PERBICARAAN KES BLOGGER "MILO SUAM" DIJADUAL SEMULA 19-21 OGOS



KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret pada Khamis menetapkan 19-21 Ogos untuk mendengar seorang blogger berusia 29 tahun dari Melaka yang dituduh menyiarkan satu kenyataan di laman sesawang dengan niat untuk menyebabkan rasa takut kepada awam.

Majistret Nuruhuda menetapkan tarikh tersebut bagi Yusuf Al-Siddique Suratman selepas peguamnya Farazwin Hexdy yang menggantikan Erveena Ansari, memohon kes untuk didengar selepas Hari Raya Puasa, berkata Yusuf adalah dari semenanjung.

Timbalan Pendakwa Raya Afzan Abd Kahar tidak mempunyai bantahan terhadap tarikh perbicaraan yang dijadualkan semula dari 22-23 Julai tahun ini.

Mahkamah juga menetapkan 1 Ogos untuk pengurusan kes. Yusuf dituduh menyiarkan kenyataan, "BORANG UTUSAN POLIS" pada (KLIK: ARTIKEL) antara 6 dan 7 Mac tahun ini.

Menurut pertuduhan itu, kenyataan tersebut dibaca pada pukul 8 pagi, 7 Mac tahun ini di bilik mesyuarat ibu pejabat Polis daerah di sini.

Dia pada 25 Jun mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan tu di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Yusuf dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin tempatan dan pasportnya diimpaun oleh Mahkamah.

Kira-kira lapan saksi akan dipanggil sepanjang perbicaraan.

No comments:

Post a Comment