Kemaskini sehingga 20 April 2020


Gelombang Pertama Jangkitan Wabak Covid-19

Sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini, gelombang pertama jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia yang merangkumi 22 kes positif COVID-19 (iaitu kes pertama sehingga kes ke-22) dan telah sihat dan discaj. Kes terakhir yang dilaporkan adalah kes-22 iaitu wanita warganegara USA dan berusia 83 tahun. Beliau dimasukkan ke dalam Wad Hospital Sungai Buloh pada 16 Februari 2020 dan dilaporkan sembuh dan discaj pada 27 Februari 2020.

Sumber: KPKesihatan


Gelombang Kedua Jangkitan Wabak Covid-19


Setelah 11 hari tiada kes baharu dilaporkan, gelombang kedua bermula pada 27 Februari 2020. Bagi gelombang kedua sehingga 4 Mac 2020, terdapat sebanyak 28 kes positif COVID-19 (iaitu kes ke-23 sehingga kes ke-50) yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 50 kes. [1]

Terdapat percanggahan pendapat yang tular dimedia sosial berkenaan punca sebenar penularan jangkitan Covid-19 gelombang kedua. Pada awalnya, terdapat dua (2) individu yang dituduh sebagai punca tercetusnya gelombang kedua Covid-19 di Malaysia, meskipun punca sebenar tidak diumumkan. Dua (2) individu yang ditular sebagai antara pencetus gelombang kedua jangkitan wabak Covid-19 datangnya dari kes ke-26 dan kes ke-136.

Kewujudan jangkitan wabak Covid-19 dari Kluster Tabligh (program keagamaan di masjid di Sri Petaling) hanya mula dilaporkan setelah KKM menerima maklumat daripada International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei yang memaklumkan IHR FP Malaysia mengenai kes yang disahkan COVID-19 dikesan di negara itu. Kes tersebut dilaporkan mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor pada 27 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020.

Kes ke-26
Kes ke-26 adalah Pengerusi UDA Holdings Berhad iaitu Datuk Hisham Hamdan. Beliau mengakui pernah menghadiri persidangan di Shanghai pada 13 hingga 17 Januari 2020, namun hanya mempunyai gejala jangkitan COVID-19 selepas enam minggu pulang ke tanah air. Beliau menafikan dirinya sebagai ‘sumber utama’ penyebaran gelombang kedua dan yakin kemungkinan beliau mendapat jangkitan ketika mengunjungi Shanghai kerana kes pertama yang dicatatkan di Shanghai adalah pada 20 Januari dan pada tempoh beberapa hari sebelum itu beliau di sana untuk menghadiri persidangan. [2]



Sumber: KPKesihatan & Bharian

Kes ke-136
Pemuda berusia 26 tahun yang pulang dari Korea pada 22 Februari sebelum menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling pada 27 Februari 2020 tanpa kuarantin diri selama 14 hari sepertimana yang sepatutnya. Beliau yang juga merupakan agen pelancongan ke Korea dan pelajar yang mengambil kelas bahasa Korea, tampil membela diri melalui akaun Twitter milik beliau (@wanakasha01[3] namun menerima kecaman teruk di laman sosial. [4]



Sumber: Twitter @wanakasha01

Pecahan kluster terbesar wabak Covid-19 hanya diumumkan secara rasmi oleh KKM pada 7 April 2020 menerusi Twitter rasmi KKMPutrajaya. Empat kluster tersebut termasuklah; [5]
  1. Kluster Perhimpunan keagamaan di Masjid Sri Petaling (Kluster Tabligh: 27 Februari - 1 Mac 2020)
  2. Kluster Persidangan Keagamaan di Kuching (Good News Fellowship, Kuching Sarawak: 26 - 28 Februari 2020)
  3. Majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi, Selangor (6 - 7 Mac 2020) [6]
  4. Individu dengan sejarah perjalanan ke Itali (Kuching, Sarawak)
  5. Subkluster Seri Petaling di Daerah Rembau
  6. Kluster Person Under Investigation (PUI) Bali di Kuantan (13 April 2020) [7]
  7. Kluster Flat Kampung Baru (11.04.2020) [8]
  8. Kluster Sendayan, Negeri Sembilan (15.04.2020) [9]


