datuk Zakaria Edris dan Ahli Parlimen P.183 Beluran - Datuk Seri Ronald Kiandee. Menurut laporan sebuah portal berita, daripada lima ahli parlimen UMNO di Sabah, cuma Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang tidak meninggalkan parti. [44]

3.00 Petang: Bekas Ketua UMNO Bahagian P185 Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya, mengumumkan keluar parti bersama 55 ketua cawangan. Samsudin yang tiga penggal menjadi Ketua Bahagian sebelum ditewaskan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi, Khairul Firdaus Akhbar Khan pada pemilihan lalu, mengumumkan keluar parti bersama Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Zantapha Jainal Abidin dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Batu Sapi, Hazulizah Md Dani. [45]

SAMSUDIN (tengah) mengumumkan keluar parti bersama 55 ketua cawangan di Sandakan
Kredit: Berita Harian


12 Disember 2018
1.00 Petang: Seramai 13 ahli UMNO dan pemimpin kanan di Sabah bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas hari ini kerana tidak yakin dengan hala tuju itu di negeri ini. Terdahulu, lima ahli Parlimen, sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), 21 ketua bahagian dan dua senator UMNO Sabah mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas berkuatkuasa hari ini.

Ahli Parlimen terlibat ialah Datuk Seri Ronald Kiandee (P183 Beluran), Yamani Hafez Musa (P178 Sipitang), Datuk Azizah Mohd Dun (P177 Beaufort), Datuk Zakaria Edris (P184 Libaran) dan Datuk Rahim Bakri (P167 Kudat). Sementara itu, selain Hajiji (N10 Sulaman), ADUN lain ialah Datuk Seri Masidi Manjun (N30 Karanaan), Datuk Japlin Akim (N08 Usukan), Datuk Musbah Jameh (N06 Tempasuk), Datuk Gulam Haidar Khan (N21 Kawang), Datuk Mohd Arifin Arif (N24 Membakut), Datuk Isnin Aliasnih (N25 Klias), Matbali Musah (N27 Lumadan) dan Datuk Nizam Titingan (N56 Apas). [46]

Datuk Hajiji Noor mengumumkan sebahagian besar wakil rakyat dan pemimpin Umno di Sabah meninggalkan parti di Kota Kinabalu, 12 Disember 2018
Kredit: ProjekMM

Bekas menteri komunikasi dan multimedia Salleh Said Keruak dan bekas speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia [47], adalah antara pemimpin Umno Sabah yang bertindak meninggalkan parti itu, petang tadi. Salleh adalah antara mereka yang lantang membela dan mempertahankan bekas perdana menteri Najib Razak sebelum BN dan Umno tumbang pada pilihan raya umum lalu. Najib melantik Salleh yang juga bekas ketua menteri Sabah, sebagai anggota kabinetnya pada tahun 2015. Terdahulu beliau dilantik sebagai senator. [48]

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, mengesahkan memohon untuk menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara dalam talian untuk pertimbangan kepemimpinan parti itu. Menerusi blognya, Salleh Said.com, beliau menjelaskan perkara itu susulan tersebarnya berita bahawa dia sudah menyertai PKR yang disiarkan di beberapa akhbar dalam talian [49]. Bekas menteri Umno Salleh Said Keruak disahkan menghantar permohonan untuk menyertai PKR. Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata permohonan itu dibuat secara dalam talian [50]. Permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menyertai PKR akan ditentukan dalam Mesyuarat Biro Politik PKR pada 18 Okt ini, demkian disahkan oleh setiausaha agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail [51].

Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum membuat keputusan berhubung permohonan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menyertai parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses permohonan berkenaan masih berjalan setakat ini. Malah menurutnya, proses permohonan berkenaan akan turut melibatkan pendapat di peringkat cabang dan negeri [52]. Pertubuhan Bumis Bersatu Sabah (USBO) menyatakan sokongan penuh kepada kepemimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri selepas ini. Perkara itu dinyatakan Presiden USBO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Penasihat USBO, Datuk Seri Salleh Said Keruak, pada sambutan Hari Kemerdekaan Sabah melalui Penubuhan Malaysia anjuran pertubuhan itu di sini (16 September 2019) [53]

Kredit: Sabahkini2

19 Disember 2018
Datuk Lajim Ukin (Presiden Harapan Rakyat); Usul untuk meminta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengembangkan sayap ke Sabah yang diputuskan persidangan tahunan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) baru-baru ini tetap diteruskan. walaupun BERSATU menyatakan tidak akan ke Sabah seperti dijelaskan Perdana Menteri yang juga Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, ia tidak menghalang sesiapa saja untuk menjadi ahli. Usul itu dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan parti dan kita tetap dengan pendirian untuk meminta supaya BERSATU ke Sabah suatu hari nanti. Walaupun sekarang ia tidak ke Sabah, namun Dr Mahathir tidak menghalang jika kita mahu menjadi ahli. [54]

20 Disember 2018: Loretto S Padua (Setiausaha Agung WARISAN); Parti Warisan Sabah (WARISAN) menyifatkan tindakan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) mahu meneruskan usul supaya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) melebarkan sayap ke Sabah sebagai tidak berprinsip. Presiden Harapan Rakyat, Datuk Lajim Ukin pernah menyertai PKR sebelum keluar dan menubuhkan Harapan Rakyat kerana kononnya tidak mahu dikongkong parti dari Semenanjung. Selepas gagal memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Lajim mengubah pendirian mahu BERSATU yang berpusat di Semenanjung mengembangkan sayap ke Sabah. “Kita dapat lihat dia (Lajim) tidak konsisten, dulu kata tidak mahu parti dari Semenanjung tetapi sekarang mahu bawa masuk BERSATU pula walaupun Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah menjelaskan parti itu tidak akan ke Sabah. Bagi saya, cukuplah... (dulu) dia melompat (ke UMNO) hingga kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) jatuh”. [55]

02 Februari 2019: Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi PPBM); Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mula bertapak di Sabah tidak lama lagi. Parti itu akan dianggotai mereka yang bukan ahli parti kerajaan. Malah katanya, keahlian Bersatu di Sabah tidak terhad kepada bekas ahli UMNO sahaja. “Kita sudah bincang satu perkara sahaja dalam mesyuarat iaitu sama ada kita akan masuk ke Sabah atau tidak. Keadaan sekarang ialah semua tiga parti PH sudah berada lama di Sabah dan mereka mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Bersatu tidak ada di sana sebab kita serah peranan itu kepada Datuk Seri Shafie Apdal yang telah menubuhkan parti Warisan”[56]

15 Februari 2019: Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi PPBM); bersetuju untuk menubuhkan cawangannya di Sabah bagi membolehkan bekas anggota UMNO Sabah menyertainya. Keputusan itu dibuat selepas anggota UMNO Sabah yang bertindak keluar parti tidak mahu menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) yang merupakan sekutu Pakatan Harapan (PH). “Mereka ini tidak memilih untuk menyertai Warisan… dan mahu menyertai Bersatu. Bagaimanapun tapisan ketat akan dikenakan untuk mereka yang akan menyertai Bersatu. Tiga syarat yang kita letak ialah mereka mesti keluar UMNO, menjadi (wakil rakyat) Bebas untuk sekian lama dan barulah kita sedia untuk terima tetapi dengan pemilihan yang ketat, bukan secara berkumpulan tetapi individu”. [57]

18 Februari 2019: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Presiden Warisan); berkata mereka tidak boleh menghalang Bersatu jika parti itu benar-benar berhasrat melebarkan sayap ke negeri itu. "Berkenaan kemasukan Bersatu ke Sabah, kita tak boleh halang mereka, atau mana-mana parti (yang mahu berbuat demikian). Undang-undang kita membolehkan penubuhan parti baru".  Justeru, beliau menggesa para penyokong Warisan agar tidak melihat perkara itu secara emosi dan tetap memberi tumpuan dalam usaha membangunkan Sabah. [58]

