RASULULLAH S.A.W bersabda, Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti bonggol unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tak mencium semerbak harumannya." (HR. Abu Daud).

Rasulullah bersadba, "Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (jibab)." (HR. Ahmad, Adu Daud, Tirmidzi, bn Majah)

Kajian sains kontemporari telah menemui bukti bahawa perempuan tidak bertudung dan tidak menutup aurat serta berpakaian ketat atau tembus pandang kemungkinanb oleh terdedah kepada pelbagai jenis penyakit kanser yang serius melibatkan anggota tubuhnya yang terdedah. Risikonya akan lebih dirasai oleh wanita yang gemar berpakaian ketat.

Sebuah majalah perubatan di Britain telah mendedahkan tentang hasil kajian tersebut dengan menyiarkan beberapa fakta. Abtara fakta tersebut ialah bahawa kanser ganas milanoma pada usia muda, dan ia semakin meningkat serta merebak sehingga ke bahagian anggota kaki. Malah, [enyebab utama penyakit kanser ganas ini adalah berpakaian ketat yang dipakai oleh kebanyakan wanita di bawah pancara nterik matahari dalam tempoh yang lama. Malah, sarung kaki dari benang nylon yang dipakai oleh kebanyakan wanita tersebut juga langsung tidak memberi apa-apa kebaikan untuk melindungi anggota kaki mereka dari serangan penyakit kanser.

Selain itu, majalah perubatan Britain ini juga telah melakukan kajian tentan penyakit tersebut, dan mendapati ia begitu mirip dengan keadaan yang pernah dihadapi oleh orang-orang yang derhaka (orang-orang kafir Arab) yang didakwahkan oleh Rasulullah. Berkaitan tentang perkara ini, Allah s.w.t berfirman:
"Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini (Al-Quran) adalah benar dari sisiMu maka hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih" (Surah Al-Anfaal:32)

Dan sesungguhnya telah datang azab yang pedih ataupun yang lebih ringan dari hal itu, iaitu penyakit kanser. Malah, kanser itu adalah lebih merbahaya dan serius berbanding dengan penyakit kanser lain. Dan penyakit ini merupakan kesan dari pancaran cahaya matahari yang mengandungi ultra violet dalam tempih lama pada mereka yang memakai pakaian yang ketat terutama berbikini di pantai.

Ada kalanya, penyakit kanser ini akan menyerang seluruh tubuh dalam kadar yang berbeza-beza. Kadang-kadang berupa bulatan kecil saja, kebanyakan di kawasan kaki atau betis dan di kawasan sekitar mata, kemudian merebak ke seluruh bahagian tubuh disertai pertumbuhan di kawasan yang biasa dilihat, pertautan limpa (kawasan di atas paha), dan menyerang darah, dan menetap di hati serta merosakkannya.

Ia juga boleh menyerang janin di dalam rahim ibu yang sedang mengandung. Orang yang menderita kanser ini tidak akan hidup lama.


Dari sini, kita mengetahui hikmah yang agung anatomi tubuh manusia di dalam perspektif Islam tentang perempuan-perempuan yang melanggar batas-batas syariat iaitu bahawa model pakaian perempuan yang benar adalah yang menutupi seluruh tubuhnya, tidak ketat, tidak telus, kecuali wajah dan telapak tangan. 

Semakin jelaslah bahawa pakaian yang sederhana dan sopan adalah upaya preventif yang paling bagus agar tidak terkena "azab dunia" seperti penyakit tersebut di atas, apalagi azab akhirat yang jauh lebih dahsyat dan pedih. Kemudian, apakah setelah adanya kesaksian dari ilmu pengetahuan kontemporari ini-padahal sudah ada penegasan hukum syari'at yang bijak sejak 14 abad silam-kita akan tetap tidak berpakaian yang baik (tudung), bahkan malah tetap bertabarruj.

Sumber: Detik Islam


Berikut ini beberapa manfaat menutup aurat menurut Islam dan ilmu pengetahuan.