1. Kluster Tabligh (Program keagamaan di masjid di Sri Petaling dari 27 Februari - 1 Mac 2020)

Kluster Perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling Selangor (Kluster Tabligh) hanya dikenalpasti dan diumumkan oleh KKM pada 11 Mac 2020 iaitu 10 hari selepas program berkenaan berakhir dengan jumlah kumulatif Covid-19 mencecah 149 kes. Ia susulan laporan yang diterima oleh International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei yang telah memaklumkan IHR FP Malaysia mengenai kes yang disahkan COVID-19 dikesan di negara berkenaan. Kes jangkitan Covid-19 di negara itu dilaporkan mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor pada 27 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020. [1]

Sehingga 18 Mac 2020 iaitu semasa pelaksanaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sepenuhnya, jumlah kes positif Covid-19 membabitkan Kluster Tabligh adalah sebanyak 513 kes  iaitu 433 kes pada 17 Mac 2020 dan tambahan 80 kes baru pada 18 Mac 2020.

covid-19
Kredit: KPKesihatan

KKM mengenal pasti jangkitan wabak Covid-19 dalam kalangan jemaah tabligh kini memasuki generasi kelima. Generasi tersebut dikenal pasti setelah tempoh sebulan. Menurut KP Kesihatan (Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah), jangkitan melibatkan kes positif baharu ketika ini adalah jangkitan secara tidak langsung dari generasi keempat dan kelima kluster jemaah tabligh.

Sehingga 29 Mac 2020, sejumlah 17,965 saringan melibatkan jemaah tabligh di Sri Petaling telah dilakukan dengan 12,842 sampel diambil. Daripada jumlah tersebut, 1,254 adalah positif manakala 7,084 adalah negatif selain 4,504 lagi masih menunggu keputusan.  Sementara baki 5,123 individu lagi masih perlu menjalani ujian pensampelan.  [2]

Pada 12 April 2020, sasil kerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Syura Jemaah Tabligh Masjid Seri Petaling, KKM telah mengenal pasti senarai terkini madrasah dan tahfiz bagi membantu pengesanan kontak rapat kepada kes-kes indeks perhimpunan di Seri Petaling.

Susulan daripada tindakan proaktif di lapangan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah, beberapa subkluster jangkitan COVID-19 telah dikenalpasti di beberapa buah madrasah dan tahfiz. Berikut adalah maklumat terkini beberapa sub-kluster tersebut: [3]

Sub-kluster madrasah di Jerantut, Pahang:
  • Jumlah orang yang disaring adalah seramai 401 orang, di mana 297 orang adalah pelajar dan baki 104 orang merupakan kakitangan dan ahli keluarga kakitangan.
  • Jumlah kes positif : 62 kes (telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan)
  • Jumlah kes sembuh/discaj : 20 kes
  • 15 April 2020: Pertambahan empat kes baharu [4] 

Sub-kluster madrasah di Penanti, Pulau Pinang:
  • Jumlah orang yang disaring adalah seramai 291 orang di mana 256 orang adalah pelajar dan baki 35 orang merupakan kakitangan.
  • Jumlah kes positif : enam (6) kes, di mana dua (2) kes masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah.
  • Jumlah kes sembuh/discaj : empat (4) kes.

Sub-kluster madrasah di Sungai Lui, Selangor:
  • Jumlah orang yang disaring adalah seramai 282 orang, di mana 274 orang adalah pelajar dan baki lapan (8) orang merupakan kakitangan
  • Jumlah kes positif : 90 kes (telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan Pusat Kusta Negara)
  • Jumlah kes sembuh/discaj : 67 kes.

Sub-kluster madrasah di Jasin, Melaka:
  • Jumlah orang yang disaring adalah seramai 137 orang, di mana 122 orang adalah pelajar dan baki 15 orang merupakan kakitangan
  • Jumlah kes positif : 37 kes (telah dimasukkan ke Hospital Melaka)
  • Jumlah kes sembuh/discaj : satu (1) kes.

Pada 15 April 2020,  Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 24,805 sampel ujian COVID-19 telah diambil daripada kluster kumpulan perhimpunan di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur dan daripada jumlah itu 1,924 positif manakala 20,494 adalah negatif. [5]

Kluster dan Sub Kluster Tabligh terus mencatatkan pertambahan apabila daripada 31 senarai terkini kluster jangkitan Covid-19 yang dilaporkan KKM pada 19 April 2020, sebanyak 9 kluster dikenalpasti sebagai kluster dan sub kluster tabligh. Ada daripadanya merupakan sub kluster kes lama dan terdapat juga kluster dan sub kluster baru yang tidak pernah dilaporkan sebelum ini.


