Aku bukanlah peminat rancangan hiburan terutama sekali yang berbentuk nyanyian yang memerlukan peserta mengalirkan air mata kesedihan kerana tersingkir, rayuan undi penuh beremosi meskipun suara tak seunik mana hinggakan penonton dan penyokong terpaksa berhabis RM50-RM200 seminggu untuk mengundi peserta/artis pilihan agar layak ke pusingan terakhir ataupun menggelak daripada tersingkir. Aku jenis manusia yang suka pada hiburan berbentuk Kugiran/gig, kerana di situ lebih menerapkan elemen-elemen "only the best will survive".
Aku pada mulanya tidak tertarikpun untuk menonton Video SUNG BONG CHOI yang dikongsikan oleh seorang sahabat melalui facebook. Namun yang membuatkan aku tertarik untuk terus menonton video nyanyian Sung Bong Choi ni hanya apabila aku terpandang jumlah penonton yang telah menonton persembahan beliau (89, 453, 623). Suatu angka yang sangat besar dan pastinya sukar untuk dicapai oleh sebilangan besar artis di Malaysia.
Kisah seorang anak yatim yang hidup seorang diri dan tidur ditangga dan tandas awam. Menyara kehidupan dengan hanya menjual gula-gula getah dan minuman tenaga. Suatu kepayahan hidup yang mungkin sukar untuk digambarkan, tambah lagi hidup di negara yang serba maju seperti Korea. Berikut video yang dimuat naik dalam laman YouTube, ringkasan cerita suka-duka beliau sepanjang hidup sebagai anak jalanan.
Individu yang banyak membantu Sung Bong Choi (Jeong-So Park) sempat berkongsi cerita saat pertama kali bertemu Sung Bong Choi.
Cerita sedih ini turut mendapat liputan meluas oleh media-media massa di eropah seperti CNN, ABC dan BBC. Hebat bukan! liputan bukan hanya kerana keunikan suara yang dimiliki oleh Sung Bong Choi tetapi juga cerita sebenar yang tidak diketahui umum.
Liputan ABC News
Liputan CNN
Nasional TV (Italy)
Just Tv Brasil
Inilah yang dikatakan artis berbakat. Tidak perlu merayu undi atau mengalirkan air hanya semata-mata untuk merayu undi, tapi undi yang datang kepada beliau adalah undi yang datang ikhlas daripada hati peminat bukan kerana simpati tapi kerana bakat yang dimiliki oleh beliau.
0 Comments