05 April 2019: Datuk Lajim Ukin (Presiden Harapan Rakyat); Seramai 36,744 bekas ahli Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas pembubaran secara rasmi Harapan diberkuatkuasa hari ini. Harapan yang dipimpin Datuk Lajim Ukin sebelum ini mempunyai kira-kira 64,000 keahlian seluruh Sabah sejak ditubuhkan tiga tahun lalu. Meskipun hanya mampu bertahan selama tiga tahun, Lajim berbangga dengan komitmen dan kerjasama padu ahli dan penyokong parti itu yang turut menjadi penyumbang kepada kejatuhan Barisan Nasional dan Umno dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu. Lajim berkata penyerahan borang keahlian untuk menyertai Bersatu akan diserahkan kepada Perdana Menteri merangkap Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamed sempena pelancaran parti itu di Sabah esok. “Saya rasa tidak ada masalah kerana kita janji dengan Tun bahawa kemasukan kita ini adalah untuk penyatuan di kalangan pemimpin-pemimpin bumiputera khususnya di Sabah, jadi saya percaya ini satu platform yang dapat menghindarkan daripada perbalahan sesama kita”. [59]

24 Februari 2019
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Datuk Osman Jamal yang masih tidak mengetahui status permohonan keahlian beliau dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah meninggalkan Umno. Keahlian saya ke dalam PKR baharu diterima secara rasmi semasa mesyuarat PKR Pusat pada 24 Februari 2019. Selama sembilan bulan saya berada dalam keadaan serba salah kerana saya mahu majukan Balung. [60]

6 Mac 2019
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tandek dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Anita Baranting  menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk meneruskan khidmatnya membantu kerajaan dan rakyat yang diwakilinya. Beliau merupakan wakil rakyat pertama dari PBS meninggalkan parti itu yang menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Warisan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal merangkap Ketua Menteri Sabah, di bangunan Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) hari ini. Anita yang juga bekas ketua Wanita PBS membawa kira-kira 50 rakan dari Kota Marudu yang terdiri daripada pemimpin masyarakat, termasuk pemimpin parti Umno, Gerakan dan MCA. [61]

Kredit: Utusan Borneo

16 Disember 2018
Kira-kira 15,000 anggota Barisan Nasional (BN) Bahagian Silam di sini, menyerahkan borang pendaftaran menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan). Penyerahan borang kepada Setiausaha Agung Warisan, Loretto S Padua Jr itu diketuai mantan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Mohd Yusof Apdal dan disaksikan Ketua Wira Warisan Datuk Azis Jamman. [62]

Setiausaha Agung Parti Warisan, Loretto Padua Jr (dua, kanan) menerima borang kemasukan keahlian parti warisan daripada Bekas Adun Lahad Datu yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Datuk Mohammad Yusof Apdal (dua, kiri) pada majlis penyerahan borang keahlian Parti Warisan Sabah, hari ini.Turut hadir Bendahari Agung Parti Warisan Terrence Siambun (kiri) dan Ketua Wira Parti Warisan merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman (kanan). Gambar Bernama
Kredit: Sabah News Today

Kronologi Krisis Politik Sabah 2019

15 Februari 2019
Lima Ahli Parlimen dan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah yang keluar UMNO pada akhir tahun lalu sudah menyerahkan borang permohonan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor, berkata hasrat menyertai parti itu menjadi semakin cerah dengan pengumuman Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir, mengenai kemasukan parti berkenaan ke Sabah. Katanya, ketika ini kira-kira 100,000 ahli UMNO termasuk wakil rakyat dan bekas Ketua Bahagian UMNO dari seluruh negeri sudah mengisi borang untuk menyertai BERSATU. [63]

4 Mac 2019
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N55 Balung, Datuk Osman Jamal yang keluar UMNO pada Mei 2018 mengumumkan menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN) 4 Mac 2019. “Osman telah menyatakan hasratnya untuk menyertai WARISAN ketika majlis angkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Istana Negeri pada Mei, hampir setahun lalu”. Kerajaan Sabah yang diterajui WARISAN bersama PKR, DAP dan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) kini mempunyai 46 kerusi DUN termasuk ADUN Lantikan. [64]

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (dua dari kanan) menerima borang keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Osman Jamal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di Kota Kinabalu
Kredit: Berita Harian