Sumber Data diubahsuai daripada data yang dilaporkan oleh KKM (19.04.2020) menerusi: Page FB Rasmi KKM


2. Kluster Persidangan Gereja (Good News Fellowship, Kuching Sarawak: 26 - 28 Februari 2020)


Kredit Infografik: KKM Dan Noor Hisham FB 

Kluster ini berasal dari satu perkumpulan keagamaan di sebuah gereja yang berlangsung selama 3 hari di Kuching, Sarawak. Daripada kluster ini, seramai 112 orang telah disahkan positif jangkitan COVID-19 dengan butiran lanjut seperti berikut: [1]
  • 2 kes kematian (kes ke-358 dan kes ke-2471)
  • 4 kes kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU)
  • 48 kes sedang mendapatkan rawatan di hospital
  • 47 kes sedang ditempatkan di pusat kuarantin
  • 11 kes discaj yang telah pulih daripada jangkitan
  • Jangkitan telah melibatkan sehingga generasi ke-5 [2]
Kluster Persidangan Gereja (Kluster GPN) dikanal pasti telah merebak sehingga generasi ke-5. Kluster ini lambat untuk diumumkan oleh KKM kerana masih dalam proses siasatan, terutama punca sebenar bagaimana Covid-19 tersebar dalam kluster ini.

Kematian pertama direkodkan pada 17 Mac 2020. Mangsa adalah seorang Pastor di Gereja Emmanuel Baptist Kuching dan berumur 60 tahun. Ia juga merupakan kematian pertama akibat Covid-19 yang direkodkan bagi negeri Sarawak. [3]

Datuk Amar Douglas Uggah Embas (Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri - JPBN Sarawak), JPBN Sarawak akan menggunakan kaedah yang sama bagi menjejaki individu yang mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 kluster gereja di negeri itu. “Saya juga sudah menghubungi paderi tersebut dan saya dimaklumkan bahawa 600 ahli gereja akan tampil membuat saringan”. [4]

Sehingga 19 April 2020, Kluster Gereja GNF merekodkan kes baru (9), jumlah kes (132), jumlah kes aktif (112), jumlah kes ditempatkan di ICU (2), jumlah kes sembuh (17) dan kematian (3). [5]


3. Majlis Perkahwinan di Bandar Baru Bangi, Selangor (6 Mac 2020)

Kredit: KKM & Noor Hisham FB

KKM telah menyenaraikan Kluster Kenduri Kahwin di Bangi sebagai salah satu daripada tiga (3) kluster terbesar jangkitan Covid-19 di Malaysia. Ianya merupakan satu kluster jangkitan COVID-19 yang kemudiannya telah membentuk jangkitan sehingga generasi ke-5. Sehingga 6 April 2020, sebanyak 88 kes telah disahkan positif COVID-19 daripada kluster ini, termasuk satu (1) kes dirawat di Unit Rawatan Intensif (ICU). Setakat 20 April 2020, tiada kes kematian dilaporkan berkaitan dengan kluster ini. [1]

Virus Covid-19 daripada kluster ini turut menjangkiti petugas kesihatan yang hadir pada majlis perkahwinan tersebut dan pada masa yang sama turut dihadiri oleh peserta himpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling. Seramai 73 anggota kesihatan dilaporkan positif Covid-19. Siasatan mendapati kes jangkitan bukan berpunca daripada pengendalian pesakit Covid-19 di fasiliti KKM sebaliknya daripada luar. Laporan KKM mendapati 47 kes (64.4%) datangnya daripada kenduri kahwin di Bangi dan selebihnya memiliki sejarah lawatan ke luar negara selain dari kontak keluarga yang positif Covid-19. [2]

Situasi semasa sehingga 8 April 2020, kluster majilis perkahwinan di Bandar Baru Bangi mencatatkan dua (2) kes baharu menjadikan 94 kes keseluruhan, 15 kes discaj yang telah pulih sepenuhnya, Lima (5) kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 74 kes sedang dirawat di wad biasa. [3]

Laporan KKM pada sehingga 19 April 2020, Kluster Kahwin Bandar Baru Bangi tidak merekodkan kes jangkitan baru, jumla kes semasa 96, jumlah kes aktif 11, kes yang menerima rawatan di ICU (1), kes sembuh (85) dan tiada kematian direkodkan untuk kluster ini. [4]


4. Kluster Itali - Individu Dengan Sejarah Perjalanan Ke Itali (Kuching, Sarawak)


Kredit: KKM & Noor Hisham FB

Kluster ini merujuk kepada Kes Ke-1580. Individu Kes Ke-1580 dilaporkan pulang daripada Itali dan enggan melakukan Self Quarentine  selama 14 hari sepertimana yang sepatutnya. Malah terdapat sumber daripada keluarga terdekat mangsa yang menjadi korban kepada sikap mementingkan diri individu kes ke-1580 menyatakan, individu (kes ke-1580) berkenaan telah pergi ke tempat kerja seperti biasa (kakitangan bank) seterusnya menjangkiti rakan sekerja. [1]

