ABQAREE PART1: BILA SALAM DISALAH ERTI, SALAM MENJADI MODAL FITNAH


Assalamualaikum,
Moga semua sahabat seperjuangan berada dalam keadaan sihat. Agak lama DKM menyepi kerana mengambil pendekatan untuk sekadar menjadi pemerhati politik dan membiarkan ahli politik memainkan peranan masing-masing sama ada untuk menyatukan rakyat, memecah belahkan rakyat mahupun sama-sama berganding bahu untuk menstabilkan sistem politik negara yang dihimpit dan diserang dari segenap arah.

Terlebih dahulu izinkan DKM memulakan bicara dengan memuat naik penafian penuh saudara Abqaree Fawwaz Abekan yang mana salam persahabatan beliau telah disalah ertikan;

Saya MENAFIKAN sekeras-kerasnya dakwaan bahawa  saya menyokong GERAKAN yang diketuai oleh Sdr. Jufazli Shi Ahmad.

Saya tidak pernah menyokong mana-mana gerakan lebih-lebih lagi yang cuba mencemari Pemikiran Anak-Anak Muda Sabah serta memperlekehkan kepimpinan Negeri sedia ada.

Hanya pendekatan DIPLOMASI yang digunapakai disalah-ertikan malahan di putar belit seolah-olah saya menyokong gerakan tersebut.

Saya berhubung dan berhasrat untuk mengatur pertemuan dengan saudara Jufazli adalah untuk bertanya secara terus berkenaan dengan 'gerakan'nya bukan bermaksud saya menyokong TETAPI untuk mengetahui maklumat sebenar dari sumber yang tepat memandangkan beliau mengaku sebagai PENGASAS kepada gerakan tersebut.

Tindakan saya adalah atas kapisiti saya sebagai seorang AKTIVIS BELIA dan tidak melibatkan mana-mana agensi atau kumpulan seperti yang di dakwa.

Sekali lagi saya nyatakan disini,
Saya TIDAK menyokong GERAKAN tersebut dan mengutuk tindakan mereka yang cuba mencemari pemikiran anak-anak muda Sabah selain memperlekehkan Kepimpinan Negeri yang ada.

"Perbezaan pendapat hendaklah kita raikan, kita cari dimana titik pertemuan pendapat kita...
Politik matang adalah daripada pemikiran yang sihat...pemikiran sihat pula wujud bila mana hati kita suci drpd dicemari budaya2 yg tidak sepatutnya..."

Sekian.

Salam Inspirasi,
Abqaree Fawwaz Abekan
Aktivis Belia Sabah

No comments:

Post a Comment