<title>BANJIR SABAH 2015: BANJIR DI KUDAT | DKM SABAH

BREAKING

Wednesday, January 14, 2015

BANJIR SABAH 2015: BANJIR DI KUDAT


Banjir turut melanda bahagian utara Sabah. Beberapa kawasan di Kudat telah dinaiki air. Antara kawasan terlibat termasuklah kawasan kedai lama, balai Polis lama, Lembaga Bandaran Kudat, Jalan menuju ke rumah rehat, padang golf, Kg. Tg Kapor, Kg. Pantai Bahagia serta Jln menuju ke Kota Kinabalu melalui Jln Tamalang Jua tidan dapat dilalui buat masa ini.



Sementara itu, menurut adun Matunggong (Yb Dato' Jelani Hamdan), yang dipetik menerusi akaun Fb beliau, memaklumkan yang beliau akan sentiasa "Alert" dan memantau situasi banjir di kawasan terlibat serta menasihatkan penduduk agar segera memaklumkan kepada beliau sebarang maklumat terkini dan yang memerlukan tindakan segera.

Berikut merupakan kenyataan YB Dato' Jelani Hamdan yang dipetik menerusi akaun rasmi beliau:

Makluman
Sebagai member dalam Grup Whatsapp Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Alam Kudat ( Termasuk Matunggong ) saya sentiasa " Alert" dengan perkembangan bencana alam dan banjir yang berlaku di Kawasan kita. Sebarang info/kecemasan di tempat anda yang dimaklumkan kepada saya, saya akan maklumkan TERUS tanpa berlengah kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Kudat yang dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kudat ( termasuklah OCPD, DE, Bomba, Hospital dan lain2 jabatan ).

Sebarang aduan boleh dibuat terus kepada saya ( 0198713888) atau Bilik Gerakan Bencana Alam Kudat di talian 088620401. TK