Setakat 5 April 2020, daripada kluster tersebut 37 orang telah disahkan positif COVID-19, di mana terdapat lima (5) kes kematian (iaitu kes ke-1031, kes ke-1032, kes ke-1006, kes ke-2850 dan kes ke-2210), serta satu (1) kes kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kluster ini telah melibatkan jangkitan sehingga generasi ke-3. [2]

Kronologi Kluster Itali yang mengorbankan lima (5) sekeluarga dan turut menjangkiti 25 ahli keluarga yang lain (sehingga 27 Mac 2020) telah diceritakan sendiri oleh ahli keluarga berkenaan (Sharifah Huzaimah Wan Abdul Rahman). [3]

Sikap segelintir masyarakat yang terus menjatuhkan hukuman tanpa menyiasat kebenaran sesuatu berita, juga mengundang rasa kecewa salah seorang ahli keluarga mangsa Kluster Itali (Aida Nabila Mohamad Ghazali, 25). Beliau merayu agar tohmahan dan tuduhan terhadap ibu saudaranya yang dituduh sebagai punca Kluster Itali meskipun hakikatnya beliau adalah mangsa yang dijangkiti rakan sekerja iaitu Kes Ke-1580 yang baru pulang dari Itali. [4]


 Lima Sekeluarga Korban Kluster Itali (Ubahsuai daripada Ohbulan.com)

Perkembangan semasa setakat 19 April 2020, Kluster Itali tidak merekodkan sebarang kes jangkitan baru, jumlah kes (53), jumlah kes aktif (37), jumlah kes ditempatkan di ICU (1), jumlah kes sembuh (11) dan kematian (5). [5]

Pertambahan 1 kes baru direkodkan pada 20 April 2020. Menjadikan jumlah kes (54), jumlah kes aktif (40), jumlah kes ditempatkan di ICU (1), jumlah kes sembuh (9) dan kematian (5). [6]



5. Subkluster Seri Petaling di Daerah Rembau

Kredit: KKM & Noor Hisham FB

KKM telah mengesan sebuah sub-kluster di Daerah Rembau, Negeri Sembilan yang berkaitan dengan perhimpunan di Seri Petaling. Ini merupakan satu kluster yang melibatkan kakitangan sebuah sekolah dan kemudiannya beberapa lokaliti di dalam Daerah Rembau (Pedas, Pilin, Kundur dan Batu Hampar). Sehingga 8 April 2020 jam 12 tengah hari, terdapat dua puluh tujuh (27) orang yang telah dikenalpasti positif COVID-19, termasuk dua (2) kes yang dirawat di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Kluster ini mula dikesan apabila keputusan ujian COVID-19 adalah positif bagi beberapa guru di sebuah sekolah. Penularan ini dipercayai berpunca daripada satu mesyuarat yang diadakan di sekolah berkenaan di mana ianya telah dihadiri oleh kes indeks (kes ke-448) yang merupakan salah seorang peserta perhimpunan di Seri Petaling.

Guru-guru dan kakitangan sekolah yang dijangkiti seterusnya menjangkiti ahli keluarga mereka dan penduduk kampung, sehingga terdapat 3 generasi jangkitan. Siasatan juga mendapati terdapat aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara untuk melawat ahli keluarga yang tidak sihat, walaupun Negara kini adalah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). [1]

Sehingga 20 April 2020, Sub Kluster yang telah merekodkan sebanyak 50 kes jangkitan positif Covid-19 sebelumnya dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan pulang. Tiada sebarang kematian direkodkan bagi Sub Kluster ini. [2]


6. Kluster Person Under Investigation (PUI) Bali (13 April 2020 ) [1]

Kluster Person Under Investigation (PUI) Bali di Kuantan ini adalah satu kluster yang melibatkan golongan pesakit dan beberapa anggota kesihatan dari sebuah pusat perubatan di Kuantan.

