LANDSKAP PRU13 SABAH: ADIK LAJIM UKIN SERTAI BN



Berikutan lawatan rasmi oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ke Negeri Sabah, satu berita gembira yang juga merupakan gambaran positif terhadap jentera-jentera Barisan Nasional (BN) P177 Beaufort bahawa Parlimen P177 Beaufort akan kekal menjadi milik BN. Dua (2) pertistiwa tersebut termasuklah;


Ramli Hj Ukin (Ketua Cabang PKR) yang juga merupakan adik kepada penyandang MP P177 Beaufort (DSP Lajim Hj Ukin) bertindak keluar  PKR dan menyertai BN bermasa-sama 200 orang ahli-ahli PKR Beaufort. 

Selain itu, Perdana Menteri  Dato' Seri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak turun menerima berita gembira apabila, Y.bhg Datuk Rashid Liew (Ketua Bahagian SAPP Beaufort) berserta 60 orang ahli SAPP juga bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN).


Tindakan ini memberi tamparan hebat kepada jentera PKR yang dikatakan tidak yakin dengan keikhlasan DSP Lajim Ukin menyertai PKR kerana beliau (Lajim Ukin) masih merupakan ahli UMNO. DSP Lajim berkemungkinan besar bakal berhadapan dengan undi Protes daripada ahli-ahli PKR.  Sehingga kini jentera-jentera parti PKR dan PPPS (Pimpinan Lajim Ukin) dilaporkan bergerak secara berasingan, bukan hanya ketika berkempen malahan juga bilik operasi yang bergerak secara berasingan.  
















No comments:

Post a Comment