Selamat dari azab Allah s.w.t (azab neraka) 
"Ada dua macam penghuni neraka yang tidak pernah kulihat sebelumnya; sekelompok lelaki memegang cemeti laksana ekor sapi, mereka memukul manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, sesat dan menyesatkan, yang di kepada mereka ata sesuatu mirip belakang unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau syurga itu tercium dari jarak yang jauh." (HR. Muslim).

Imam An-Nawawi rahimahumullah menjelaskan bahawa yang dimaksud dengan "Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang 'ialah mereka yang menutup sebahagian tubuhnya dan menampakkan sebahagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya serta inginkan perhatian di khalayak ramai.

Terhindar dari masalah maksiat.
Banyaknya maksiat terhadap kaum wanita adalah akibat tingkah laku mereka sendiri. Kerana wanita merupakan fitnah (godaan) terbesar. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w; "Sepeninggalanku nanti, tidak akan wujud fitnah yang lebih berbahaya begi lelaki daripada wanita." (HR. Bukhari)

Memelihara kecemburuan lelaki
Sifat cemburu adalah naluri yang telah Allah s.w.t tanamkan kepada hati lelaki agar lebih menjaga harga diri wanita yang menjadi marhamnya. Cemburu merupakan sifat terpuji dalam Islam. 
"Allah itu cemburu dan orang beriman juga cemburu. KEcemburuan Allah adalah apabila seorang mukmin menghampiri apa yang diharamkan-Nya." (HR. Muslim)

Wanita menutup aurat umpama bidadari Syurga
"Dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka tidak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya (masih suci dan kekal dara)." (Surah Ar-Rahman: 56)

"Mereka laksana permata yakut dan marjan." (Surah Ar-Rahman: 58)

"Mereka laksana telur yang tersimpan rapi (tidak pernah) diganggu oleh sesiapa pun). " (Surah Ash-Shaffaat: 49)

Dengan menutup aurat, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga iaitu menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh bukan mahramna dan yang sentiasa berada di rumah untuk menjaga kehormatan diri. Wanita inilah merupakan perhiasan yang amatlah berharga.

Mencegah penyakit kanser kulit
Kanser adalah sekumpulan penyakit yang menyebabkan sebahagian sel tubuh berubag sifatnya. Kanser kulit adalah penyakit yang terbentuk akibat kekacauan dalam sel yang disebabkan oleh penyinaran cahaya, zat-zat kimia, dan sebagainya. Hasil kajian menunjukkan kanser kulit biasanya disebabkan oleh sinar Ultra Violet (UV) yang menyinari wajah, leher, tangan dan kaki. Kanser ini banyak menyerang orang berkulit putih, sebab kulit putih lebih mudah terbakar matahari.

Wanita memiliki daya tahan tubuh lebih rendah berbanding lelaki. Oleh itu, wanita lebih mudah terserang penyakit khususnya kanser kulit. Disebabkan itu, cara untuk melindungi tubuh dari kanser kulit adalah dengan menutup kulit. Salah satunya dengan memakai pakaian menutup aurat kita melindungi kulit dari sinar UV.

Melambatkan gejala penuaan
Penuaan adalah proses semula jadi yang sudah pasti dialami oleh semua orang iaitu lambatna proses pertumbuhan dan pembelahan sel-sel dalam tubuh. Gejala-gejala penuaan antara lain adalah rambut memutih, kulit keriput dan lain-lain lagi. Penyebab utama gejala penuaan adalah sinar matahari. Sinar matahari memang penting bagi pembantukan vitamin D yang berperanan penting terhadap kesihatan kulit. Namun, secara ilmiah dapat dijelaskan bahawa sinar matahari merangsang melanosit (sel-sel melanin) untuk mengeluarkan melanin, akibatnya rosaklah jaringan kolagen dan elastin. Jaringan kolagen dan elastin berperanan penting dalam menjaga keindahan serta kelenturan kulit.

Sumber: Koleksi Misteri