Untuk hebahan segera
TERUSKAN, TONY
“Saya merujuk kepada cabaran debat yang ditawarkan oleh Ahli
Parlimen DAP iaitu YB Tony Pua. YB Tony telah berkata “anda hampir jatuh cinta”
dengan saya sebelum beliau memanggil saya penipu dan merendah-rendahkan
pencapaian saya. Pada pagi Khamis, beliau juga menyarankan agar saya meletakkan
jawatan dari 1MDB. Kemudian, menawarkan untuk berdebat dengan saya, pada malam
Khamis itu.
Ini sangat jelas bahawa YB Tony telah keliru dan
mengelirukan dirinya sendiri. Beliau sendiri tidak pasti sama ada menyayangi atau
membenci saya. Sekejap beliau menyuruh saya meletakkan jawatan, dan kemudian
tiba-tiba sahaja menyuruh agar saya tetap dengan jawatan tersebut agar kami
dapat berdebat. Walaupun terdapat ramai di kalangan ahli DAP, termasuk YB Tony
sendiri yang memanggil saya penipu, iaitu seorang yang sepatutnya tidak layak
untuk didengari, namun kenapa pula anda menyarankan debat sekiranya anda tidak
mahu mendengar atau percaya tentang apa yang saya katakan?
Ironinya, ini adalah kemungkinan kali pertama kita bakal menyaksikan
seorang ‘hakim’ PAC dari pihak DAP yang ingin berdebat dengan seorang
‘defendan’, selepas prosiding telah selesai dan setelah Laporan PAC yang
kolektif dan bipartisan dikeluarkan. Untuk mengelakkan agar dimalukan buat kali
kedua, saya berharap agar YB Tony telah menyemak dengan Yang diPertuan Speaker
Dewan Parlimen sebelum mencabar untuk berdebat.
Apa yang nyata di sini adalah walaupun beliau sentiasa
mengemukakan soalan buat saya ketika berlangsungnya sidang PAC selama 2 hari
tersebut, wakil rakyat DAP itu, iaitu YB Tony tetap masih mahu menghabiskan
masa-masa berkualitinya bersama saya. Adalah tidak wajar untuk saya menolak
keistimewaan yang ditawarkan oleh YB Tony ini.
Maka, saya menerima cabaran debat ini. Teruskan!”
- Arul Kanda, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB
No comments:
Post a Comment