Dipetik daripada: Facebook Ustaz Don Daniyal
Tips Khusyuk Dalam Solat:


1) At-TAFAHUM : Memahami semua bacaan di dalam solat dan menghayati maknanya.



2) At-Ta'zim : Merasakan kebesaran Allah SWT seolah-olah kita berada di hadapan-Nya.



3) Al-Haibah : Menghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah SWT, sejurus dapat merasai kehebatan Allah.

4) Ar-Raja' : Mengharapkan rahmat Allah SWT dengan penuh harapan bahawa ibadat kita akan diterima.

5) Al-Haya' : Berasa malu kepada Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita terhadap-Nya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat kepada-Nya.

"Sesungguhnya Solat itu dapat mencegah daripada perbuatan buruk dan mungkar." (Al-Ankabut: 45)

"Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat itu sedang bermunajat dengan tuhannya." (Riwayat Bukhari)

Dipersilakan SHARE