PKR: AGBIMUDDIN BEKAS PENJAWAT AWAM MALAYSIA
Dipetik: Daily Ekspress (21.03.2013)
PETALING JAYA: Agbimuddin Kiram, ketua militan Sulu yang pernah mengetuai sekumpulan 200 orang ke Sabah untuk menuntut negeri itu, merupakan seorang penjawat awam negeri di Kudat, dakwa PKR. Pengarah strategi PKR itu, Rafizi Ramli, berkata maklumat mereka itu diperolehi daripada satu senarai penjawat awam negeri 1975 yang disimpan dalam arkib Sabah, yang mencatatkan penama "Datu Agbimudin Kiram" sebagai seorang pegawai pentadbiran bawahan di daerah Kudat yang dilantik pada 1 Mac 1974 dengan gaji sebanyak RM610.......
Beliau menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan bagaimana militan Sulu itu mendapat kerakyatan Malaysia dan berapa ramai sebenarnya telah diberikan kad pengenalan biru...... Artikel penuh tuntutan... KLIK ...... >>> Rafizi Ramli
"Ini jelas menunjukkan 'projek IC' mempunyai kaitan dengan pencerobohan itu.... yang juga dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Rafizi, yang merujuk kepada rancangan pemberian kerakyatan Perdana Menteri keempat itu antara 1981 dan 2003.
Beliau menyeru Perdana Menteri Datu Seri Najib Razak untuk menjelaskan bagaimana militan Sulu itu mendapat kerakyatan Malaysia dan berapa ramai, sebenarnya, telah diberikan kad Pengenalan biru.
Ulasan Pengarang;
Terlebih dahulu sebelum pengarang mengulas dengan panjang lebar, adalah lebih elok jika anda semua tonton video di bawah. Video yang membuktikan Tian Chua, Siva Rasa, Darell Leiking dan beberapa orang pemimpin pembangkang yang tidak diketahui, telah berada di Philipina selang beberapa hari sebelum insiden pencerobohan di Lahad Datu berlaku.
Terlebih dahulu sebelum pengarang mengulas dengan panjang lebar, adalah lebih elok jika anda semua tonton video di bawah. Video yang membuktikan Tian Chua, Siva Rasa, Darell Leiking dan beberapa orang pemimpin pembangkang yang tidak diketahui, telah berada di Philipina selang beberapa hari sebelum insiden pencerobohan di Lahad Datu berlaku.
Video dirakam pada 10.02.2013 (2 hari sebelum pencerobohan di Lahad Datu).
Program: Majlis CNY PKR 2013
Kemudian lihat pula kenyataan Tian Chua yang diambil daripada akaun Twitter milik beliau;
Dalam ucapan ringkas Darell Leiking, beliau ada mengatakan;
"Baru tadi.... baru semalam (09.02.2013), saya balik daripada Manila untuk satu misi bagi parti dengan rakan kita di sana, YB Tian Chua dan YB Siva Rasa. DSP Wilfred Bumburing pun sepatutnya bersama kami tapi beliau banyak urusan di sini Sabah tapi saya tahu beliau selalu Touch dengan kami berkenaan apa misi kita di manila baru-baru ini......"
Suatu yang mengejutkan, tarikh Tian Chua bertolak ke Philipina (31 Jan 2013) sehingga Darell Leiking memaklumkan kepada hadiri dengan ayat "semalam" (09 Feb 2013), menggambarkan seakan-akan pemimpin-pemimpin pembangkang berada di Philipina untuk suatu tempoh yang agak lama. Kalaupun dengan tujuan untuk mencari bahan bukti berkaitan kes Amalilio, kenapa perlu ambil masa sehingga lebih kurang sepuluh (10) hari. Pelik bukan!....
Gambar: diambil daripada Sabahkini.net
Kembali kepada soalan Rafizi;
1. Apakah Agbimudin Kiram adalah rakyat Malaysia yang telah diberikan kad pengenalan biru?
2. Berapa ramai dari kalangan penceroboh bersenjata yang mempunyai kad pengenalan biru?
3. Berapa ramai dari kalangan mereka yang mempunyai kad pengenalan biru mendapat kad pengenalan biru di bawah Projek IC?
Jika anda lihat petikan artikel daripada Daily Ekspress di atas, wujud dua (2) bukti bercanggah yang boleh pengarang simpulkan sebagai, PENDEDAHAN KURANG BIJAK RAFIZI. Rafizi dan Darell mendedahkan bahawa, Datu Agbimudin Kiram" sebagai seorang pegawai pentadbiran bawahan di daerah Kudat yang dilantik pada 1 Mac 1974 dengan gaji sebanyak RM610. Kemudian mendedahkan pula projek IC oleh Tun Mahathir 1981 dan 2003. Bukankah telah wujud dua situasi dan masa yang berbeza.
