DKM SABAH SOKONG USAHA MURNI SAUDARA AZHARRI




Dalam usaha beliau untuk mempertahankan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi, mungkin apa yang melanda beliau kini merupakan suatu dugaan daripadaNYA. Dipihak DKM Sabah, akan menyokong usaha murni beliau dalam mempertahankan kerajaan berdaulat yang terbina daripada benih-benih demokrasi yang subur dan dimurnikan dengan sistem pilihan raya. Rakyat memilih pemimpin yang mewakili mereka berdasarkan kerusi DUN dan Parlimen yang diperuntukkan dan bukannya berdasarkan undi popular.

Sejujurnya dari DKM Sabah, jika pihak pembangkang dengan lantang melaungkan kebebasan media massa, seharusnya penulis seumpama Saudara Azharri diberi ruang. Bahan penulisan beliau jauh lebih berkualiti dan berfakta jika dibandingkan dengan hasil penulisan blogger maya pro pembangkang.

Belum jadi Perdana Menteri (PM) lagi, kerja asyik menyaman pendedahan. Kalau dah jadi PM nanti, DKM Sabah tidak hairan jika nilai kebebasan media terus disekat. Berikut DKM Sabah sertakan respon Saudara Azharri berhubung dengan tindak balas DSAI;

"Saya barangkali juga terlepas pandang bahawa dalam perbualan itu Bapak Jusuf Kalla menyebut supaya kita harus menyelidikinya, kita harus mengkajinya, supaya mendapat kebenarannya terutama hal-hal dana asing.

"Maknanya Bapak Jusuf Kalla tidaklah secara direct berkata Anwar diberikan dana asing sekian banyak jumlahnya, ianya perlu diterangkan supaya dapatan itu diselidiki dan disiasat lagi. Namun begitu, gambaran di muka hadapan akhbar Berita Harian sangat tidak tepat, kerana ianya telah memberi persepsi yang berbeza, khususnya kepada Bapak Jusuf Kalla.

"Satu perkara yang mendesak saya menulis artikel tersebut ialah akibat daripada provokasi DS Anwar Ibrahim di dalam dan di luar negara terhadap kerajaan yang sudah dipilih oleh rakyat. Pertemuannya dengan Presiden Indonesia di Bali, pertemuannya dengan wartawan Indonesia dan rancangannya untuk mengadakan Himpunan Black Out 505 pada 22.6.2013 yang baru lalu.

"Semua itu mendesak dalam fikiran saya, apakah saya harus berdiam diri sahaja tidak membantu Kerajaan saya, negara saya dan Perdana Menteri negara saya?

“Dengan tujuan supaya pengikut-pengikut DS Anwar berhenti daripada membuang masa berdemo dan berkhemah di padang Merbok, supaya mereka sedar ianya perbuatan yang sia-sia kerana walaupun DS Anwar menolak keputusan PRU13, tetapi pada masa yang sama DS Anwar menerima juga keputusan PRU13 di mana beliau datang ke parlimen, makan dan bermesra dengan DS Najib dan seterusnya mengangkat sumpah.

“Chegu Bard pun tersangat marah kepada wakil rakyat pakatan yang mengangkat sumpah di parlimen seolah-oleh beliau merasa teraniaya dengan Himpunan Blackout 505 yang dia menjadi antara koordinator utamanya.

“Maka saya tidak ada pilihan, melainkan menulisnya. Alhamdulillah tidak ramai yang hadir dalam Himpunan Blackout 505 di Padang Merbok, bukanlah saya kata kerana disebabkan tulisan itu, sekurang-kurangnya saya harus membantu kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat ini," katanya

Sumber : http://merdeka-online.com/home/cara-berita-harian-manupulasi-kenyataan-jusuf-kalla 



No comments:

Post a Comment