SEKADAR LUAHAN





Assalamualaikum.....

Sisipan terbaru untuk ruang bicara DKM Sabah. Ramai yang bertanya kenapa blog DKM Sabah tidak berlumba-lumba dalam mengemas kini Post terkini seperti mana blogger lain dan ada juga yang hantar mesej di FB bertanyakan kenapa tidak update perkembangan terkini menjelang PRU sehinggalah keputusan rasmi diketahui?. Jawapan aku satu, tidak perlu kita menghebahkan tektik dan perancangan parti yang bertanding, biarkan rakyat lihat dan nilai sendiri siapa yang mereka inginkan.

Aku berminat untuk syering, perdebatan ringkas aku dengan seorang mahasiswi IPTS melalui WhatsApp sehari sebelum hari pengundian. Perdebatan ini pada mulanya tidaklah dirancang, namun terjadi selepas sahabat tersebut memaparkan gambar 3 wanita yang hanya dilitupi dengan coli dan seluar dalam serta badan diwarnai dengan lakaran bendera parti bertanding (DAP, BN dan PKR).

Mahasiswi IPTS itu bertanya, yang mana satu parti awak pilih?.... 
pehhhhh..... ini 1st time ada perempuan bagi gambar macam tu....
Aku dengan slumber beruknya berkata, aku pilih Parti Spender putih.
Mahasiswi IPTS tu pun berkata, mana ada spender putih kt gambar tu!

Aku rasa dia tak updete perkembangan politik semasa kot, sebab dia tak tau pun pasal video seks Mustafa Ali... sebab stahu aku budak ni sibuk mencari tempat sesuai untuk Praktikel dia.

Aku kata ja...... Parti Spender Putih tu adalah, parti PAS yang ada pemimpin kotor dan terlibat dengan skandal seks...

Pehh.... punya main marah Mahasiswi IPTS ni, dia pun dengan yakinnya kata, SAYA NI PENYOKONG TEGAR PAS DAN PKR TAU!

Aku jawab balik, awak PAS ke PKR ke tu hak awak, pegangan awak, suara awak dan tiada siapa boleh nafikan.

Mahasiswi IPTS itu pun nampak seakan2 berminat untuk tahu kenapa aku PRO BN... ok kalau awak PRO BN hujahkanlah kenapa awak sokong BN? pastikan hujah tu berfakta dan jangan hentam kromok je.......

Nah!.... ni kali la kau rasa,
aku mula menaip kat WhatsApp tu dengan satu soalan ringas..... Anda pernah menetap atau belajar di negeri-negeri taklukan pembangkang?..... 3x aku tanya, kali ke-3 tu baru dia jawab TIDAK dan sila mulakan hujah anda.....

Kita mula dari kedah...
aku belajar di UUM Sintok.... kalau awak tanya saya kenapa BN kalah di kedah, jawapan aku senang, sebab kebanyakan wakil rakyat BN lena dibuai mimpi. Wakil rakyat sukar dihubungi, tidak turun padang dan penuh dengan pelbagai isu peribadi.

Malah lagi parah, musim tu rancangan BERSAMAMU TV3 menjadi rancangan favourite mahasiswa kerana banyak memberi iktibar bahawa di luar sana ada ramai lagi golongan kurang bernasib baik. Nak dijadikan cerita, ada satu tempat yang mana berlangsungnya sesi pengambaran rancangan ini di Kedah, YB tersebut dikhabarkan tidak berpuas hati kepada TV3 dan minta diadakan pengambaran semula semata-mata untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau YB yang baik dan rajin turun padang..... Cerita tersebut heboh diseluruh Kedah dan isu itu menjadi punca kenapa rakyat Kedah benci kepada BN pada ketika itu.

