Sumber: Majalah Kisah Benar
Sememangnya kita tahu golongan golongan raja merupakan golongan terkaya di dunia di ikuti dengan pemimpin pemimpin serta ahli polit sesebuah negara. Tetapi tahukah anda 10 orang raja terkaya didunia? Dan catatan ini berdasarkan rekod kekayaan setakat tahun 2010.

No. 1 – Raja Bhumibol Adulyadej 
Raja Bhumibol Adulyadej adalah raja terkaya di dunia menurut majalah Forbes. Baginda adalah seorang raja dari negara Thailand dan kekayaannya dianggarkan bernilai AS$30 billion
Baginda juga merupakan raja tertua di kawasan Asia Tenggara. Raja Bhumibol dicatatkan sebagai raja yang paling lama memerintah dalam sejarah negara Thailand. Baginda menggunakan kekayaannya dalam projek-projek pembangunan luar bandar di negaranya. Raja ini memegang rekod kerana memiliki gelaran kehormatan dari Universiti paling banyak di dunia, iaitu sebanyak 136 gelaran.

No. 2 – Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah pemerintah kerajaan terkaya di dunia ketika ini. DIa adalah Sultan Brunei ke-29 dan kekayaannya dianggarkan sebanyak AS$20 billion.
Baginda mengumpul 3000 hingga 6000 kereta mewah di dalam garaj istananya, Istana Nurul Iman, yang merupakan kediaman rasminya. Istananya diketahui merupakan istana terbesar di dunia, jauh lebih besar dari istana di Vatikan sekalipun. Ketika selesai dibangunkan, istana ini menelan belanja sebanyak AS$350 juta, dan memiliki 1788 bilik tidur serta 257 bilik mandi.

No. 3 – Raja Abdullah Abul Aziz
Raja Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud adalah seorang pemerintah kerajaan Arab Saudi dengan kekayaan yang dianggarkan sebanyak AS$18 billion. Raja Abdullah Bin Abdul Aziz berusia 83 tahun dan kini semakin kaya kerana hasil dari penggalian minyak serta gas dan tentunya dari hasil pendapatan penyelenggaraan haji.

No. 4 – Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan
Sheikh Zayed Al Nahyan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan raja dari kerajaan Abu Dhabi. Berumur 59 tahun dan nilai kekayaannya dianggarkan lebih dari AS15 billion. Kerajaannya mempunyai sepersepuluh dari cadangan minyak di seluruh dunia. Jadi sudah sewajarnya jika baginda memiliki kekayaan sebanyak ini. Kediaman rasminya adalah Istana Amiti.

No. 5 – Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum
Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum adalah Ketua Pegawai Eksekutif (UAE). Tinggal di DUbai dan berusia 57 tahun. Kekayaannya dianggarkan sebesar AS$4.5 bilion.

No. 6 – Putera Hans-Adam II Von und zu Liechtenstein
Putera Hans-Adam II adalah seorang putera daripada sebuah negara kecil di kawasan Eropah bernama Leichtenstein. Dengan usia 62 tahun, baginda akan segera mewarisi sebuah dinasti kaya yang telah berusia 900 tahun. Dianggarkan bahawa baginda mempunyai kekayaan sebanyak AS$3.5 bilion.
Baginda biasanya akan menghabiskan masanya untuk mengumpul karya seni dan juga mengelola beberapa bisnes kerajaan yang didirikan oleh keluarganya. Istana yang dimilikinya memiliki senibina bergaya gothic kuno, dengan gerbang masuk istana setinggi 11 meter.



No. 7 – Raja Mohammed IV
Raja Mohammed IV berasal dari Morocco dan berusia 44 tahun. Dikatakan bahawa baginda adalah 'billionaire' kerajaan termuda di dunia. Kekayaan peribadinya dianggarkan sebanyak AS$2.5 billion. Kekayaan sebanyak ini diperolehi kerana negaranya menguasai pengeluaran fostat dunia, di mana Morocco menghasilkan dua pertiga dari jumlah keseluruhan fasfat yang dihasilkan dunia. Istana yang dimilikinya dikenali dengan taman-tamannya yang indah dan gerbang utama yang sangat megah.

No. 8 – Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani
Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani adalah Emir Qatar dengan kekayaan yang dianggarkan berjumlah AS$2.4 billion. Berusia 55 tahun dan dikenali di seluruh dunia kerana pernah menggulingkan ayahnya 10 tahun lalu. Qatar merupakan negara yang memiliki cadangan minyak yang luas serta negara yang paling banyak mempunyai cadangan gas semulajadi di dunia.
Selain terkenal kerana jasanya mengembangkan sumber minyak bumi dan gas alam, baginda juga termashyur kerana sumbangannya memodenkan tentera bersenjata negaranya. Istananya terletak di Doha, tetapi baginda sendiri tidak mendudukinya. Istana tersebut digunakan untuk kegiatan parlimen dan juga menerima tetamu negara.

No. 9 – Putera Albert
Putera Albert II adalah pemimpin kerajaan Monaco. Berumur 49 tahun, kekayaannya dianggarkan sebesar AS$1 billion. Putera ini diketahui sebagai satu-satunya Ketua negara di dunia pernah mengunjungi kutub utara. Di istananya seringkali diadakan program seperti konsert terbuka hingga pesta Krismas kanak-kanak.
Di istana itu juga terdapat galeri seni bergaya itali dan juga banyak bilik pameran megah lain. Ruang singgahsananya akan mengingatkan kita pada zaman Renaissance. 

No. 10 – Putera Aga Khan
Putera Aga Khan (71 tahun) adalah seorang pemimpin spiritual muslim Ismaili dengan kekayaan yang dianggarkan berjumlah AS$800 juta. Aga Khan mengetuai Aga Khan Development Network yang mempunyai pelaburan di pelbagai projek pembangunan di Asia dan Afrika.
Baginda mendermakan istananya pada India tahun 1969 untuk menghormati Mahatma Gandhi dan filisofi pengikut Gandhi. Istananya terletak di Pune, India dan didirikan pada tahun 1892. Tujuan istana Aga Khan didirikan adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan bagi orang setempat yang sedang dilanda kebuluran.