Kes indeks (iaitu kes ke-4684) bagi kluster ini mempunyai sejarah perjalanan ke Bali, Indonesia. Beliau kemudiannya mempunyai kontak rapat dengan kes ke-1575 (iaitu abang kepada kes indeks). Kes ke-1575 kemudiannya telah menjangkiti 7 kes generasi kedua dan 11 kes generasi ketiga. Sehingga 13 April 2020, 20 orang telah dikenalpasti di dalam kluster ini, iaitu:
  • 14 orang sedang dirawat di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang;
  • dua (2) orang telah sembuh;
  • tiga (3) orang dirawat di unit rawatan rapi;
  • seorang telah meninggal dunia (kes ke-1575).
Daripada keseluruhan jumlah tersebut, terdapat tiga (3) anggota kesihatan yang terlibat dalam kluster ini. Terdapat 339 kontak rapat telah dikenalpasti dan ujian saringan COVID-19 telah dijalankan, termasuk 202 anggota kesihatan.

15 April 2020: Pertambahan empat kes baharu [2]. Kluster ini merekodkan peningkatan kes jangkitan kepada 39 kes dengan pertambahan 2 kes baru direkodkan pada 20 April 2020. Jumlah kes aktif adalah 31 dan enam (6) orang telah dilaporkan sembuh dan dibenarkan pulang. Jumlah kematian dalam kluster ini adalah seramai dua (2) orang. [3]


7. Kluster Flat Kampung Baru

11.04.2020: KKM sedang menjalankan pengesanan kes aktif di Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kampung Baru, Kuala Lumpur berikutan terdapat satu kematian akibat Covid-19. [1]

12 April 2020: Kawalan di Rumah Pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kampung Baru dipertingkatkan ekoran peningkatan kes Covid-19 di kawasan perumahan itu. Sebanyak 19 kes positif Covid dilapor di kawasan perumahan berkenaan. [2]

13 April 2020: 23 orang disahkan positif Covid-19 dan ujian saringan ke atas penduduk masih berjalan. Fauzi Abdullah (Pengerusi Perbadanan Pengurusan Menara Kampung Baru) berkata, seramai 707 penduduk pangsapuri berkenaan sudah menjalani saringan Covid -19 dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). [3]

20 April 2020: Tiada pertambahan kes direkodkan. Jumlah kes keselurhan (34), jumlah kes aktif (21) dan seramai 21 orang dilaporkan sembuh dan dibenar pulang. [4]


8. Kluster Sendayan (Negeri Sembilan)

Kluster yang dilaporkan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan) pada 14 April 2020. Menurutnya, KKM mengesan satu kluster baharu penularan COVID-19 di Sendayan, Negeri Sembilan. Sebanyak 39 kes positif dikesan di kawasan berkenaan yang terdiri daripada 13 pelajar tahfiz, 15 ahli lembaga pengarah sebuah syarikat dan sebuah keluarga membabitkan 11 individu. [1]

Kes kematian akibat COVID-19 daripada kluster Sendayan adalah pada 15 April 2020. Kematian itu direkodkan di sebuah pusat tahfiz di sana. [2]


9. Kluster Petugas Kesihatan Sabah

Pada 17 April 2020, Datuk Dr Christina Rundi (Pengarah Kesihatan Negeri) memaklumkan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) dan Hospital Keningau, dikenal pasti sebagai kluster penularan COVID–19 di negeri Sabah. Ia berikutan ada penularan wabak berkenaan membabitkan anggota kesihatan di dua hospital terbabit.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sudah melakukan siasatan terperinci tentang perkara ini sejak dua minggu yang lalu. Menerusi 42 kes Covid-19 di daerah ini, kluster tabligh merekodkan 24 kes, manakala kluster anggota kesihatan iaitu 11 kes. Daripada 11 kes, lapan kes membabitkan petugas kesihatan di HWKKS.

Beliau berkata, antara langkah diambil ialah membuat saringan terhadap semua anggota kesihatan yang terbabit termasuklah kontak keluarga dan sosial masing-masing. semua anggota berkaitan turut diarahkan menjalani kuarantin sama ada di rumah atau di kemudahan kuarantin disediakan JKNS. [1]

18 April 2020: Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan), kluster petugas kesihatan di Sabah membabitkan tiga hospital kerajaan iaitu Hospital Queen Elizabeth 2, Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas serta Hospital Keningau. Terdapat 31 kes dikenal pasti positif koronavirus baharu (Covid-19).

