BANJIR DI KOTA BELUD 2015

Beberapa kawasan rendah di sekitar Kota Belud telah dinaiki air. Hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan air naik mencecah paras 5.5 meter.

Empat kampung terjejas banjir termasuklah, Kg. Rangalau, Kg. Kota Belud, Kg. Lebak Engad dan Kg. Sembirai.

Sehingga pukul 12 tengahari tadi, seramai 159 orang terdiri daripada 45 keluarga terlibat banjir dipindahkan ke pusat pemindahan (Dewan Tun Said, Kota Belud).

Pecahan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Tun Said;

Dewasa Lelaki : 13 org,
Dewasa Perempuan : 41 org,
Kanak2 Lelaki : 36 org,
Kanak2 Perempuan : 59 org,
Bayi Lelaki : 7 org
Bayi Perempuan : 3 org

Menurut sumber daripada JPAM Sabah, bacaan paras air sehingga 12 tengahari tadi mencecah 5.5meter. JPAM Sabah telah menggerakkan kelengkapan logistik ke kawasan terlibat banjir dengan kekuatan seramai 14 orang anggota termasuk seorang pegawai untuk memantau dan memindahkan mangsa banjir.


Jalan bypass kk-km tidak boleh dilalui dan jalan bypass kg sembirai telah dinaiki air dan berbahaya untuk kenderaan kecil. Manakala Jalan bobot juga tidak boleh dilalui buat masa ini.


Kredit: H^Lina, JPAM Sabah, Pejabat Daerah KB

No comments:

Post a Comment