5 April 2019
Azhar Harun (Pengerusi SPR); Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 11 Mei ini sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil P186 Sandakan. Tarikh-tarikh penting yang lain ialah 27 April sebagai tarikh penamaan calon dan 7 Mei sebagai tarikh mengundi awal. “SPR telah terima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Arif Md Yusof pada 29 Mac berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P.186 Sandakan, berikutan kemaitan penyandangnya mendiang Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh pada 28 Mac 2019”. [65]

Stephen Wong kelihatan ceria mendaki Bukit Tambaig bersama para jemputan lain pagi tadi. Gambar SNT/Ihsan Benjamin Lo 
Kredit: Sabah News Today

3 Mei 2019: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah dipercayai akan menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN) bersama penyokongnya, hari ini. Menurut sumber, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat itu akan menyerahkan borang kemasukan parti WARISAN kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu majlis di sini. Tan menjadi wakil rakyat N46 Tanjong Papat selama 24 tahun sebelum tewas kepada DAP pada pilihan raya umum tahun lalu. Pada pilihan raya tahun lepas, beliau tewas di kerusi yang dipegangnya selama lebih 2 dekad kepada Frankie Poon dari DAP dalam pertarungan 3 penjuru, yang juga termasuk aktivis, Jufazli Shi Ahmad. Walaupun kalah, Tan masih memperoleh 4,002 undi dari 10,549, menunjukkan beliau masih mendapat sokongan dalam kalangan rakyat di Tanjong Papat yang berada bawah Parlimen Sandakan. [66]

 Kredit: Free Malaysia Today

11 Mei 2019: Calon DAP, Vivian Wong Shir Yee, menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan dengan majoriti 11, 521 selepas memperoleh 16,012 undi bagi menewaskan calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin (4,491 undi). Pertandingan lima penjuru itu turut menyaksikan tiga calon Bebas iaitu bekas pengasas Parti Amanah Negara (AMANAH) Sabah, Hamzah Abdullah mendapat 788 undi; bekas pegawai tadbir Pusat Khidmat Parlimen Sandakan, Sulaiman Abdul Samat (126 undi) dan ahli perniagaan, Chia Siew Yung (178 undi), sekali gus hilang wang pertaruhan.

PRK Parlimen Sandakan adalah PRK kelapan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), Parlimen Port Dickson (13 Oktober), Parlimen Cameron Highlands (26 Januari), DUN Semenyih (2 Mac) dan DUN Rantau (13 April). [67]

Kredit: Berita Harian

14 Julai 2019
Bekas Ketua UMNO Bahagian P175 Papar Datuk Rahim Ismail dan Bekas Ketua UMNO Bahagian Keningau Datuk Sairin Karno hari ini mengumumkan keluar dari Parti Bersatu dan memohon untuk menyertai semula UMNO [68]. Beliau keluar dari PPBM beserta dengan pengikut-pengikutnya AJK Bahagian serta 5 Cawangan yang lain. Di samping itu, Datuk Sairin Sarno P180 Keningau juga mengikut jejak langkah yang sama meninggalkan PPBM Sabah untuk bersama perjuangan UMNO [69].

15 Julai 2019: Datuk Abdul Rahman Dahlan (Ahli Majlis Tertinggi Umno); menjangkakan lebih ramai mantan ahli Umno Sabah akan meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kembali selepas melihat perubahan dalam Umno Sabah sekarang. “Berita kepulangan Datuk Abdul Rahim Ismail, mantan Ketua Umno Bahagian Papar, ke pangkuan Umno Sabah amat dialu-alukan. Tahniah kepada Datuk Abdul Rahim kerana membuat keputusan nekad dan tepat untuk bersama kembali dengan Umno Sabah dalam perjuangannya”. [70]

17 Mei 2020: Khairul Firdaus Akhbar - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah; Menafikan dakwaan mengenai beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah daripada BERSATU akan kembali kepada UMNO. khabar angin itu dicipta oleh mereka yang tidak suka dengan kehadiran BERSATU di Sabah dan berniat untuk melaga-lagakan parti gabungan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN). Semua Ahli Parlimen dan ADUN Sabah berdiri teguh dibawah kepemimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah. [71]

