ABQAREE PART2: BILA SALAM DISALAH ERTI, SALAM MENJADI MODAL FITNAH



Pengalaman mengajar manusia menjadi insan berguna, dan itu ilmu berguna buat Saudara Abqaree yang dijadualkan bertemu PM dalam beberapa hari dari sekarang selaku Ahli Majlis Parlimen Belia. Beliau yang aktif dengan aktiviti kemasyarakatan dan Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu kelolaan beliau turut menerima beberapa anugerah. Maka tidak hairanla kenapa beliau selayaknya dipilih melalui undian untuk menjadi Ahli Parlimen Belia.

Kronologi cerita dibalik Fitnah atau salah anggap Jufazli Shi Ahmad:


14.03.2016 (7.18am)
Tarikh dimana Abqaree mula menghubungi pihak DKM selaku rakan media sosial. Beliau sejak bergelar aktivis sememangnya kerap berhubung dengan mana-mana pengamal media sosial yang berjuang dibalik tabir menyokong kepimpinan kerajaan. Makluman yang beliau inginkan adalah gerakan-gerakan media sosial di Sabah yang cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap kepimpinan kerajaan sekarang, dan syor agar suara mereka didengari  serta langkah atau tindakan yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memastikan pandangan belia didengari dan diambil perhatian. 

Kebetulan Abqaree menyentuh tentang gerakan, maka manusia pertama yang terbayang difikiran DKM adalah Jufazli Shi Ahmad yang dikecam oleh ramai ahli-ahli BN yang menyifatkan kenyataan terbuka beliau bertajuk "Kami di Sabah, Ketua Menteri kami terbaik. Sampai sekarang tidak diminta letak jawatan" sebagai memalukan dan tidak ubah seperti "menjilat".... agak dalam maknya hingga sukar untuk DKM terjemahkan amarah penyokong BN.

Ramai pihak yang bertanya, adakah beliau (Jufazli) menyokong kerajaan? kalau menyokong, adakah ini kualiti graduan/ mahasiswa yang berjaya dihasilkan? adakah ini contoh belia yang bakal menerajui kepimpinan suatu ketika nanti? malah ramai yang turut mentertawakan kenyataan tersebut.

Berbalik kepada Fitnah dan salah anggap Jufazli,
Arahan agar Abqaree mendapatkan maklumat terperinci dan tujuan sebenar Jufazli lancarkan gerakan #SELAMATKANSABAH datangnya dari pihak DKM sendiri, iaitu pada (14.03.2016 - 11:50am). Tujuan sebenar? adalah bagi memastikan Jufazli berada di pihak mana, matlamat sebenar gerakan dan yang penting bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan menghindar FITNAH....

mudah bukan!

Namun, tidak disangka-sangka niat telah disalah erti hanya kerana Jufazli dicabar oleh Cikgu Azrul menerusi posting bertarikh (22.03.2016) yang mencabar Jufazli untuk mendedahkan siapa Ahli Parlimen Belia yang menyokong gerakan beliau.


(18.03.2016) Prasa "rahsiakan ya kita punya gerakan" yang bertujuan untuk mengumpul maklumat telah disalah ertikan sebagai menyokong gerakan #SELAMATKANSABAH. 

Agak melucukan tapi itulah realiti dunia politik, yang mana manusia akan sanggup melakukan apa sahaja untuk menghalalkan cara bila sedar diri dan ideologi peribadi tidak mendapat tempat di hati masyarakat.

Mereka yang menjadi Ahli Parlimen Belia adalah mereka yang dipilih menerusi undian majoriti, bagaimana pula dengan mereka yang konon-kononnya berjuang mewakili rakyat Sabah dan menggunakan tagline #SELAMATKANSABAH, siapa pilih mereka? benarkah mereka mewakili suara majoriti dan aspirasi rakyat Sabah?

Tepuk dada tanya selera. Cermin-cerminkan dengan realiti dan landskap politik Sabah pada PRU terdahulu.

#RespectMyPM #iRespectMyPM #MohonTerasa #SelamatkanSabahKunuk?

No comments:

Post a Comment