AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)




Amaran angin kencang dan ribut bergelora telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia yang melibatkan beberapa kawasan di Sabah.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter(15 kaki) yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga Sabtu, 17 Januari 2015.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Sandakan) dijangka berterusan sehingga Sabtu, 17 Januari 2015. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Pada amaran terdahulu, MMD telah mengeluarkan amaran ribut petir pada 08:19am (14 Januari 2015). Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Sabah : Bahagian Kudat, Sandakan (Daerah Beluran, Kinabatangan dan Sandakan), Tawau (Daerah Lahad Datu) dan WP Labuan dan dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Rabu 14 Januari 2015.


No comments:

Post a Comment