Assalamualaikum.

Sebelum saudara/i melanjutkan bacaan, terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan doa kepada anggota keselamatan kita yang sedang berjuang di Lahad Datu Sabah bagi mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara kita daripada diceroboh oleh pihak musuh. Tidak lupa juga untuk kita sama-sama sedekahkan al-fatihah dan berdoa mengikut ajaran agama masing-masing kepada Wira Negara Kita yang telah gugur di medan tempur. 

Terima kasih pengarang ucapkan kepada sahabat-sahabat daripada APS, PKR dan PAS yang sudi menghantar Message di Inbox FB pengarang. Meskipun berbeza ideologi dan fahaman politik, namun kalian tetap memberi sokongan dalam usahan pengarang mendedahkan fakta tersembunyi berhubung dengan PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.

Rasa-rasanya ramai blogger telah menarik balik dan ada juga yang masih kekal dengan pendirian masing-masing berhubung dengan pendedahan dan penglibatan Anwar dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu. Ini mungkin berhubung dengan Saman Anwar terhadap Utusan dan TV3 bernilai 100 Juta. Artikel berhubung saman ada di sini >>>  The Malaysia Insider, Sinar Harian dan lidah rasmi pembangkang, Harakah Daily.


Dalam saat ke 00:18 Anwar bertanya media Fhilipina mana yang kaitkan beliau dengan insiden di Lahad Datu. Jawabnya media Philipina seperti Inquirer News dan The Manila Times. net. Berikut merupakan gambar artikel daripada Inquirer News dan The Manila Times.net.

Artikel dimuat naik pada 01/03/2013 (Bersamaan dengan tarikh 2 anggota keselamatan kita terkorban)


Artikel paling awal diterbitkan, iaitu pada 16/02/2013 dengan terang dan nyata mengaitkan Anwar Ibrahim terlibat.

Tidak cukup dengan itu, terdapat juga laporan daripada akhbar luar seperti Reuters dan ABN News. Kesemua artikel tersebut ada mengaikan ketua pembangkang bertemu dengan Sultan Sulu sebelum insiden pencerobohan di Lahad Datu. 


Artikel dimuat naik pada 14/02/2013 - iaitu dua (2) hari lebih awal daripada The Manila Times. net.

Artikel dimuat naik pada 01/03/2013

Pada minit ke 00:55 Anwar menyatakan bahawa, 
"Najib jumpa sultan Sulu punya wakil janji soal tanah. Dia sebut ada isu tentang tuntutan yang mungkin dikaitkan Anwar mungkin tahu!.."

Anda sendiri baca kesemua artikel tersebut, dan pasti anda semua akan menyedari bahawa tiada satu artikelpun yang diterbitkan terdahulu (14 & 16.02.13, Reuters & The Manila Times. net) dan yang terbaru (01.03.2013, Inquirer News & ABN News) ada menyentuh DS Najib Tun Razak.

Jika anda perhatikan saman yang difailkan oleh Anwar, pengarang perasan bahawa Anwar bukan saman Utusan dan TV3 berhubung dengan pendedahan yang dilaporkan oleh media asing, tetapi penggunaan terma "Dalang" yang diulang berkali-kali oleh Utusan dan berita di TV3. Nyata sekali Anwar cuba untuk mengelirukan rakyat bahawa beliau berada di landasan benar dengan memfailkan saman sedangkan hakikat sebenar beliau hanya menyaman berhubung dengan penggunaan terma Dalang (Sinar Harian).

Jika anda berfikir secara logik, ada pastinya tertanya-tanya, Mengapa Anwar Tidak Saman Pendedahan Tersebut. Jawabnya mudah, jika Anwar Saman berhubung pendedahan tersebut, pastinya Utusan dan TV3 akan menang kerana pendedahan menerusi artikel di Utusan dan buletin TV3 adalah dipetik daripada artikel daripada media asing. Maka peratusan atau peluang untuk Anwar menang adalah tipis.

Pastinya artikel berikut digunakan oleh blogger-blogger upahan pembangkang untuk menafikan penglibatan Anwar.


Siapakah wakil pembangkang yang dimaksudkan? Adakah individu tersebut merupakan ahli PKR sendiri?. Dan tidak terkecuali juga, Harakah Daily pastinya akan menggunakan artikel ini untuk memesongkan pemikiran penyokong-penyokong pembangkang yang kini semakin keliru. Apa masalahnya jika pembangkang guna artikel tersebut?. Artikel tersebut juga dikeluarkan oleh media asing ABN News!