Perlu diingat, Mind set pengundi di Kedah ni jauh lebih matang.  Mereka mengundi bukan melihat parti politik tapi melihat YB yang bertanding. Sebab apa? sebab bagi mereka YB ni la yang akan menjadi tempat untuk mereka meluahkan masalah, memohon bantuan kebajikan dan akan membela mereka untuk tempoh 5 tahun selepas PRU. So jangan hairanlah kalau di Kedah tidak semua calon BN kalah pada PRU12. Mukhriz misalnya menang bukan atas tiket BN tapi atas tiket beliau merupakan YB yang baik dan boleh buat kerja di samping imej baik Tun M di Kedah.

Mahasiswi IPTS tu bertanya: so awak rasa Kedah siapa yang menang? BN atau PR?

Jawapan aku; berdasarkan situasi politik negeri Kedah itu sendiri dan imej PAS yang semakin lemah, aku tidak menolak BN akan kembali merampas Kedah.

Mahasiswi IPTS tu bertanya: Kenapa?

Sebab kedah ni banyak sekolah pondok ba...... dulu PAS kuat kerana perjuangan berlandaskan Islam, Isu Murtad Lina Joy kerap dimainkan, senjata ampuh PAS adalah Ust Akhil Hayy yang kerap berceramah politik diserata negeri. Imej PAS lebih gah daripada PKR. Namun setelah bergabung dengan PKR dan DAP, imej PAS semakin tercalar.

Bayangkan, sebuah parti yang dahulunya ingin melaksanakan hukum hudud, undang-undang dan peraturan Islam jika diberi peluang mentadbir Kedah kini telah berubah. Aku ingat lagi, ketika MB Kedah (Ust Azizan) memutuskan untuk mengharamkan penjualan arak dan operasi kelab-kelab Disco ketika bulan Ramadhan, arahan itu terpaksa ditarik balik hanya kerana Karpal Singh bersuara.

Toolonglah..... bagaimana sebuah parti yang berlandaskan Islam dan ingin menegakkan syiar Islam terpaksa tarik balik arahan hanya kerana ditegur oleh Karpal Singh.

Kalau awak (Mahasiswi IPTS) kata awak PAS, saya terlebih dahulu telah menyertai aktiviti protes anjuran PAS. Protes murtad Lina Joy dan boikot barangan yahudi. Tapi kami join bukan kerana parti tapi perjuangan atas landasan Islam.

Kalau awak (Mahasiswi IPTS) tanya saya Penang Bn boleh menang atau tidak, jawapan aku TIDAK. Kenapa, sebab suasana di negeri-negeri maju seperti Penang dan Selangor cenderung menolak BN.
Komponen BN seharusnya sudah boleh membuat perbandingan nyata, beza zaman BN mentadbir Penang dengan zaman DAP kini. Dulu orang kata Komtar macam rumah hantu dan suram, kini telah terang benderang ketika zaman DAP.

Selangor anda kata air percuma, aku kat sana tingal area Puchong dekat setahun lebih, bekalan air balik-balik putus malah siap kena catu lagi. Ya air tu percuma, tapi kalau bekalan air di Selangor lebih teruk daripada bekalan air kat Sabah, baik lagi duduk negeri sendiri kalau sampai tahap aku kena mandi di stesen Petronas. Dorang kata kalau orang mati dapat RM1000, keluarga jiran aku mati tak dapat apapun.... malah nak aply pun banyak birokrasi. PR kata BN birokrasi, tapi PR apa kurangnya.

Situasi ini aku turut bagi adik ipar aku yang dapat ofer study kat KUIN rasa sendiri. Aku saja2 nak kacau pejabat PKR dan bagi dia rasa sendiri yang pembangkang lagi kuat Birokrasi. Walaupun aku tau IPTS tidak layak untuk dapat RM1000, tapi untuk buktikan sesuatu aku bagi tau ja yang dia layak dan kita tidak tahu slagi tak cuba.

