Sumber: JASA Update

1. Inisiatif mengadakan program ini amat dipuji. Tahniah juga kepada Malaysia yang menjadi tuan rumah.

2. Kepentingan program ini tidak dapat dinafikan, di kala masyarakat Islam  umumnya sedang menghadapi cabaran besar yang menuntut terhimpunnya perpaduan yang lebih erat untuk menutup segala ruang agar kedaulatannya  tidak 'dicerobohi' atau 'diremehkan' oleh mana-mana pihak.khususnya kalangan musuh-musuh Islam.

3. Bahawa umat Islam perlu bangkit membuktikan mereka menganuti agama yang lengkap, suci, progresif. Bahawa umat Islam perlu bangkit menjadi masyarakat dunia yang mampu memimpin, bukan sekadar dipimpin atau menjadi 'pak turut' dalam segenap lapangan kehidupan sehingga boleh 'diperkotak-katikkan' oleh musuh-musuh Islam.

4. Umat Islam perlu bijak  menilai segala yang tersebar dalam media sosial agar tidak terperangkap dengan unsur-unsur yang mengelirukan aqidah dan penghayatan terhadap agama suci itu, juga berwaspada agar tidak 'dilaga-lagakan' oleh musuh-musuh Islam menerusi media sosial ini.

Sitegiant E-Commerce

5. Umat Islam tidak perlu bersifat terlalu apologitik dengan sesuatu isu atau insiden yang berlaku kerana Islam agama lengkap dan bukan menganjurkan sebarang bermusuhan dengan mana-mana pihak. 

6. Mereka juga jangan mudah terima bulat-bulat sebarang tohmohan, dakwaan atau pandangan negatif oleh mana-mana kuasa dunia seolah-olah umat Islam sentiasa berada di pihak yang 'lemah' dan 'bersalah'.

7. Umat Islam perlu mengelak unsur-unsur yang boleh melonggarkan perpaduan sesama ummah seperti sikap taksub dan assobiyyah, hal-hal yang berkaitan perberbezaan mazhab dan tafsiran serta pandangan berbeza dalam sesuatu permaslahan.

8. Bahawa umat Islam bukan sahaja perlu berpadu kukuh sesama, tetapi perlu dituruti oleh kerjasama erat membina kekuatan ekonomi, politik dan taraf sosial ummah. Cara ini boleh membuatkan pihak -pihak lain lebih menghormati kedaulatan ummah yang ditentukan terbaik di muka bumi ini oleh Allah S.W.T 

9. Umat Islam.juga perlu menentukan mereka memiliki kekuatan  'menguasai' atau  'mempengaruhi' masyarakat dunia dalam aspek pemberitaan agar tidak selamanya umat itu sering 'dimanupulasi' oleh musuh-musuh Islam.

Datuk Sayuti Mukhtar
FELO JASA