Kluster ini mula dikesan apabila keputusan ujian COVID-19 adalah positif pada 2 April 2020 bagi salah seorang kakitangan hospital yang melapor diri di Hospital Queen Elizabeth 2. Beliau didapati tidak sihat dan mempunyai gejala batuk dan selesema pada hari berkenaan. Siasatan dan saringan bagi kontak rapat kakitangan itu dijalankan. Jangkitan Covid-19 didapati positif bagi beberapa rakan setugas serta ahli keluarga. Semua 31 kes masih berada di dalam wad dan adalah berada dalam keadaan stabil. [2]

Sehingga 20 April 2020, rekod yang dikeluarkan menerusi FB Page KKM menunjukkan,tiada kes jangkitan baru dan kekal 31 kes keseluruhan. KKM turut menyenaraikan Hospital dan klinik kesihatan di dua (2) daerah iaitu Penampang dan Tuaran berada dalam senarai Kluster Petugas Kesihatan Sabah. [3]

kluster hqe, kluster likas, kp kesihatan

Kredit: Portal KPKesihatan


10. Kluster Warga Jepun

SATU kluster baharu Covid-19 dinamakan warga Jepun antara 31 kluster yang disenarai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat 12 tengah hari (18 April 2020). Kluster ini hanya diumumkan secara rasmi oleh KKM pada 19 April 2020.

Berdasarkan data KKM, seramai tiga orang positif virus berkenaan dari kluster terbabit membabitkan daerah Lembah Pantai di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, mereka disahkan sudah pulih dan tiada pertambahan kes positif atau membabitkan kematian kluster Jepun itu. [1]


11. Magetan Jawa Timur, Indonesia (Pelajar Malaysia)

Pada 19 April 2020, KKM melaporkan, terdapat sebuah kluster baharu telah dikesan di pintu masuk antarabangsa iaitu di mana kes positif dikesan di kalangan rakyat Malaysia yang pulang daripada Indonesia melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April 2020. Kluster ini setakat ini terdiri daripada 43 orang pelajar yang disahkan positif COVID-19, yang terdiri daripada kalangan pelajar-pelajar yang pulang dari Temboro, iaitu salah satu tempat yang telah diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia. Masih terdapat beberapa kes yang masih menunggu keputusan.


Daripada jumlah keseluruhan 43 kes tersebut, seramai 34 orang telah dikuarantin di negeri Melaka dan sembilan (9) orang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini menunjukkan bahawa tindakan Kerajaan untuk mengambil langkah untuk kuarantin dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan. Ini bagi memastikan kes import tidak menjangkiti penduduk Malaysia. [1]

Pada 20 April 2020, KKM menerusi Page FB rasmi Kementerian Kesihatan melaporkan, terdapat sebanyak 11 kes positif covid-19 dilaporkan bagi kluster ini. Ia menjadikan jumlah kes aktif kepada 54 orang. Namun tiada sebarang kematian mahupun pesakit yang dirawat dalam ICU bagi kluster ini. [2]



12. Kluster Turki/ Kluster Oversea/ Kluster Jengkel (Balik melancong dari luar negara)

Kluster yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang melancong ke Turki dan yang pergi ke Turki atas urusan perniagaan. Pendedahan daripada beberapa orang petugas barisan hadapan, jelas memperlihatkan sifat pentingkan diri dan angkuh mereka sehinggakan kelompok ini mendapat jolokan Kluster Kayangan. Mohd Afiq menerusi FB beliau mendedahkan, mereka yang termasuk dalam kluster ini disifatkan sebagai kluster menjengkelkan, tidak mesra dan tidak memberi kerjasama. [1]

Luahan serupa turut dibangkitkan oleh Sakinah Sulong yang juga merupakan petugas KKM. Beliau menggelarkan kluster ini sebagai Kluster Kayangan (kumpulan individu yang baru pulang dari luar negara). Ujarnya, ada daripada kluster ini yang bersikap kasar, enggan dikuarantin, memarahi petugas KKM dan tidak kurang juga yang berkelakuan biadap dengan menggelar petugas KKM sebagai dog dan pencacai najis. [2]

Sikap yang ditunjukkan pesakit daripada kluster ini mendapat kritikan dan teguran tegas daripada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob. Menurutnya, sebagai golongan yang berkedudukan tinggi, mereka seharusnya menunjukkan sikap yang lebih bertamadun dan contoh yang baik daripada orang lain. Beliau menegaskan, individu yang tidak memberikan kerjasama kepada pasukan barisan hadapan ketika berada di pusat kuarantin atau hospital juga boleh dikenakan tindakan undang-undang. [3]

Untuk rekod, seramai 2,982 orang rakyat Malaysia terkandas di 55 negara akibat pembatalan penerbangan serta sekatan perjalanan susulan penularan wabak Covid-19. Menurut Timbalan Menteri Luar (Datuk Kamarudin Jaafar), setakat ini kementeriannya sudah membawa pulang 2,417 rakyat Malaysia dari 26 negara. Sehingga 29 Mac 2020, sejumlah 17,965 saringan melibatkan jemaah tabligh di Sri Petaling telah dilakukan dengan 12,842 sampel diambil. [4]