Apa yang pelik?
Rafizi menuduh projek IC bermula 1981-2003, yang bermaksud mana-mana individu yang memegang jawatan dalam kerajaan dengan menggunakan IC Projek boleh dipersoalkan dan disama ertikan sebagai usaha kotor kerajaan untuk meramaikan Sabah dengan pendatang asing yang memiliki dokumen dan layak mengundi. Jika Datu Agbimudin Kiram bertugas pada 1 Mac 1974, ini bermaksud bahawa beliau merupakan warga negara, yang memiliki kad pengenalan sah dan tidak ada sangkut paut dengan projek IC 1981 seperti mana yang didakwa oleh Rafizi dan Darell.
Kenapa pula DS Najib perlu menjawab soalan beliau?. Orang yang sepatutnya menjawab ataupun ditanya oleh Rafizi dan Darell adalah Tun M dan Anwar, dan bukannya DS Najib. Lihat, inilah taktik kotor pembangkang yang sengaja mengalihkan perhatian rakyat berhubung dengan penglibatan pemimpin mereka yang ada hubung kait dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Persoalan yang pasti tidak akan terjawab oleh pemimpin pembangkang.
Kenapa tiada seorangpun daripada mana-mana ahli dalam parti politik pakatan pembangkang yang mendesak agar RCI diadakan segera untuk menyiasat insiden pencerobohan di Lahad Datu. Jika kes Teoh Beng Hock, pemimpin pembangkang khususnya DAP boleh menuntut agar RCI diadakan segera, kenapa pula pakatan pembangkang hanya diam membisu dan tidak langsung kedengaran mereka menuntut agar RCI diadakan segera.
Apakah signifikannya Autonomi yang dijanjikan oleh pembangkang khususnya PKR terhadap negeri Sabah dengan Autonomi yang dituntut oleh penceroboh. Satu pihak menjanjikan autonomi kepada negeri Sabah jika menang dan satu pihak lagi menuntut autonomi terhadap Sabah. Artikel Terdahulu >>> Klik>>>The Manila Times
Benarkah Pembangkang Sabah (khususnya PKR) ada menjanjikan tanah satu ekar untuk setiap orang pengundi di Lahad Datu (Silam) jika PKR menang pada PRU13 nanti. Pengarang akan cuba untuk mendapatkan edaran risalah yang dilakukan oleh jentera pembangkang di Felda Sahabat pada tahun lepas.
Rafizi dan Darell sibuk mendedahkan soal projek IC yang konon-kononnya ada melibatkan Tun M, tapi kenapa Darell tidak menghantar perisik untuk menyiasat isu berhubung, pemandu kereta sapu sekitar Pasar Philipin KK yang dikatakan bertindak sebagai duta PKR. Menurut maklumat yang diperolehi oleh pengarang, pemandu-pemandu ini dikatakan mempromosikan PKR kepada penggundi yang menaiki kereta sapu mereka dan menghebohkan bahawa Anwar berjanji akan memberikan IC jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan.
Tahukah anda!
Anwar mengambil masa selama 15 hari untuk mengiktiraf penggorbanan anggota keselamatan di Lahad Datu (mStar). Pengiktirafan dan pujian ini hanya keluar setelah 10 orang anggota pasukan keselamatan terkorban termasuk seorang anggota ATM yang terkorban akibat kemalangan. Mungkinkah pujian ini ada hubung kait dengan usaha Pembangkang yang dilihat semakin terdesak untuk menggembalikan reputasi mereka yang terjejas teruk kesan daripada insiden di Lahad Datu. Jangan lupa inilah manusia yang suatu ketika dahulu menggelarkan anggota keselamatan kita dengan gelaran yang buruk.
Pembangkang dilihat semakin resah jika PRU13 dilambatkan. Ini ditambah pula dengan insiden pencerobohan Lahad Datu yang 100% menjejaskan kempen dan ceramah politik pembangkang di Sabah. Malah pemimpin-pemimpin pembangkang (Anwar, Nurul Izzah, Tian Chua, Lim Kit Siang, Mat Sabu) dilihat tidak berani untuk datang ke Sabah.
Cadangan Pengarang.
1. Kerajaan seharusnya bertindak menubuhkan RCI untuk menyiasat siapa dalang sebenar di sebalik isu Pencerobohan di Lahad Datu. Siasatan perlu disegerakan kerana itu adalah tuntutan rakyat Sabah.
2. Kerajaan negeri seharusnya mengenakan sekatan terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang daripada memasuki negeri Sabah, terutama sekali bagi mereka yang ada mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan "Insiden LD adalah sandiwara UMNO".
0 Comments