Thursday, April 7, 2016




Mengikuti beberapa tuduhan berat yang dibuat ke atas 1MDB, seperti dakwaan Tun Mahathir yang menyatakan bahawa 42 billion telah hilang, Kabinet dibawah pengarahan saya telah meminta Ketua Audit Negara pada Mac 2015 untuk melakukan penyiasatan secara bebas ke atas akaun kewangan 1MDB.

Untuk memastikan bahawa pemyiasatan ini adalah satu proses yang telus, kami juga mengarahkan supya hasil penyiasatan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) - sebuah badan dwi-partisan yang melibatkan ahli parlimen pembangkang.

Setelah proses yang menyeluruh, PAC telah membentangkan laporannya beserta hasil siasatan kepada Parlimen. Laporan ini mewakili persetujuan antara semua ahli PAC dan hasil siasatannya adalah berdasarkan fakta dan ratusan jam penilaian dan siasatan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Audit Negara dan PAC yang telah menghasilkan laporan yang komprehensif, konklusif dan bertepatan.

Setelah menilai, saya juga mendapati 42 billion tidak hilang dari 1MDB, bertentangan dengan apa yang telah dituduh oleh Tun Mahathir.

Walau bagaimanapun, laporan ini telah mengenal pasti kelemahan dalam struktur kapital dan pengurusan 1MDB. Kami akan mengkaji dan bertindak selari dengan apa yang telah dianjurkan oleh laporan tersebut. Kita mesti pastikan bahawa pengajaran telah diambil, dan tindakan segera akan diambil sekiranya terdapat sebarang bukti penyelewengan.

Kini jelas bahawa tuduhan Tun Mahathir terhadap 1MDB adalah palsu. Beliau telah dipandu oleh matlamat peribadinya sendiri, bukannya demi kepentingan negara dan tentunga untuk menggulingkan kerajaan yang sedia ada.

Kami akan terus fokus kepada rancangan ekonomi dan memperkasakan ekonomi - yang mana telah berterusan menunjukkan keutuhan dalam menghadapi cabaran global.

7 April 2016
Share this Article on :

No comments:

Post a Comment

 

© Copyright DKM SABAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.