SENARAI PENUH KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA

Buat pertama kali selepas memasuki hari ke-33 Perintah Kawalan Pergrakan (PKP) dan pelaksanaan PKPD dibeberapa kawasan, akhirnya KKM telah mengeluarkan senarai penuh Kluster Covid-19 di Malaysia (19 April 2020) dan dikemaskini semula pada 20 April 2020. [1]

31 kluster covid-19 malaysia
Sumber: Page FB Rasmi KKM

Sehingga 20 April 2020, terdapat tiga (3) kluster yang dilaporkan telah sembuh sepenuhnya, antaranya kluster Madrasah Penanti Pulau Pinang, Kluster Rembau dan Kluster Jepun. Sementara kluster baru yang dilaporkan adalah Kluster Pelajar Malaysia Magetan Jawa Timur Indonesia dan Kluster Pasar Borong.


RUJUKAN:

[1] Kenyataan Akhbar KPK 4 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/03/04/kenyataan-akhbar-kpk-4-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[2] Pengerusi UDA nafi jadi punca gelombang kedua Covid-19;
https://www.sinarharian.com.my/article/72732/KHAS/Koronavirus/Pengerusi-UDA-nafi-jadi-punca-gelombang-kedua-Covid-19

[3] Wan Akasha: Ciapan Twitter (7 April 2020);
https://twitter.com/wanakasha01/status/1247481721638883329/photo/1

[4] ‘Bukan Demam Dari Korea’ – Dituduh Punca Kluster Covid-19 Sri Petaling, Lelaki Ini Tampil Bela Diri;

[5] Empat kes kluster terbesar yang telah dikenal pasti setakat ini ialah;  
https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1247461344674066434?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1247461344674066434&ref_url=https%3A%2F%2Ferinsakura.com%2F4-kluster-terbesar-covid-19-dikenal-pasti-kkm-69-jangkitan-pula-jenis-sporadik%2F

[6]  Persidangan Gereja, Majlis Kahwin Antara Kluster Covid-19 di Malaysia;
https://www.malaysiakini.com/news/519131

[7] Kenyataan Akhbar KPK 13 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[8] Pengesanan kes aktif di Flat PKNS Kampung Baru;
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/565762/pengesanan-kes-aktif-di-flat-pkns-kampung-baru

[9] COVID-19: Kluster Sendayan rekod satu kematian;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677413/covid-19-kluster-sendayan-rekod-satu-kematian


1. Kluster Tabligh (Program keagamaan di masjid di Sri Petaling dari 27 Februari - 1 Mac 2020)

[1] Kenyataan Akhbar KPK 11 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kluster-jemaah-tabligh-covid-19-memasuki-generasi-kelima-235825

[3] Kenyataan Akhbar KPK 12 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/12/kenyataan-akhbar-kpk-12-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[4] COVID-19: kawasan PKPD catat peningkatan kes baharu;
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1832291

[5] COVID-19: kawasan PKPD catat peningkatan kes baharu;
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1832291


2. Kluster Persidangan Gereja (Good News Fellowship, Kuching Sarawak: 26 - 28 Februari 2020)

[1] These Are Malaysia's 5 Biggest Covid-19 Clusters That You Should Know;
https://www.therakyatpost.com/2020/04/09/these-are-malaysias-5-biggest-covid-19-clusters-that-you-should-know/

[2] 2 Lagi Kluster Baharu Jangkitan COVID-19: Kenduri Di Bangi & Gereja Di Sarawak;
https://hellodoktor.com/ms/coronavirus/covid19/kluster-gereja-kluster-kenduri/

[3] TERKINI : Kematian COVID-19 Pertama Di Malaysia Dicatat Di Sarawak;
https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/terkini-kematian-covid-19-pertama-di-malaysia-dicatat-di-sarawak/

[4] JPBN Sarawak guna kaedah sama jejaki kontak rapat kluster gereja;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jpbn-sarawak-guna-kaedah-sama-jejaki-kontak-rapat-kluster-gereja-238515

[5] FB Page Kementerian Kesihatan Malaysia;
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/pcb.10156951295986237/10156951295321237/?type=3&theater