Jawabnya, memang tiada yang salah. Cuma jika anda perhatikan dengan teliti tarikh artikel tersebut dimuat naik, pastinya anda perasan bahawa artikel tersebut dimuat naik pada 04.03.2013. Jadi apa masalahnya kalau 04.03.2013? itu juga merupakan bukti!. Sememangnya fakta tersebut tidak akan disangkal, namun persoalannya kenapa artikel tersebut dimuat naik hanya pada 04.03.2013 bersamaan empat (4) hari selepas penceroboh di Lahad Datu melancarkan serangan sekali gus menyaksikan angka korba di pihak Pasukan Keselamatan meningkat kepada lapan (8) orang. Kenapa artikel penafian tersebut tidak dimuat naik sedari awal lagi, iaitu selepas Reuters (14.02.2013) dan The Manila Times dot Net (16.02.2013) mendedahkan dengan jelas penglibatan Anwar sebagai dalang pencerobohan di Sabah?

Mungkin pendedahan berikut boleh membantu anda berfikir dan kita berharap jika Anwar berani, beliau boleh saman individu ini;


Tian Chua pernah pergi ke Philipina (31/01/2013) dengan tujuan konon-kononnya ingin menyiasat kes Amalilio. Persoalannya, benarkah hanya kes Amalilio yang disiasat oleh beliau, atau ada tujuan lain?


"31 Jan: 10min b4 the flight to Manila, Sabah CPO ordered Amalilio to be taken back from NBI on the excuse of further investigation needed"

Tatkala pengarang sedang menulis artikel ini, tiba-tiba Anwar update status beliau dan memuat naik video tersebut.



Persoalan yang bermain di minda pengarang, Kenapa Anwar sibuk mendesak agar parlimen dibubarkan. Beliau nampaknya lebih risau jika Parlimen lambat dibubarkan. Adakah Anwar sendiri telah sedar bahawa insiden di Lahad Datu Sabah bakal memberi kesan yang cukup besar kepada pengaruh politik beliau. Najib tanpa mandat bukan soalnya, rasa-rasanya tidak menjadi masalah jika Parlimen terbubar dengan sendirinya dan rakyat boleh mengundi. DUN di Selangor juga sudah dua (2) kali Khalid umum hendak bubar, tapi tidak juga dibubar-bubar DUN Selangor.

Jika anda perasan, beberapa hari sebelum atau selepas lawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana ke Sabah, pastinya akan ada wakil Pembangkang terlebih dahulu ataupun beberapa hari selepas lawatan PM dan TPM ke Sabah akan turun melawat Sabah. Namun ketika insiden pencerobohan di Lahad Datu masih berterusan, dan PM telah mengadakan lawatan rasmi ke Ground Zero untuk melawat pejuang-pejuang negara, tidak pula kelihatan wakil-wakil pembangkang dari semenanjung. Bukankah ini semua sandiwara, kenapa pula pembangkang takut untuk datang ke Sabah?

Sekali lagi, pendapat rakyat di kedai kopi ada benarnya, Anwar lebih risau soal politik berbanding apa yang berlaku di Sabah. Anwar lebih sibuk mendesak agar kerajaan mengadakan sidang tergempar berbanding dengan mendesak agar kerajaan menubuhkan Suruhan jaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat siapa dalang sebenar insiden pencerobohan di Lahad Datu. Apa rasionalnya sidang tergempar ketika sudah lapan (8) orang wira negara gugur. Ada baikknya jika semua pihak sama-sama berganding bahu untuk menyelesaikan permasalahan yang melanda Sabah.

Jika anda semua perasan, nada dan irama dalam ceramah Anwar juga telah berubah. Jika sebelum ini segala yang berlaku adalah sandiwara, tapi kini "Anwar Ibrahim: Soal Negara & Tanggungjawab Tiap Rakyat Pertahankan". Kini bukan hanya Anwar, tapi ahli-ahli PKR di Sabah sendiri terpaksa menggunakan pendekatan mengedar risalah fitnah berhubung insiden Lahad Datu. Jika sebelum ini Pembangkang sering katakan anggota keselamatan terutamanya polis sebagai "A***** Kerajaan" kini buat pertama kali dalam sejarah, ahli PAS sendiri mengadakan lawatan kepada pasukan keselamatan. 

Ingat saudara/i yang berada di luar sana, jika anda benci sekalipun anggota keselamatan negara. Janganlah dengan semudahnya memberikan gelaran buruk kepada mereka. Fikirkanlah apa perasaan anda jika anda juga digelar sedemikian rupa?. Bersama-sama kita renungkan.

MOHON AGAR SURUHAN JAYA SIASATAN DI RAJA BERHUBUNG INSIDEN INI DISEGERAKAN DAN DALANG SEBENAR DI HADAPKAN KE MUKA PENGADILAN. INI RAYUAN RAKYAT SABAH