17 Mei 2020: Datuk Seri Bung Moktar Radin (Pengerusi Perhubungan Umno Sabah); UMNO Sabah tiada sebarang halangan dan sentiasa membuka pintu kepada mana-mana bekas ahli atau anggota parti lain untuk menyertai parti berkenaan. Bung mengesahkan pihaknya tidak mendengar sebarang khabar mengenai lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah yang berhasrat untuk kembali kepada Umno. "Sekiranya perkara itu benar sekalipun, mereka yang berhasrat untuk menyertai Umno semula perlu melalui prosedur dan proses biasa kerana Umno bukan hanya sebuah parti semata-mata. Umno adalah sebuah perjuangan dan kita mempunyai peraturan yang sudah ditetapkan. Kita bukan seumpama sebuah bilik hotel di mana sesiapa boleh 'check in' dan 'check out' sesuka hati”. [72]

27 September 2019
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N40 Labuk daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) Abdul Rahman Kongkawang mengumumkan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan). Abdul Rahman yang juga Naib Presiden PBS menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Warisan merangkap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Pada Pilihan Raya Umum ke-14, beliau yang sebelum itu merupakan Pegawai Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri Labuk pertama kali bertanding mewakili PBS menggantikan penyandang kerusi itu Datuk Michael Asang. Beliau menang dengan majoriti 2,600 undi selepas menewaskan calon lain iaitu Ramsah Tasim daripada Warisan, Rainus Awang (Parti Soladariti Tanah Airku) dan James Miki (Parti Cinta Sabah). [73]

Kredit: Astro Awani

Kesimpulan
Dominasi dan kekukuhan UMNO selaku parti dominan Barisan Nasional (BN) di Sabah akhirnya berakhir pada PRU14 (2018). Pilihanraya yang merekodkan penyertaan 21 parti politik Semenanjung dan Sabah dan merupakan penglibatan parti politik terbanyak dalam sejarah PRU di Sabah. Seramai 346 orang calon bertanding dengan 94 orang calon bertanding bagi kerusi Parlimen dan  252 orang calon bertanding merebut kerusi DUN Sabah. 


Kredit: JASA Sabah (Senarai Parti Politik PRU-14 Sabah)

Senario politik Sabah Pasca PRU14 lebih berlegar kepada tiga (3) aspek utama iaitu cita-cita politik, dendam dan kelangsungan politik. Kesemua elemen ini mempengaruhi keutuhan Parti Warisan yang menjadi tunjang kepada kekukuhan pentadbiran PH di Sabah yang mungkin menjadi faktor survival Pakatan ini sehingga PRU-15. Ulasan lanjut dalam artikel akan datang.

Rujukan
[1] Kerajaan Johor bertukar kepimpinan 28 Adun sokong gabungan baharu;

[2] PH Tumbang, Kerajaan Negeri Melaka Sah Bertukar Tangan;

[3] MB sokong PN, PH tumbang di Perak;

[4] Mukhriz letak jawatan MB Kedah kali ke-2;

[5] Kerajaan Sabah tergantung;

[6] DUN Sabah tergantung, STAR 'kingmaker';

[7] Shafie tak dibenarkan masuk Istana Negeri;

[8] Adun Upko kekal bersama BN;

[9] Jeffrey tawar formula baharu untuk Sabah;

[10] Madius Tangau jumpa Shafie Apdal [METROTV]

[11] Perbincangan Shafie, pemimpin UPKO cetus spekulasi
[12] STAR bergabung dengan BN bentuk Kerajaan Negeri Sabah;

[13] Musa Aman angkat sumpah malam ini;
[14] 72 jam selepas PRU14, 'drama' di Sabah belum berakhir!;

[15] Musa angkat sumpah Ketua Menteri Sabah;

[16] Musa Aman umum barisan Kabinet baharu Sabah;

[17] Dua ADUN BN jumpa Mohd Shafie secara tertutup;

[18] Enam ADUN BN sertai Warisan bentuk kerajaan Sabah;

[19] Parti LDP keluar Barisan Nasional serta-merta;

[20] PBRS parti ketiga keluar BN, sertai PH;

[21] PBRS pula umum keluar BN;

