NGO MAHU MAHKAMAH SAHKAN PERJANJIAN MALAYSIA



Dipetik: Daily Express
KOTA KINABALU; Ahli-ahli NGO protem yang menggelarkan diri mereka Borneo Native Liberation (Bonali) bersama-sama dengan aktivis Datuk Patrick Sindu telah memfailkan writ meminta mahkamah mendukung dan mengesahkan Perjanjian Malaysia.

"Jika atas sebab-sebab perundangan, mahkamah tidak mendukung Perjanjian Malaysia maka kami menggesa mahkamah memerintahkan pihak-pihak yang masih tinggal dalam Persekutuan Malaysia untuk menyempurnakan Perjanjian Malaysia yang baru.

"Ini akan mengakhiri desas-desus palsu dan bertujuan jahat mengenai Malaysia," kata Setiausaha protem Bonali, Maslan Maginda. Dalam writ tersebut, plaintif yang terdiri daripada enam ahli Bonali, termasuk Pengerusi protem, James Ait dan Sindu menamakan Kerajaan Malaysia, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.

"Kami sudah bosan dengan cerita-cerita kedai kopi dan kami perlu melakukan sesuatu yang serius dengan membawa perkara ini ke mahkamah,' katanya, menambah bahawa kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu baru-baru ini memperlihatkan apa yang akan terjadi apabila sesebuah kerajaan kekurangan tindakan yang konkrit dan berkesan dalam menangani pendatang tanpa izin dan pengundi yang diragui.

"Disebabkan kekurangan tindakan yang berkesan, pemberontak dari Filipina begitu berani melancarkan serangan di Lahad Datu;" katanya, manambah bahawa demi kepentingan anak negeri dan keselamatan rakyat Sabah, mereka tidak boleh membiarkan Malaysia diperlekeh oleh kuasa-kuasa luar.

"Kuasa-kuasa luar berterusan mengatakan bahawa Perjanjian Malaysia tidak sah kerana Singapura telah keluar tanpa perundingan dan persetujuan yang teratur antara Sabah, Sarawak dan Malaya. Sudah sampai masanya untuk menyelesaikan perkara ini dan mendukung Perlembagaan Persekutuan,' katanya dalam satu kenyataan.

No comments:

Post a Comment