3. Majlis Perkahwinan di Bandar Baru Bangi, Selangor (6 Mac 2020)

[1] Kenyataan Akhbar KPK 6 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/06/kenyataan-akhbar-kpk-6-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[2] Kenyataan Akhbar KPK 25 Mac 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/03/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[3] Noor Hisham: Status Terkini Covid-19 Sehingga 9 April 2020;
https://www.facebook.com/DGHisham/photos/a.656071844416707/3192169230806943/?type=3&theater

[4] FB Page Kementerian Kesihatan Malaysia;
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/pcb.10156951295986237/10156951295321237/?type=3&theater


4. Kluster Itali - Individu Dengan Sejarah Perjalanan Ke Itali (Kuching, Sarawak)

[1] Kes kluster Itali di Sarawak, kematian 5 sekeluarga akhirnya dirungkai berpunca dari ‘officemate’
https://www.mhi.allnws.com/2020/04/06/kes-kluster-itali-di-sarawak/?fbclid=IwAR0w-JuyMjYprs4gMaRawf_3BFA92xaOON7HrKQ2pAYIyPEzhovd8PA0wXY

[2] Kenyataan Akhbar KPK 5 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;

[3] Trauma 25 Sekeluarga Positif Covid-19, Usah Dicemuh dan Viralkan Mereka Sesuka Hati;
https://www.nona.my/trauma-25-sekeluarga-positif-covid-19-usah-dicemuh-viralkan-mereka-sesuka-hati/?fbclid=IwAR1aMCpRQg6cFCnmCd4FPCWDBquwahtuQnGMl0lBPAxh6bFMN7R8y9P3yG8

[4]
 Covid-19: 'Hentikan tohmahan, ibu saudara tidak pernah ke Itali';
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/04/563103/covid-19-hentikan-tohmahan-ibu-saudara-tidak-pernah-ke-itali

[5] FB Page Kementerian Kesihatan Malaysia;
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/pcb.10156951295986237/10156951295321237/?type=3&theater

[6] FB Page Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia;


5. Subkluster Seri Petaling di Daerah Rembau 

[1] Kenyataan Akhbar KPK 8 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia; https://kpkesihatan.com/2020/04/08/kenyataan-akhbar-kpk-8-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[2] FB Page Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia;
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.10151657414821237/10156956410046237/?type=3&theater


6. Kluster Person Under Investigation (PUI) Bali (13 April 2020 ) 

[1] Kenyataan Akhbar KPK 13 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/


[2] COVID-19: kawasan PKPD catat peningkatan kes baharu;
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1832291

[3] FB Page Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia;
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.10151657414821237/10156956410046237/?type=3&theater


7. Kluster Flat Kampung Baru;

[1] Pengesanan kes aktif di Flat PKNS Kampung Baru
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/565762/pengesanan-kes-aktif-di-flat-pkns-kampung-baru

[2] 'Pergerakan di flat PKNS Kampung Baru dikawal';
https://www.malaysiakini.com/news/520227

[3] Covid-19: 23 penduduk pangsapuri di Kampung Baru positif;
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/566133/covid-19-23-penduduk-pangsapuri-di-kampung-baru-positif

[4] FB Page Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia;
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.10151657414821237/10156956410046237/?type=3&theater


8. Kluster Sendayan (Negeri Sembilan);

[1] COVID-19: KKM kesan kluster baharu di Sendayan;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677179/covid-19-kkm-kesan-kluster-baharu-di-sendayan

[2] COVID-19: Kluster Sendayan rekod satu kematian;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677413/covid-19-kluster-sendayan-rekod-satu-kematian


9. Kluster Petugas Kesihatan Sabah;

[1] COVID-19: Dua hospital jadi kluster jangkitan di Sabah;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/678094/covid-19-dua-hospital-jadi-kluster-jangkitan-di-sabah

[2] Kluster baharu di Sabah babitkan 3 hospital kerajaan [METROTV];
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/568274/kluster-baharu-di-sabah-babitkan-3-hospital-kerajaan-metrotv

[3] FB Page Kementerian Kesihatan Malaysia;
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/pcb.10156951295986237/10156951295321237/?type=3&theater


10. Kluster Warga Jepun

[1] Tiga kluster baharu warga Jepun pulih;
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/568550/tiga-kluster-baharu-warga-jepun-pulih


11. Magetan Jawa Timur, Indonesia (Pelajar Malaysia)

[1] Kenyataan Akhbar KPK 19 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/19/kenyataan-akhbar-kpk-19-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[2] FB Page Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia;

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.10151657414821237/10156956410046237/?type=3&theater


11. Kluster Turki/ Oversea;


[1] Mohd Afiq: Kluster baru yang menjengkelkan;