PROGRAM JELAJAH MENUNAIKAN JANJI KEPADA RAKYAT (JPM) PARLIMEN P.171 SEPANGGAR






Datuk Jumat Hj Idris (Ahli Parlimen P.171 Sepanggar)
Kg Likas (16.04.2016)

Program Baikpulih Rumah Rakyat secara gotong-royong ini merupakan inisiatif dan cetusan minda daripada YAB. Perdana Menteri dengan mengamanahkan kepada semua Ahli Parlimen melalui peruntukan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sebagai menunaikan janji PRU yang lalu, kerajaan Barisan Nasional yang komited membela nasib Rakyat Sepanggar secara amnya akan memastikan kawasan kediaman rakyat selesa dan selamat untuk didiami selain anak-anak lebih efisien mentelaah pelajaran.

Di peringkat Parlimen Sepanggar, bagi merealisasikan aspirasi YAB. Perdana Menteri, saya telah membentuk Unit Pengurusan Bencana Pusat Khidmat yang dikenali sebagai SEPANGGAR MANAGEMENT AND RESCUE TEAM ATAU SINGKATANNYA SMART.

Misi SMART adalah memastikan 20 buah rumah siap dibaikpulih dalam masa sebulan di bawah seliaan Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (PPNS) sebagai agensi pemantauan projek.

Sebagai tambahan, satu unit Task Force di Peringkat Pejabat Pusat Khidmat telah dibentuk bagi membantu menjayakan program yang telah disususn atur ini. Unit ini berfungsi bagi membuat kaji selidik mengenai keperluan, material, kos dan pengendalaian program secara menyeluruh.

Bagi memberi impak positif kepada keseluruhan komuniti di Parlimen ini, pasukan ini akan berganding bahu bersama-sama beberapa entity antaranya Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Institut Kemahiran Mara (IKM), Giatmara serta NGO-NGO selain beberapa lagi entiti yang akan diumumkan kelak.

Rasional melibatkan Institut Pengajian Tinggi di dalam program khidmat Generasi Muda masa kini selain memberi peluang kepada pelajar-pelajar mempraktikkan kemahiran yang diajar di dalam kelas.
Tidak dilupakan tunjang kejayaan program ini iaitu dengan penglibatan secara langsung dan kordinasi menyeluruh daripada pemimpin masyarakat setempat seperti JKKK, Ketua Kampung serta Pejabat Anak Negeri bagi memastikan aspek seperti status tanah bumiputera terpelihara.

Saya juga amat mengalu-alukan penglibatan daripada mana-mana Badan Bukan Kerajaan atau Individu yang berminat untuk turut serta dalam menjayakan program murni ini.

Ayuh kita sebarkan semangat kesukarelaan yang dilihat semakin pudar di kalangan generasi masa kini.

Sekian,

Datuk Jumat Hj Idris (Ahli Parlimen P.171 Sepanggar)

No comments:

Post a Comment