PEMBAYARAN SEMULA AWAL HUTANG RM2.0 BILION


<img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgClx0o9CuBWegWr2pT827ltCwfW2ryo4f7t-eyHYHOCyRHUaL1FLe_0ChHe80jmnmHbxudUmWvpn25ShCK5SoLOiMWGNKatJkIljY4adWrGkJ55kY4PlKG7opNbaGc5CzRmyvNdUEt53k/s1600/seo+icon.jpg" alt="1MDB ARUL 2.0B HUTANG"/>




Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad

Dikeluarkan pada 18 April 2016

Untuk hebahan segera

Pembayaran semula awal hutang RM2.0 bilion

Sukacitanya dimaklumkan bahawa 1MDB telah membayar kembali fasiliti kewangan yang diperolehi daripada Marstan Investments N.V sebanyak RM 2.0 bilion, yang mana pembayaran penuh ini dilakukan lebih awal dari tempoh tarikh sebenar. Kredit fasiliti ini diberikan pada February 2015 dan kutipan wang ini telah digunakan untuk membayar RM2 bilion hutang kepada bank-bank tempatan. Kredit fasiliti ini juga telah diatur oleh Tanjong kepada 1MDB, sebagai satu alternative komitmen Tanjong, untuk melaburkan RM 2 bilion ekuitinya kepada anak syarikat 1MDB iaitu Powertek Investment Holdings Sdn. Bhd.

Pembayaran semula ini juga menjadi titik tolak kepada perkara yang lebih utama untuk perlaksanaan pelan rasionalisasi 1MDB dan sekaligus mengurangkan obligasi hutang jangka pendek 1MDB.

No comments:

Post a Comment