[22] Musa menghadap Yang di-Pertua Negeri;

[23] Musa mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet Sabah;
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/424721/musa-mempengerusikan-mesyuarat-pertama-kabinet-sabah

[24] PBS keluar BN, bentuk Gabungan Bersatu;

[25] PBS mungkin rujuk kembali bersama BN;

[26] Shafie Apdal angkat sumpah Ketua Menteri;

[27] 4 lagi ADUN BN sokong Shafie;

[28] Shafie mula tugas rasmi KM Sabah;

[29] SPRM siasat Jeffrey Kitingan;

[30] ADUN Sugut dari BN sertai UPKO;
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/426583/adun-sugut-dari-bn-sertai-upko

[31] Tun Juhar buat laporan polis terhadap Musa Aman;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-juhar-buat-laporan-polis-terhadap-musa-aman-175963

[32] Salleh Said Keruak jalan tugas Pengerusi UMNO Sabah;

[33] WARISAN, PH fail 9 petisyen cabar kemenangan BN, STAR;

[34] ADUN Sukau keluar UMNO, BN;

[35]Anifah Aman pula keluar UMNO;

[36] Petisyen cabar kemenangan BN di Kimanis, Sipitang didengar Mahkamah Tinggi;
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/02/20/petisyen-cabar-kemenangan-bn-di-kimanis-sipitang-didengar-mahkamah-tinggi/

[37] Kemenangan Anifah Aman pada PRU14 tidak sah - Mahkamah Pilihan Raya;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kemenangan-anifah-aman-pada-pru14-tidak-sah-mahkamah-pilihan-raya-215129

[38] Mahkamah Persekutuan kekal keputusan batal kemenangan Anifah;
https://www.sinarharian.com.my/article/60037/BERITA/Mahkamah/Mahkamah-Persekutuan-kekal-keputusan-batal-kemenangan-Anifah

[39] BN menang majoriti 2,029 undi [METROTV];
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/536425/bn-menang-majoriti-2029-undi-metrotv

[40] Ahli Parlimen Labuan keluar UMNO, sertai WARISAN;
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/10/484560/ahli-parlimen-labuan-keluar-umno-sertai-warisan

[41] Masiung Keluar Upko, Isytihar Menjadi Adun Bebas Mesra Kerajaan;
[42] Adun Kuamut Datuk Masiung Banah Sertai Warisan;

[43] Pemimpin UMNO Sabah sertai BERSATU?;

[44] 4 Ahli Parlimen UMNO dari Sabah dijangka keluar parti;

[45] Bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi umum keluar parti;
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/12/508008/bekas-ketua-umno-bahagian-batu-sapi-umum-keluar-parti

[46] 13 wakil rakyat UMNO Sabah, termasuk pengerusi negeri keluar parti;

[47] Selepas tumbang di Sabah, Umno berdepan gelombang kedua keluar parti;

[48] Salleh Keruak, Pandikar antara yang tinggalkan Umno;

[49] Salleh Said Keruak mohon jadi ahli PKR;

[50] Salleh Keruak sah mohon sertai PKR;

[51] 18 Oktober penentu permohonan Salleh Said Keruak ke PKR;

[52] PKR belum buat keputusan permohonan Salleh Keruak: Anwar;

[54] Usul bawa BERSATU ke Sabah diteruskan;

[55] Teruskan usul bawa masuk BERSATU ke Sabah tidak berprinsip – WARISAN;

[56] Selepas Sarawak, Bersatu akan bertapak di Sabah;

[58] Shafie: Warisan tak boleh halang Bersatu masuk Sabah;

[59] Harapan Bubar, 36,744 Bekas Ahli Sertai Bersatu;

[60] Sudah Terlewat Buat Pkr: Osman Jamal

[61] Anita, wakil rakyat pertama PBS sertai Warisan;

[62] Mantan Adun Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal Ketuai 15,000 Anggota Bn Sertai Warisan;

[63] 5 Ahli Parlimen, 8 ADUN dari Sabah serah borang BERSATU;

[64] ADUN Balung sertai WARISAN

[65] 11 Mei tarikh pengundian PRK Sandakan - Pengerusi SPR;

No comments:

Post a Comment