PANAS: AMARAN BUGIS SABAH TERHADAP KEBIADAPAN TUN M






Perhimpunan Solidariti Bugis Sabah Demi Maruah Red 26 'Siri Na Pesse'

Anjuran: Persatuan Rumpun Bugis Malaysia (PRBM)
dan Persatuan Komuniti Bugis Sabah

Tarikh: 26 Nov 2017
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Kompleks Sukan Tawau

Kehadiran : Lebih 2000 orang
Kehadiran VIP:
1)Datuk Osman Jamal (Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah)
2)Dato Samsul Alang (Presiden Persatuan Rumpun Bugis Malaysia)
3)Pn Hjh Chaya Sulaiman (Ketua Pergerakan Wanita Umno P 191 Kalabakan)
4)En Andi Suryadi Bandi (Ketua Pergerakan Pemuda Umno P 191 Kalabakan) 
5)En Abdul Ghani Zelikha (Pengerusi Penganjur  Red 25 merangkap Timb Presiden PKBS)


Ulasan:
Himpunan aman ini menuntut beberapa tuntutan dan objektif antaranya adalah: 
-Menuntu Tun Mahathir (Tun M) memohon maaf secara terbuka kerana mencemuh maruah org Bugis.

-Selain itu laporan polis perlu dibuat agar tindakan boleh diambil jika wujud unsur jenayah dlm statement Tun M.

- Objektif lain juga adalah untuk mengangkat martabat org Bugis di mata masyarakat.

-Perhimpunan ini turut menolak sebarang sentimen perkauman yg sensitif oleh pemimpin2 politik tanpa mengira parti. bukan hanya org bugis tetapi juga kaum lain.

-Dan paling utama adalah menunjukkan solidariti org Bugis yg bersatu mempertahankan maruahnya.

-Perhimpunan ini dikenali sebagi Red 26 kerana semua yang hadir memakai pakaian berwarna merah dan diadakan pada tarikh 26hb Nov.



Pandangan org awam yg hadir ditemui dan enggan dikenali berkata:
Perhimpunan ini secara dasarnya bagus. kerana menunjukkan bahawa org Bugis sangat prihatin terhadap bangsanya sendiri. Begitu juga dlm soal kesedaran utk memperingatkan para pemimpin tanahair tanpa mengira parti supaya lebih berhati2 semasa memberikan ucapan politik masing2. Malah, perhimpunan ini juga turut menyaksikan penyatuan org2 Bugis di sebalik ada yg tidak bersetuju. Org Bugis yg bersetuju dgn program ini menganggap program ini penting utk mempertahankan maruah org Bugis yg dikatakan telah dicemuh oleh TM. namun, org Bugis yg tidak bersetuju pula beranggapan TM bukannya mencemuh semua org Bugis sahaja, sebaliknya hanya ditujukan kepada PM semata2. Dalam hal sebegini, org Bugis terbahagi dua dalam menilai ucapan TM. satu kelompok menilainya semua org Bugis kena. satu kelompok lagi, menyifatkan hanya PM sahaja yg terkena.


Bugis Tun M Hina Bugis


Ulasan Pelapor:
Setiap program yg dianjurkan atas dasar solidariti amat baik namun jika bersifat perkauman dikhuatiri akan wujud masalah lain jika disalah tafsir oleh mereka yang berfikiran konvensional atau tertutup. 

Laporan:
N^Hani K

No comments:

Post a Comment