BANJIR 2015: BEBERAPA KAWASAN DI LAHAD DATU DAN TAWAU DINAIKI AIR

Kampung Sepagaya di Lahad Datu telah dinaiki air sehingga mencecah paras lutut. Sehingga 12 tengahari tadi, belum ada mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan. Keadaan sehingga kini adalah terkawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, Batu 24 Balung Tawau turut ditenggelami air. Sebanyak 8 buah rumah telah ditenggelami air dengan 4 keluarga telah dipindahkan. Menurut sumber, keluarga yang terlibat banjir menumpang di rumah saudara-mara yang tidak terlibat dengan banjir.

Padang  Sekolah Menengah Kebangsaan Balung turut ditenggelami air. Jalan di Km 24 Jalan Apas Balung tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kredit: Mel, L

No comments:

Post a Comment