Tidak terhenti disitu, Parti Warisan dilihat semakin terdesak dalam menabur tuduhan demi tuduhan dan fitnah terhadap pemimpin BN Sabah sehinggakan sanggup menggunakan Drone untuk menceroboh rumah dan mengambil gambar pemimpin Sabah serta disebarkan di media sosial untuk tujuan memburuk-buruk pemimpin dan BN Sabah.
Sidang Media dan Petikan Akhbar berbahasa Cina dan Borneo Post yang dimuat naik melalui FB Junz Wong |
Dipetik dan diringkaskan daripada (Harian Ekspres: 29.11.2017)
Datuk Ramlee Marahaban (Menteri Kewangan Sabah)
Memfailkan saman RM10 juta terhadap dua pemimpin Parti Warisan Junz Wong
dan Dato’ Azis Jamman kerana memfitnah. Ramlee yang merupakan Adun Bugaya,
menamakan Junz dan Mohd Azis masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.
Beliau menuntut ganti rugi untuk fitnah berjumlah RM10 juta serta ganti rugi
teruk dan teladan kerana fitnah, ganti rugi kerana menceroboh peribadi dan
hartanah plaintif; kos, kepentingan statutori dan sebarang ganti rugi lain yang
difikirkan sesuai oleh Mahkamah.
Ramlee juga memohon injuksi bagi menghalang
defenden-defenden dan setiap mereka sama ada oleh mereka sendiri atau oleh
pekerja-pekerja atau ejen-ejen mereka atau sesiapa sahaja daripada terus
bercakap atau menerbitkan dan menyebabkan diterbitkan kata-kata fitnah atau
sebarang kata-kata fitnah seumpamanya mengenai beliau sama ada secara lisan
atau di media cetak atau Internet.
beliau juga memohon injuksi terhadap defendan sama ada oleh mereka sendiri atau pekerja mereka daripada menyerangnya atau membuat pencerobohan menyalahi undang-undang ke dalam atau di atas hartanahnya dengan menggunakan dron atau apa-apa kenderaan terbang tanpa orang untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.
Dalam penyataan tuntutannya;
- Beliau mendakwa pada 15 November tahun ini, satu laporan bertajuk ‘Who own these house, luxury cars and private jet?’ – yang telah diterbitkan oleh defendan-defendan di akhbar Borneo Post. Hantaran sama mengenai dakwaan palsu defendan-defendan dihantar ke Facebook, WhatsApp dan media sosial lain sama ada oleh mereka sendiri atau pekerja-pekerja mahupun ejen-ejen. Selain itu, kesan penerbitan laporan berita di media cetak dan media sosial adalah satu fitnah terhadap plaintif yang dilakukan oleh kedua-dua defendan, dakwa Ramlee.
- Dia juga mendakwa defendan telah menyiarkan kata-kata itu tanpa mendapatkan ulasan atau pendapatnya. Defendan dalam menyiarkan kata-kata itu bertindak semberono dan tidak mendapatkan pengesahan daripadanya. Tindakan libel defendan terhadap plaintif amat menjejaskannya. Ramlee selanjutnya mendakwa bahawa kata-kata memfitnah yang dikeluarkan oleh defendan adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan tujuan jahat, dan dia terjejas teruk dari segi watak, kredit, reputasi peribadi dan politik serta jawatannya.
Selain itu, dalam membuat hantaran dan siaran tersebut, defendan sama ada dengan sendiri atau pembantu atau ejen menyalahgunakan dron atau teknologi dron untuk mencerobohi hantanah persendiriannya tanpa persetujuan, pengetahuan atau kebenarannya.
Kredit: (Harian Ekspres: 29.11.2017)
0 Comments