Pejabat PKR yang jadi sasaran kami adalah, Pejabat PKR Batu Maung (YB Malik...kalau tak silap la). Dari rumah kami telefon dekat 10 kali tapi tidak berangkat. So aku bawa adik ipar aku terus ke pejabat PKR Batu Maung. Selum naik ke tingkat atas, kami sempat lagi telefon Pejabat PKR untuk test samada kerani pejabat tu akan angkat atau tak. Tiga kali telefon pun sama juga tidak berangkat, lastly kami naik tingkat atas dan masuk pejabat PKR. Awak (Mahasiswi IPTS) tahu apa kami nampak? Sepanjang kami telefon dan tidak berangkat, ingatkan tiada kerani....rupa-rupanya kerani tu sibuk melayar Facebook. Pehhhhhh.... memang cukup Negara Berkebajikanlah atau CAT (Cuai, Angkuh dan Takbur).

Dia kata BN bagi 500 heboh dan mengungkit...... tapi DAP bagi rakyat Penang RM100 heboh satu dunia, tu tak kata ungkit juga ka... macam kamu kata tu tanggungjawab kerajaan bagi 500, RM100 yang DAP beri tu pun tanggungjawab dorang sebagai kerajaan. Tu pun bagi duit haram yang mana sumbernya 100% duit judi.

Ni isu pendidikan percuma...... tak payah susah payah ambil contoh jauh-jauh la, tengok ja calon PAS di DUN N59 Tg Batu (Fatmawaty). Dia perjuangkan pendidikan percuma, cuba kau (Mahasiswi IPTS) tanya, dia ambil PTPTN ka tidak? Untuk bertanding calon DUN sahaja kena ada wang tunai sebanyak RM15,000 belum masuk wang untuk berkempen dan bayar jentera. Tu jumlah 15,000 cukup untuk bayar 70% yuran pengajian aku (Pengurusan) kt UUM. 

Banyak duit dia..... perjuangkan pendidikan percuma tapi diri sendiri tidak menggunakan PTPTN, rumah boleh tahan, kereta yang kita tahu ada 2 biji yang kita tidak tahu entah berapa!..... Situasi dia ni sama dengan situasi seorang budak yang juga jentera cybertroopers pembangkang. Cakap bagai nak rak, tapi bila tanya guna PTPTN ke tidak, nak tanya sampai 10kali baru berjawab.... siap panggil geng lagi minta tolong backup, last2 cakap tanpa fakta dan hujah ntah apa-apa..... tu la mind set jentera upahan PR... cakap ja apa nak cakap, janji duit masuk.

Orang kaya tidak akan tahu masalah orang miskin macam kita, orang kaya tak tahu betapa nikmatnya PTPTN yang kita terima kerana mereka tidak merasa kepayahan hidup, dorang bangun dari tidur dah ada mak bapak sediakan duit.... kita kena berhempas pulas cari duit untuk survival hidup.....

Dipenghujung perdebatan, Mahasiswi IPTS bersetujuh dengan pendapat aku, malah dia memuji dengan cara aku berhujah yang tidak menggunakan ayat kesat dan caci maki. Malah dia turut bersetuju dengan hujah aku yang menyentuh soal calon PAS yang memperjuangkan pendidikan percuma sedangkan tidak mengambil PTPTN.

Sekurang-kurangnya aku berpuas hati sebab memberikan dia fakta sebenar yang mana aku lalui sendiri. Soal dia nak pangkah parti mana tu hak dia... masing2 ada satu undi, so pandai-pandailah buat pilihan.

Moral of Story: Terdapat ramai lagi mahasiswa/i di luar sana yang dahagakan fakta yang telus, budaya caci-maki hanya akan menjadikan mereka semakin jauh daripada kita dan semakin membenci pengamal politik. Mereka menyertai dan menyokong pembangkang bukan bersifat mutlak, tapi hanya kerana isu yang dibangkitkan pembangkang tidak berjawab oleh orang-orang BN. Dampingi Mahasiswa/i sebagai sahabat dan bukan musuh. 

   

No comments:

Post a Comment