TOLONG SEBARKAN: MAKLUMAT NEGARA ADALAH SULIT..... LISTEN....LISTEN....LISTEN....LISTEN


Maklumat daripada seorang sahabat...

Info ini saya dapat dari rakan sekerja di KK

"Maklumat yang saya dapat dalaman PDRM. Please take note! Penceroboh juga ada dalam page kami dan sedang memerhati setiap post dan comment kita. Tolong jangan update selagi PDRM tidak update confirmed. Sebab diorang (Tentera Kesultanan Sulu) suda cipta post palsu ini untuk menakutkan rakyat dan buat kita panic. Bila kita sebarkan keadaan akan bertukar nampak macam tentera mereka ramai padahal sikit saja. Ini salah satu taktik diorang.

Tolong pesan dengan orang lain. Tolong jangan update dekat Facebook kalau ternampak ATM tengah buat roadblock dekat mana dan kereta dekat mana. Percuma Penceroboh dapat info! Senang-senang diorang serang. Btw ada apa-apa simpan dalam hati. Mereka sedang memerhati! Kepada Rakyat Sabah, tolong jangan sebarkan maklumat di FB atau dimana-mana sekalipun apa yang anda nampak Polis dan ATM lakukan di Sabah. Apa yang anda nampak itu adalah rahsia pertahanan negara. 


Tolong jangan merasa bangga dengan maklumat yang anda sebarkan. Anda hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Secara tak sengaja anda hanya membocorkan maklumat kepada pengkhianat negara. Sekarang anda juga memegang amanah negara dengan tidak menyebarkan maklumat. Pegang amanah itu erat-erat. Lebih baik berdiam diri dan terus berdoa".




No comments:

Post a Comment